omniture

Manulife Investment ambil pandangan pelbagai aspek pada peranan pelaburan lestari dan analisa ESG dalam laporan Global Intelligence terbarunya

Manulife Investment Management
2021-08-16 14:28 51
  • Meneliti risiko kegagalan untuk menggabungkan faktor-faktor ESG ke dalam unjuran makroekonomi
  • Menawarkan perspektif tentang bagaimana pertimbangan biodiversiti dan ESG yang telah dan akan terus mempengaruhi pelaburan dan penilaian yang lestari
  • Membincangkan bagaimana kelestarian memacu sumber baharu bagi penciptaan nilai untuk pelabur ekuiti persendirian

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Manulife Investment Management hari ini mengeluarkan laporan Global Intelligence separuh tahunnya, satu pandangan firma yang menyeluruh yang menonjolkan perspektif penting daripada pasukan pelaburannya. Tema utama dalam laporan ini merangkumi peranan faktor-faktor alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) yang semakin meningkat, termasuk biodiversiti dan pengawasan dalam penilaian makroekonomi dan penciptaan nilai di semua spektrum kelas aset. Pasukan pelaburan juga menggambarkan kes bagi bon China sebagai kelas aset kendiri, serta peranan aset sebenar dalam memperdalamkan pencarian untuk hasil dan jaminan pendapatan dalam persaraan.

"Satu hasil yang berkekalan dalam tahun lalu ialah kepentingan kelestarian," kata Paul R. Lorentz, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Investment Management. "Berlatar belakang perkara ini, kami menumpukan kebanyakan daripada edisi terkini Global Intelligence untuk meneliti senario kelestarian tersebut dan kesan mereka ke atas pelaburan dan keputusan pelaburan."

Christopher P. Conkey, Penganalisa Kewangan Berkanun, ketua pasaran awam global di Manulife Investment Management, berkata, "Pelaburan lestari bukan lagi satu pilihan. Ia adalah keperluan - bagi kami, ekonomi global, dan pelabur-pelabur kami. Kami telah membuat kemajuan yang signifikan pada tahun lalu ini dan berhasrat untuk mempertimbangkan kelestarian dalam semua yang kami lakukan sebagai sebuah perniagaan, di seluruh kelas aset tradisional dan alternatif."

Stephen J. Blewitt, ketua pasaran persendirian global di Manulife Investment Management, menambah, "Pelaburan lestari ialah kepentingan pada aset persendirian tak cair yang kami uruskan dalam tempoh masa yang lama. Kami meneliti secara kritikal terhadap biodiversiti dan alat kami yang tersedia untuk digunakan. Seterusnya, penemuan daripada pasukan ekuiti persendirian kami mendedahkan bagaimana pengawasan yang lebih baik dapat membuka nilai dalam ekuiti persendirian."

Tema, peralihan, dan panduan kelas aset penting dalam Global Intelligence termasuk:

