omniture

Yili Raih Kedudukan Tertinggi Sekali Lagi sebagai Jenama Tenusu Paling Bernilai di Dunia

Yili Group
2021-08-13 21:41 583

HOHHOT, China, 13 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 10 Ogos 2021, Brand Finance mengeluarkan laporan tahunan mengenai jenama-jenama makanan dan minuman yang paling bernilai dan paling mantap. Yili China sekali lagi meraih kedudukan tertinggi pada tahun ini dalam senarai 10 Teratas Jenama Tenusu Paling Bernilai, mencatatkan pertumbuhan nilai jenama 11% menjadi US$9.6 bilion. Dengan keupayaan inovasinya yang mantap, Yili juga telah disenaraikan sebagai peneraju tenusu global dari segi potensi jenama selama empat tahun berturut-turut.

Yili mengekalkan pertumbuhan yang stabil walaupun berdepan dengan pandemik pada tahun sebelumnya. En. Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group, memberitahu Brand Finance bahawa Yili, mematuhi prinsip "meletakkan pengguna sebagai keutamaan" dan mendukung visi global terus menyediakan pelanggan dengan produk serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi melalui inovasi. Berdasarkan hal ini, Yili memenangi pengiktirafan dan kepercayaan pengguna yang menyumbang kepada skor cemerlangnya dalam senarai kedudukan Brand Finance.

Yili Raih Kedudukan Tertinggi Sekali Lagi sebagai Jenama Tenusu Paling Bernilai di Dunia
Yili Raih Kedudukan Tertinggi Sekali Lagi sebagai Jenama Tenusu Paling Bernilai di Dunia

Memenangi kepercayaan 1. 3 bilion pengguna dengan kualiti yang tinggi 

Selama bertahun-tahun, Yili menganggap kualiti sebagai nadi kehidupannya dan komited untuk mengeluarkan produk tenusu yang 100% selamat dan sihat.

Piawaian kualiti Yili yang ketat membantu syarikat ini mendapat kepercayaan pengguna. Menurut Laporan Jejak Jenama Asia 2021 (2021 Asia Brand Footprint Report), Yili merupakan jenama FMCG yang paling menjadi pilihan dengan kadar penembusan jenama mencecah 92.2% dan jangkauan mencecah hampir 1.3 bilion pengguna dan ia paling kerap dipilih bagi setiap isi rumah buat tahun keenam berturut-turut.

Bertindak balas kepada permintaan pengguna yang pelbagai dengan produk inovatif 

Pandemik Covid-19 telah meningkatkan kesedaran kesihatan pengguna. Pengguna telah mengemukakan keperluan yang lebih tinggi terhadap kualiti dan permintaan yang semakin pelbagai untuk pasaran tenusu. Yili memanfaatkan data raya untuk memperoleh pemahaman mengenai keperluan pengguna pada waktu sebenar dan mempercepatkan inovasi dan penaiktarafan produk.

Ketika ini, syarikat ini mempunyai lebih daripada 20 sub-jenama. Antaranya, hasil jualan tahunan AMBPOMIAL dan Yili Pure Milk telah mencecah lebih daripada RMB 20 bilion manakala hasil jualan tahunan Satine dan Yili Youngfun melebihi RMB 10 bilion.

Menyumbang kepada dunia yang lebih sejahtera dengan menghimpunkan kebijaksanaan global 

Yili mempunyai rakan kongsi di 33 negara merentas lima benua. Semasa memperluas kehadiran globalnya, Yili telah menubuhkan dua tapak pengeluaran dan pemprosesan di New Zealand. Dengan menghimpunkan sumber inovasi global, syarikat ini menubuhkan Yili Innovation Center Europe, Sino-U.S. Food Wisdom Valley dan Yili Innovation Center Oceania untuk sentiasa mendorong usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap produk baharu.

"Sekali lagi Yili berusaha ke arah produk baharu dan pengoptimuman, didorong oleh inovasi dan pelaburan R&D yang telah lama dibuat. Hal ini, digandingkan dengan pengembangan yang selanjutnya ke wilayah-wilayah baharu di seluruh Asia dan luar negara, telah menyokong pertumbuhan mantap jenama tersebut," menurut laporan Makanan & Minuman 2021 Brand Finance.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Advertising Beverages Non-Alcoholic Beverages Awards