omniture

Pac Technologies lancar kad digital edisi terhad untuk peminat Manny Pacquiao

Pac Technologies
2021-08-11 08:38 212

SINGAPURA, 10 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pac Technologies, sebuah syarikat pemula berpangkalan di Singapura melancarkan PacPay, kad digital edisi terhad yang menyasarkan peminat juara tinju Manny Pacquaio.

Pac Technologies Launches Limited-edition Digital Card for Fans of Manny Pacquiao
Pac Technologies Launches Limited-edition Digital Card for Fans of Manny Pacquiao

Dengan PacPay, peminat yang melanggan kad digital boleh mendepositkan dana dan membuat bayaran kod QR yang lancar di lebih 61 juta peniaga di seluruh dunia. Mereka boleh menikmati akses eksklusif pelbagai keistimewaan termasuk tiket acara persendirian, barangan bertandatangan edisi terhad seperti kemeja-t dan peralatan tinju, diskaun, ganjaran permainan serta faedah-faedah lain daripada Program Kesetiaan PacPay.

Terdapat juga rancangan daripada pembangun permainan Just4Fun Pte Ltd untuk memasukkan permainan mudah alih ke dalam ekosistem PacPay bagi menarik minat peminat lebih muda.

Ekosistem PacPay akan menggalakkan peminat untuk berinteraksi dengan satu sama lain melalui permainan mudah alih ini dan bertukar-tukar memorabilia eksklusif. Reka bentuk kad juga akan melibatkan barang boleh kumpul yang amat dinanti-nantikan kerana rekaan baharu akan dilancarkan selepas bilangan pelanggan yang terhad telah dapat dicapai untuk setiap rekaan. Melalui koleksi kad digital edisi terhad ini, peminat juga boleh mendapat mata kesetiaan dan ganjaran yang tidak ternilai.

Dengan PacPay, pemegang kad boleh membuat bayaran tanpa sentuh di outlet-outlet terpilih dengan mengimbas telefon mereka pada kod QR peniaga. Pengguna boleh menghantar dana kepada pemegang kad yang lain dalam 60 saat dan menikmati promosi eksklusif termasuk diskaun di pasar raya dan restoran.

Platform PacPay juga direka bentuk sebagai saluran untuk derma amal – satu peratus daripada pendapatan dalam talian akan disumbangkan untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik di Filipina dan di tempat lain.

Pac Technologies Launches Limited-edition Digital Card for Fans of Manny Pacquiao
Pac Technologies Launches Limited-edition Digital Card for Fans of Manny Pacquiao

Ketua Pegawai Eksekutif Pac Technologies Sean Wong berkata: "PacPay ialah platform yang luar biasa buat peminat yang kebanyakannya menyokong kerjaya tinju Senator Manny Pacquiao dengan sepenuh hati selama bertahun-tahun. Mereka boleh menggunakan platform digital ini untuk menikmati permainan mudah alih, mendapat mata kesetiaan dan dihadiahkan dengan memorabilia eksklusif apabila mereka berbelanja.

"Pemegang kad juga boleh menggunakan PacPay untuk membantu mereka yang telah terkesan akibat bencana seperti taufan dan banjir. Kami berharap agar dapat memberi inspirasi kepada orang ramai daripada pelbagai latar belakang untuk bersatu padu dan memberi kesan positif ke atas kehidupan orang lain."

PacPay dikuasakan oleh teknologi canggih dan disepadukan dengan sistem pengesahan termaju yang mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa.

Pengguna boleh mendaftar untuk mendapatkan kad digital tersebut melalui aplikasi PacPay yang disediakan di iOS App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery

Source: Pac Technologies
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services