SAN FRANCISCO, 13 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- MoEngage, platform penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai "Pelaksana Mantap" dalam laporan The Forrester Wave™: Pengurusan Kempen Rentas Saluran (Platform Bebas), Suku Ketiga 2021.
Penyelesaian pengurusan kempen rentas saluran membantu jenama-jenama memahami dan berinteraksi secara lebih baik dengan pelanggan mereka melalui pengalaman pelanggan digital dan luar talian. Keupayaan berpandukan AI yang berkuasa daripada MoEngage memperkasa pemasar dan pengurus produk untuk mengenal pasti pelanggan terbaik untuk disasarkan dengan pemesejan secara individu pada kelajuan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dalam laporan Forrester Research yang terkini, MoEngage diiktiraf atas pemahamannya yang berpandukan AI, pemperibadian penglibatan dan analitik mesra pemasar. MoEngage mendapat mata setinggi yang mungkin dalam 9 kriteria: kecerdasan buatan, pemperibadian, mudah alih, profil & pilihan pelanggan, pengujian & pengoptimuman, kecerdasan digital, saluran baru muncul, media sosial & pengiklanan digital serta pengurusan prestasi pemasaran.
"Kami percaya pengiktirafan MoEngage oleh Forrester mengesahkan visi dan kepercayaan syarikat kami bahawa penglibatan pelanggan berasaskan detik dan berpandukan AI merupakan masa depan," kata Raviteja Dodda, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama MoEngage. "Kami komited untuk membolehkan pelanggan kami mencapai matlamat tersebut dengan lebih pantas dengan menyampaikan teknologi penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman yang memperkasa jenama-jenama untuk memusatkan semua komunikasi dan kempen serta menghidupkan idea terbaik mereka."
MoEngage berkembang dengan pesat dan telah menambah lebih 250 pelanggan baharu dalam tahun lalu. Hari ini, lebih daripada 1,200 jenama global mempercayai MoEngage untuk memperkasa penglibatan pelanggan mereka termasuk jenama-jenama seperti McAfee, Nestle, Domino's, Deutsche Telekom, Travelodge, Ally Financial, Byju's, Flipkart dan CIMB Bank.
"Melalui kerjasama strategik kami dengan MoEngage, kami dapat mendorong inovasi dan memaksimumkan nilai untuk perniagaan, pelanggan dan rakan kongsi kami," kata Ashutosh Lall, Pengurus Produk McAfee. "Keupayaan berpandukan AI mereka memperkasa pasukan pemasaran kami untuk mengoptimumkan prestasi kempen dan menyampaikan pengalaman pelanggan berasaskan detik dan 4X lebih diperibadikan secara meluas."
MoEngage memperhebatkan pasukan dengan pemahaman berpandukan AI dan perkakas penglibatan yang tepat untuk mencipta pengalaman pelanggan yang bermakna secara meluas merentas saluran seperti web, mudah alih, emel, sosial dan banyak lagi. "Inovasi berkuasa AI membantu pelanggan kami mendorong kecekapan yang lebih tinggi dengan pemahaman pengguna yang lebih mendalam, pengautomatan dan pemperibadian rentas saluran, bagi membantu mencapai tahap kejayaan yang baharu," tambah Dodda. "Kami benar-benar berasa sangat kagum atas apa yang telah dapat dicapai oleh pelanggan kami dan berharap dapat terus membina masa depan bersama-sama."
Untuk mengakses salinan percuma laporan The Forrester Wave™: Pengurusan Kempen Rentas Saluran (Platform Bebas), Suku Ketiga 2021 anda, kunjungi di sini.
Latar Belakang MoEngage:
MoEngage ialah platform penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman, dipercayai oleh lebih 1,200 jenama pengguna global seperti Ally Financial, McAfee, Flipkart, Nestle, T-Mobile, Travelodge dan banyak lagi. MoEngage memperhebatkan pemasar dan pemilik produk dengan pemahaman mengenai tingkah laku pelanggan dan keupayaan untuk bertindak ke atas pemahaman tersebut untuk berinteraksi dengan pelanggan di web, mudah alih, emel, sosial dan saluran pemesejan. Jenama-jenama pengguna di 35 negara menggunakan MoEngage untuk menghantar lebih daripada 50 bilion pesanan untuk berinteraksi dengan 900 juta pengguna setiap bulan. Dengan pejabat-pejabat di sembilan negara, MoEngage disokong oleh Multiples Private Equity, Eight Roads, F-Prime Capital, Matrix Partners, Ventureast dan Helion Ventures.
Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.moengage.com.