omniture

Tribal Group Pilih Gardens North Tower Arcc Spaces untuk Sokong Pertumbuhan Perniagaan di Asia Pasifik

Menempati ruang kerja fleksibel yang moden dan terletak di kawasan pusat membantu menyokong misi mereka untuk memperkasa dunia pendidikan
Arcc Spaces
2021-08-11 18:17 2257

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Tribal Group, peneraju dunia yang menjadi pelopor bagi perisian dan perkhidmatan pendidikan telah ditubuhkan di Gardens North Tower Arcc Spaces di Kuala Lumpur. Diasaskan pada tahun 1999, portfolionya merangkumi penyelesaian perisian seperti sistem pengurusan pelajar; dan perkhidmatan yang meliputi jaminan kualiti, kajian semula setara, penandaarasan dan penambahbaikan; serta tinjauan pelajar yang menyediakan penanda aras global yang utama untuk pengalaman pelajar. Bekerjasama dengan pengajian tinggi, pendidikan lanjutan dan tinggi, sekolah, badan kerajaan dan negeri, penyedia latihan dan majikan di lebih 55 negara; misi Tribal Group adalah untuk memperkasa dunia pendidikan dengan produk serta perkhidmatan yang menyokong kejayaan pelajar

Kamal Iqramuddin, Ketua Pasukan (GDC) Tribal Group Malaysia, Pilih Arcc Spaces di Kuala Lumpur Untuk Berkembang di Asia Pasifik
Kamal Iqramuddin, Ketua Pasukan (GDC) Tribal Group Malaysia, Pilih Arcc Spaces di Kuala Lumpur Untuk Berkembang di Asia Pasifik

Sebagai pelanggan korporat yang terkini di Arcc Spaces Gardens North Tower, kefleksibelan dan sokongan merupakan keutamaan untuk Tribal Group yang berhasrat untuk mengembangkan pasukan Malaysia. Melaksanakan ruang kerja berpandukan hospitaliti, Arcc Spaces Gardens North Tower terletak di tingkat ke-30 dengan pemandangan seluruh Kuala Lumpur yang menakjubkan dan berhampiran dengan Damansara Heights, Bangsar dan Mont Kiara, selain pelbagai restoran, bar dan juga tempat tarikan gaya hidup yang lain. Lokasi-lokasi lain Arcc Spaces di Malaysia termasuk Centrepoint South yang utama dan The Pavilion Tower.

Kamal Iqramuddin, Ketua Pasukan (GDC) Tribal Group Malaysia, berkata: "Sebagai sebuah pasukan yang semakin berkembang, kami mencari kefleksibelan untuk berkembang menjadi ruang pejabat yang besar apabila kami berkembang dalam Malaysia dan rantau ini. Kami juga mencari ruang yang bukan sekadar pejabat tradisional, tetapi suatu tempat untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan bersama pelanggan secara maya atau secara peribadi. Arcc Spaces ialah ruang pejabat yang amat fleksibel untuk kami lantaran perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan. Lokasi pusat juga penting memandangkan ia terletak berdekatan dengan banyak pilihan pengangkutan awam yang amat menjadi pergantungan pasukan kami."

"Pusat tersebut moden, diselenggara dengan baik dan mempunyai pemandangan yang indah di seluruh bandar tersebut dan pasukan Arcc Spaces menjaga kami, memastikan agar kami mendapat segala-gala yang kami perlukan sepanjang masa. Satu lagi aspek yang amat penting buat kami ialah keselamatan pejabat dan kami suka apabila semua kakitangan mempunyai kad akses mereka sendiri ke bangunan mahupun setiap tingkat berasingan bagi memastikan tiada peluang akses yang tidak dibenarkan."

Varian Saw, Pengurus Besar Arcc Spaces Malaysia, berkata: "Kami gembira dengan adanya Tribal Group menyertai kami di Arcc Spaces Gardens North Tower dan kami berdedikasi untuk memenuhi keperluan mereka ketika mereka berkembang di seluruh Asia Pasifik. Sebagai penyedia ruang kerja yang fleksibel, kami bermatlamat untuk menginspirasikan daya kreativiti, membangkitkan produktiviti dan mengutamakan kesejahteraan pekerja dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Tribal Group untuk mereka bentuk dan melengkapkan ruang mereka mengikut keperluan peribadi dan profesional mereka."

Arcc Spaces Gardens North Tower mempunyai pelbagai ruang kerja yang fleksibel termasuk pejabat persendirian yang bersifat peribadi untuk kerja yang bertumpu, bilik lembaga yang besar dengan teknologi yang canggih untuk mesyuarat, selain ruang sosial yang dinamik dalam kawasan komuniti. Bekerjasama dengan ahli-ahli, pasukan dalaman berdedikasi untuk memastikan agar setiap penyewa menerima perkhidmatan dan sokongan yang berkualiti tinggi bagi membolehkan penyewa untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tribal Group, sila kunjungi https://www.tribalgroup.com/ 

Untuk maklumat lanjut mengenai Arcc Spaces, sila kunjungi https://www.arccspaces.com/ 

Latar Belakang Arcc Spaces
Arcc Spaces ialah jenama ruang kerja bersama dengan 16 lokasi di seluruh Asia yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat korporat untuk mentransformasikan cara mereka bekerja dan memacu inovasi melalui jaringan ruang berpandukan hospitaliti. Beribu pejabat di Singapura, Arcc Spaces mempunyai lokasi di seluruh Malaysia, Beijing, Shanghai dan Hong Kong. Kami memberi akses kepada himpunan hab perniagaan yang direka indah, ruang istirehat dan makmal yang didasarkan kepada projek-projek mercu tanda merentas bandar-bandar pintu masuk di dunia bagi memperkasa pemimpin-pemimpin hari ini untuk bertemu, bekerjasama, belajar dan mengakses bakat serta peluang. Arcc Spaces merupakan sebahagian daripada Arcc Holdings, syarikat hartanah dan hospitaliti transformatif yang membangunkan dan mengendalikan pelbagai konsep dalam bidang "Bekerja, Hidup dan Bermain". Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.arccspaces.com

Latar Belakang Tribal Group
Tribal Group plc ialah peneraju dunia yang menjadi pelopor bagi perisian dan perkhidmatan pendidikan. Portfolionya merangkumi Sistem Maklumat Pelajar; pelbagai jenis perkhidmatan pendidikan yang meliputi jaminan kualiti, kajian semula setara, penandaarasan dan penambahbaikan; dan tinjauan pelajar yang menyediakan penanda aras global yang utama untuk pengalaman pelajar. Bekerjasama dengan Pengajian Tinggi, Pendidikan Lanjutan dan Tinggi, sekolah, badan Kerajaan dan Negeri, penyedia latihan dan majikan di lebih 55 negara; misi Tribal Group adalah untuk memperkasa dunia pendidikan dengan produk serta perkhidmatan yang menyokong kejayaan pelajar.

Source: Arcc Spaces
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Overseas Real Estate (non-US) Real Estate