omniture

Sistem Pintar | Teknologi Bantu GAC Daki ke tangga 176 dalam Fortune 500

GAC MOTOR
2021-08-16 07:26 63

GUANGZHOU, China, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Selama hampir 25 tahun, GAC telah mengukuhkan inovasi bebas yang berasaskan usaha sama dan kerjasama, serta melalui pendanaan meluas Pusat-pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) GAC. Pelaburan dalam teknologi ini telah membuahkan hasil yang hebat: setakat 2 Ogos 2021, GAC telah mendaki 30 anak tangga dalam senarai Fortune 500 ke kedudukan ke-176.


Biarpun dengan kemerosotan global, GAC mencapai pertumbuhan pendapatan sebanyak lebih 5% pada tahun 2020 dan jualan lebih 2 juta model. Angka-angka untuk separuh pertama tahun 2021 adalah amat mengagumkan dengan jualan keseluruhan meningkat sebanyak lebih 25%.

Di Hari Pelabur 2021 GAC Group, GAC mempersembahkan beberapa pencapaian teknologi mengagumkan yang akan membentuk asas pertumbuhan masa depan, bagi menjadi pengeluar automobil global yang terunggul.

Ketersambungan, Tenaga Baharu | Tahun-tahun Mendatang di GAC

"Tiada teknologi, tiada GAC." Moto ini merangkumkan dengan jelas strategi pembangunan GAC dan subsidiari-subsidiarinya.

Tumpuan utama rancangan GAC ialah dua prinsip iaitu sambungan pintar dan tenaga baharu.

Baru-baru ini, GAC Group telah membangunkan dan menaik taraf pelbagai teknologi kenderaan termasuk sistem bantuan memandu L2++; mengalami Robotaxi, kereta pandu kendiri L4; Magic Box, kereta konsep menarik yang dibangunkan oleh GAC; dan GIEC, salah satu kokpit pintar yang paling canggih di China.

Sepanjang lima tahun yang akan datang, GAC Group akan memfokuskan untuk meningkatkan inovasi bebas secara komprehensif dan merealisasikan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam lima bidang: pengelektrikan, sambungan pintar, pendigitan, komunalisasi dan pengantarabangsaan.

Satu aspek daripada hal ini ialah Taman Perindustrian Kenderaan Tenaga Baharu GAC yang akan memfokuskan kepada pengeluaran EV (Kenderaan Elektrik tulen) + ICV (Kenderaan Terhubung Pintar), yang memainkan peranan penting dalam peralihan ke arah kenderaan dan pengeluaran yang lebih mesra alam, rendah karbon serta lestari. Apa yang mengujakan ialah GAC turut bekerjasama erat dengan syarikat gergasi Huawei bagi pengeluaran kereta autonomi mewah untuk pasaran persendirian, bagi tujuan melaksanakan pengeluaran arus perdana menjelang tahun 2023.

Berusaha demi yang lebih baik

Tersenarai di kedudukan ke-176 dalam Fortune 500 menunjukkan kerja keras dan perpaduan tenaga kerja GAC Group yang pelbagai aspek. Ia merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan, namun GAC komited untuk berusaha demi yang lebih baik, melepasi had sebelumnya untuk mendaki lebih tinggi lagi di persada dunia.

GAC lebih daripada bersedia untuk lima tahun akan datang. Ayuh!

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Survey, Polls & Research