omniture

F&NHB Mencapai 100% Kadar Vaksinasi Tenaga Kerja di Lembah Klang, Bentong dan Malaysia Timur, 90% bagi Tenaga Kerja di seluruh Malaysia

Menyediakan persekitaran kerja yang selamat kepada lebih daripada 1,000 pekerja, kontraktor dan pemberkan F&NHB
Fraser and Neave Holdings Bhd
2021-08-11 12:32 81

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 1,000 pekerja, kontraktor dan pembekal di Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) dan juga syarikat bersekutunya di telah berjaya melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 melalui Program F&N-PIKAS (Program Imunisasi COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta). Kempen vaksin ini berakhir pada hari ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor.

Sebahagian daripada pasukan F&NHB yang bertugas di Shah Alam Convention Center (SACC), Selangor.
Sebahagian daripada pasukan F&NHB yang bertugas di Shah Alam Convention Center (SACC), Selangor.

Melalui program vaksinasi nasional ini, semua pekerja dan kontraktor kumpulan F&N yang layak menerima vaksin di Lembah Klang, Bentong dan Malaysia Timur telah memperoleh vaksinasi sepenuhnya. Ini menunjukkan komitmen berterusan dalam menjaga keselamatan kesihatan dan kesejahteraan pekerja dan juga untuk #LindungDiriLindungSemua.

Lim Yew Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif di F&NHB, berkata, "Ianya adalah penting untuk melindungi rakan pekerja kami dalam pelbagai peringkat dalam situasi mencabar ini. Sebagai pengeluar utama makanan dan minuman (F&B), kami telah bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mempercepatkan proses vaksinasi untuk rakan pekerja kami dan komuniti rantaian bekalan."

"Langkah proaktif kami telah membantu dalam mengurangkan risiko jangkitan dan juga memastikan impak minimal dalam operasi. Kini, kami bersyukur yang rakan pekerja kami kini dilindungi dengan vaksin" tambahnya.

Setakat bulan Ogos, 90% daripada pekerja F&N di seluruh negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat Ogos ini.

"Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas kecekapan dalam perlaksanaan progam PIKAS dan juga sokongan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, bagi membolehkan pekerja F&N dan rakan dalam rantaian bekalan bagi mencapai imuniti kelompok," tambah Lim.

F&NHB menyokong seruan kerajaan bagi mencapai imuniti kelompok dan juga kekal melanjutkan sokongan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

F&NHB menyediakan logistik dan sokongan moral bagi program imunisasi dengan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mengekalkan aras penghidratan optima dalam tempoh vaksin.

F&NHB telah menyokong petugas barisan hadapan negara dan komuniti yang memerlukan semenjak penularan pandemik ini. Setakat ini, produk bernilai lebih daripada RM2 juta telah diedarkan secara langsung atau melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada benefisiari di seluruh negara. Produk F&N termasuk 100PLUS, minuman isotonik No. 1 di Malaysia, kini diedarkan kepada petugas barisan hadapan dan juga penerima vaksin.

Tengku Syed Badarudin Jamalullail, Pengerusi F&NHB berkata, "Kami mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada petugas barisan hadapan, wira negara yang telah bertungkus lumus dan berbakti kepada negara, dan juga kepada kumpulan komuniti yang menyediakan bantuan yang diperlukan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik ini. Kami akan terus memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan sepanjang tempoh mencabar ini"

Tengku Syed bertambah, "Kepada semua warga Malaysia, marilah kita bersama lalui saat getir ini dan tidak terpengaruh oleh situasi saat ini. Kita boleh terus bekerjasama dan menerapkan norma baru yang efektif dan selamat untuk semua orang".

Mengenai Fraser & Neave Holdings Bhd:

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) adalah sebuah syarikat Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, yang mempunyai sejarah gilang-gemilang yang menjangkau 138 tahun dan adalah sinonim dengan produk halal dan berkualiti tinggi yang dipercayai sejak turun-temurun. F&NHB mencatatkan perolehan RM4 bilion daripada perniagaan terasnya. F&NHB ialah komponen indexs FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) berbekalkan komitmennya yang kukuh dalam bidang alam sosial, sosial dan tadbir urus (ESG). Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.fn.com.my dan Linkedln.

Source: Fraser and Neave Holdings Bhd
Related Links:
Keywords: Workforce Management/Human Resources