  • Menerapkan lensa ESG ke dalam analisa makroekonomi – satu permulaan- Pengarah Urusan, Ketua Ekonomi Global, dan Ketua Strategi Makroekonomi Global, Frances Donald, meneliti bagaimana faktor perubahan iklim dan sasaran dapat mengubah trajektori pertumbuhan ekonomi, implikasi inisiatif hijau yang diketuai oleh kerajaan pada dasar fiskal dan produktiviti, dan kesan jurang kekayaan yang semakin meningkat pada dasar kewangan dan tindakan bank pusat.
  • Ekuiti persendirian lestari dan pemacu penciptaan nilai baharu— Pengarah Pasaran Persendirian ESG, Maria Clara Rendon Echeverri, dan Ketua Ekuiti Persendirian Global, Vipon Ghai, menekankan harapan pelabur-pelabur ekuiti persendirian untuk amalan-amalan ESG dengan rakan kongsi umum (GP) pelaburan mereka dan bagaimana GP bertindakbalas dengan melaksanakan idea-idea pelaburan baharu dan kreatif.
  • Menghargai biodiversiti: alat yang sudah tersedia untuk kami—Ketua Pegawai Kelestarian Pasaran Persendirian, Brian J Kernohan, dan Ketua Integrasi ESG dan Penyelidikan Pasaran Awam Global, Peter Mennie, meneroka perangkuman implikasi kepelbagaian biologi ke dalam portfolio pelaburan dan meneliti bagaimana bon hijau telah mengubah bagaimana orang berfikir tentang pasaran hutang secara asasnya.
  • Satu penelitian lebih dekat terhadap daya tarikan bon China yang semakin meningkat untuk pelabur-pelabur global—Pengurus Portfolio Kanan Pendapatan Tetap, Paula Chan, membincangkan kes untuk bon China sebagai penguntukan jangka masa panjang yang strategik sambil menunjukkan potensi faedah-faedah bon China sebagai pengganti untuk hutang pasaran baru muncul dan membawakan merit kepada bon China sebagai kelas aset kendiri.
  • Pasaran baru muncul dan kes untuk pelaburan lestari —Pengurus Portfolio Kanan, Kathryn Langridge dan Philip Ehrmann, dan Ketua ESG Asia Eric Nietsch, Penganalisis Kewangan Berkanun, menyemak mengapa pasaran baru muncul menawarkan beberapa peluang pelaburan paling penting dunia untuk pelabur-pelabur yang memberi tumpuan kepada mengurangkan risiko iklim dan sosial global.
  • Membina pelan persaraan yang lebih baik dengan pelaburan yang didorong oleh liabiliti — Ketua Global bagi Pelaburan yang Didorong Liabiliti, Kejuruteraan Kewangan, dan Penyelidikan Kuantitatif bagi Pasukan Penyelesaian Pelbagai Aset, Serge Lapierre, dan Profesor Pengurusan Aset dan Dekan Bersekutu bagi Penglibatan Korporat di Cass Business School, Andrew Clare, menganalisa bagaimana pendekatan pelaburan yang didorong oleh liabiliti kepada pengurusan aset pelan persaraan dapat membantu mengurangkan risiko yang biasanya dihadapi oleh pelan.

Untuk maklumat lanjut dan untuk melihat laporan penuh, sila klik di sini.

Manulife Investment Management

Manulife Investment Management ialah segmen pengurusan kekayaan dan aset global Manulife Financial Corporation. Kami memanfaatkan pengawasan kewangan selama lebih seabad dan sumber lengkap daripada syarikat induk kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada individu, institusi dan ahli pelan persaraan di seluruh dunia. Beribu pejabat di Toronto, keupayaan utama kami dalam pasaran awam dan persendirian diperkukuh oleh jejak pelaburan yang mencakupi 17 negara dan wilayah. Kami melengkapkan keupayaan ini dengan memberi akses kepada jaringan pengurus aset tidak bergabung dari serata dunia. Kami komited untuk melabur secara bertanggungjawab dalam seluruh perniagaan kami. Kami membangunkan kerangka global yang inovatif untuk pelaburan berterusan, terlibat secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat dalam portfolio sekuriti kami dan mengekalkan piawaian pengawasan yang tinggi di mana kami memiliki dan mengendalikan aset dan kami percaya dalam menyokong kesejahteraan kewangan melalui pelan persaraan tempat kerja kami. Hari ini, penaja pelan di seluruh dunia bergantung pada kepakaran pentadbiran dan pelaburan pelan persaraan kami untuk membantu kakitangan mereka merancang, menyimpan dan menjalani kehidupan persaraan yang lebih baik.

Setakat 31 Mac 2021, Manulife Investment Management memiliki aset bawah pengurusan dan pentadbiran bernilai CAD$764.1 bilion (US$607.6 bilion). Tidak semua tawaran disediakan di kesemua wilayah bidang kuasa. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi manulifeim.com.

Source: Manulife Investment Management
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Survey, Polls & Research