omniture

Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong - Ekspo Pakaian & Tekstil dibuka

Guangdong Premium Products International Trade Online Expo
2021-08-16 09:00 199

GUANGZHOU, China, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong - Ekspo Pakaian & Tekstil, dianjurkan oleh Jawatankuasa CCPIT Guangdong dan diurus oleh Guangdong Guangzhan International Exhibition Co., Ltd., akan dibuka di Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa (ITOE) (en.itoegd.com) pada 16 Ogos 2021 dan berterusan hingga 20 Ogos.

 

 

Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Apparel & Textiles Expo opens
Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Apparel & Textiles Expo opens

Ekspo ini menampilkan lapan kawasan pameran utama termasuk bekalan eksklusif rentas sempadan, sukan riadah, seluar dalam & baju tidur, bekalan isi rumah & tekstil rumah, pakaian bayi & kanak-kanak, gaun pengantin & Hanfu (pakaian rasmi gaya Cina tradisional), kasut & beg serta bahan mentah & aksesori. Dengan lebih daripada 30 acara ekonomi dan perdagangan dalam talian dijadualkan dan hampir 400 jenama berkualiti tinggi dijadualkan untuk mengadakan pameran, ekspo ini memberi peluang kepada pembeli untuk mendapat pemahaman yang mendalam mengenai keupayaan reka bentuk dan pengeluaran pempamer melalui pelbagai saluran komunikasi termasuk akses maya sepanjang masa kepada barang-barang yang dipamerkan, lawatan maya "jarak-sifar" yang komprehensif ke kemudahan pengeluaran pempamer dan keupayaan untuk terlibat dalam rundingan perniagaan melalui susunan persidangan video "di-dalam-awan".

Daripada kalangan pempamer di acara ini, 90% adalah dari wilayah Guangdong, tapak eksport pakaian ketiga terbesar di dunia. Pembeli boleh mencari pembekal yang mengkhusus dalam penghantaran rentas sempadan dan melihat barang-barang mereka di kawasan pameran "bekalan eksklusif rentas sempadan".

Kawasan pameran Hanfu & gaun pengantin akan mempamerkan pelbagai gaya Hanfu klasik Cina tradisional dan moden manakala pempamer dari Chaozhou, wilayah Guangdong, sebuah bandar yang dikenali sebagai pembuat gaun pengantin dan gaun malam dunia, akan memaparkan barisan gaun pengantin butik yang luas serta pakaian perkahwinan baharu dan bergaya yang lain.

Pada hari pertama ekpo ini, banyak jenama termasuk DETERMINANT yang mengkhusus dalam pengeluaran kemeja lelaki kapas stapel panjang dan Dongguan Topgood Handbag Leather, pembuat beg berbau kopi berpaten eksklusif yang dilancarkan baru-baru ini, menarik minat khalayak dalam talian dari banyak negara dan wilayah dengan mengadakan lawatan kilang yang disiarkan secara langsung.

Ekspo ini akan menghimpunkan barisan mantap jenama-jenama dan pengeluar-pengeluar pakaian dan tekstil terkemuka yang dapat memenuhi keperluan pembeli hari ini yang pelbagai. Jawatankuasa penganjur juga telah menyusun program pertemuan pemadanan pembelian dan pemasaran dalam talian secara bersemuka untuk memadankan antara pembeli dan pembekal. Pembeli dapat menyempurnakan semua keperluan pembelian mereka melalui kemudahan pembelian "sehenti" yang disediakan oleh ekspo berasaskan awan. Daftar di sini untuk pertemuan pemadanan pembelian dan pemasaran dalam talian.

Untuk mencari sumber yang tepat untuk keperluan anda dan memperluas saluran perniagaan, kunjungi en.itoegd.com.

Xiaobing Guo, +86-18688012473, guoxiaobing@itoexpo.com

 
Source: Guangdong Premium Products International Trade Online Expo
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Broadcast feed announcements Trade show news