BEIJING, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Festival Qixi melambangkan janji temu tahunan antara pari-pari dan manusia yang cinta mereka dihalang dalam mitologi Cina. Turut dikenali sebagai Festival Ketujuh Berganda, ia jatuh pada hari ketujuh dalam bulan ketujuh pada kalendar lunar Cina.
Festival tersebut merangkumkan erti cinta yang hebat dan kasih yang setia, kini diraikan sebagai Hari Valentine Cina.
Qixi jatuh pada 14 Ogos tahun ini. Pada hari istimewa ini, ayuh kita selami kisah cinta antara Presiden Cina Xi Jinping dan isteri beliau Peng Liyuan.
Telahpun berkahwin selama 34 tahun, Xi dan Peng dilihat oleh ramai orang di China sebagai contoh perkahwinan yang baik.
'Suami yang bertanggungjawab'
Xi terkenal sebagai seorang pemimpin yang baik yang bertekad untuk berbakti sepenuh hati kepada rakyat dan juga merupakan seorang teman yang hebat dan "suami yang bertanggungjawab," menurut Peng.
"Saya memiliki sebuah keluarga yang sangat bahagia. Saya dan isteri saya mempunyai kerjaya masing-masing, namun kami berusaha bersama-sama untuk membina keluarga ini," kata Xi, ketika itu merupakan setiausaha Jawatankuasa Wilayah Zhejiang Parti Komunis China (CPC), dalam satu wawancara televisyen pada tahun 2004.
Meskipun Xi dan Peng dipisahkan oleh tugas kerja mereka sepanjang masa, mereka saling memahami dan mengambil berat antara satu sama lain.
Cuaca agak sejuk pada musim sejuk di Wilayah Fujian di tempat Xi bertugas, maka Peng menjahit selimut untuk suami beliau. Apabila Peng berkhidmat dengan Gala Festival Musim Bunga, Xi akan membuat ladu dan menunggu isteri beliau pulang ke rumah untuk makan malam bersama-sama.
"Setelah berkahwin selama lebih daripada sedekad lamanya, saya menelefon isteri saya setiap hari, walaupun kami tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama-sama," kata beliau dalam temu bual tersebut.
Sebanyak dua puluh satu keping foto dapat dilihat di pejabat yang mana Presiden Xi menyampaikan ucapan Tahun Baharu 2021 beliau dengan beberapa foto keluarga, termasuk satu foto Xi dan Peng di hadapan Air Pancut Besar (Dashuifa), salah satu tapak yang terkenal di runtuhan Istana Musim Panas Lama di Beijing dan satu foto Peng semasa muda.
Pasangan yang merendah diri dan berjimat-cermat
Xi dan Peng berkahwin pada September 1987. Mereka mengadakan majlis makan malam yang serba sederhana bersama beberapa orang rakan sejawat dan teman untuk meraikannya dan bukannya majlis perkahwinan tradisional.
Pada sebelah malam Festival Musim Bunga pada tahun 2015, Xi melawat semula Kampung Liangjiahe di Wilayah barat laut Shaanxi, di tempat beliau pernah bekerja dan tinggal sebelum ini selama hampir tujuh tahun lamanya. Beliau memperkenalkan Peng Liyuan kepada penduduk kampung di sana dalam loghat tempatan, dengan berkata, "Ini isteri saya."
Berpegangan tangan di pentas dunia
Pernah membuat penampilan dengan berpegangan tangan bersama-sama berkali-kali di pentas antarabangsa, kisah cinta antara Xi dan Peng dikagumi di serata dunia.
Di Australia, semasa membuat pemeriksaan terhadap kapal penyelidikan saintifik Antartika China, Xuelong, apabila Xi melangkah ke kabin yang lebih tinggi, beliau berpaling ke belakang dan menghulurkan tangan beliau kepada Peng untuk membantu Peng naik.
Semasa satu lawatan negara ke India pada September 2014, Peng dijemput untuk duduk di buaian. Setelah berbuai-buai buat seketika, beliau memberi isyarat kepada Xi untuk duduk bersama beliau. Beliau segera duduk dan menikmati detik tersebut bersama Peng di buaian.
Pasangan tersebut juga berkali-kali memakai pakaian sedondon.
"Jangan putuskan cinta sejati kerana jarak yang jauh, jangan lupakannya dalam kehidupan harian anda yang sibuk, jangan mengabaikannya semasa bekerja tanpa henti." Inilah yang dikatakan oleh Xi dan apa yang diusahakan oleh beliau.