SEOUL, Korea Seatan, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- CyberLogitec, penyedia yang utama bagi teknologi operasi maritim, pelabuhan/terminal dan logistik, hari ini mengumumkan bahawa Asia Pacific Resources International Holdings Limited (APRIL Group), berjaya menggunakan penyelesaian operasi terminal OPUS Terminal - CyberLogitec bagi memodenkan cara produk pulpa, kertas dan viskos mereka dihantar kepada pelanggan.
Pandemik COVID-19 dan sekatan perjalanan selanjutnya yang berlaku semasa pelaksanaannya mengancam kebolehjayaan jadual projek tersebut dan menimbulkan cabaran yang berat kepada pasukan pelaksanaan CyberLogitec untuk meneruskan pelaksanaan konvensional di lapangan. Pasukan APRIL dan CyberLogitec menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dan memanfaatkan peluang untuk menambah baik dan mengoptimumkan proses bagi mendayakan pengurusan secara jarak jauh terhadap seluruh pelaksanaan.
Young Kyu Song, Ketua Pegawai Eksekutif CyberLogitec berkata, "Dengan melakukan pelaksanaan dari jauh, kami juga dapat membawa pakar-pakar kami dan ahli-ahli pasukan tambahan apabila masalah timbul yang memerlukan bidang kepakaran mereka. Sebagai penginovasi digital, kami sentiasa mencari peluang baharu dan berasa bangga dapat bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar yang mantap seperti APRIL Group untuk menyampaikan penyelesaian berkualiti yang akan diterjemahkan kepada nilai pelanggan sebenar, secara maya."
OPUS Terminal kini akan membolehkan APRIL, salah satu pembuat pulpa dan kertas yang terbesar di dunia, untuk mengurus pelbagai jenis operasi terus dalam rangkaian terminal persendirian mereka dan laman kontena dengan lebih cekap. Platform tersebut akan memainkan peranan penting dalam mengurus pesanan pelanggan dari seluruh dunia dan menyampaikan penghantaran dengan berkesan dari kilang pembuatan mereka di Sumatra, Indonesia.
"Dengan mengambil kira langkah-langkah keselamatan yang berkaitan dengan COVID-19, pilihan yang kami ada adalah menangguhkan pelaksanaan kami atau menyempurnakan proses secara maya," jelas Praveen Singhavi, Presiden APRIL Group. "Kami yakin bahawa CyberLogitec, bersama-sama kakitangan kami akan menyahut cabaran tersebut, memastikan sistem kami beroperasi bagi memperbaharui cara industri pulpa dan kertas beroperasi. Mengintegrasikan TOS yang canggih dengan perancangan jualan, pengurusan pesanan serta sistem pengurusan gudang kami akan menyokong usaha APRIL ke arah memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang dan berubah-ubah. Sinergi antara sistem utama kami dan OPUS Terminal akan membantu kami menetapkan standard baharu dalam mencipta nilai untuk industri ini secara menyeluruh."
Young Kyu Song, Ketua Pegawai Eksekutif CyberLogitec menambah, "Kekuatan TOS utama kami ialah penyelesaian ini memberi kefleksibelan yang akan membolehkan APRIL Group mengendalikan pelbagai jenis kargo dan kemudahan penyimpanan. Fungsi-fungsi kontena yang canggih akan meningkatkan produktiviti dan masa tindak balas di pelabuhan dan terminal pedalaman mereka."
Penggunaan berkenaan akan mempercepatkan strategi Kumpulan untuk melangkah ke hadapan seiring dengan perkembangan zaman terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19 ketika ini kerana ia dapat memenuhi keperluan pelanggan terhadap kepantasan, keselamatan dan keandalan perkhidmatan.
Latar Belakang CyberLogitec
CyberLogitec memperkasa rantaian bekalan dunia dengan teknologi canggih yang dapat menangani cabaran operasi dan memenuhi kehendak industri kami yang mencabar. Bermula daripada operasi perkapalan maritim, sistem operasi pelabuhan dan terminal hinggalah penghantaran logistik dan pengurusan gudang, penyelesaian bersepadu kami dapat membantu perniagaan anda bertindak balas kepada keperluan operasi yang berubah-ubah dengan lancar. Algoritma canggih teknologi kami mendigitalkan dan mengautomasikan pertukaran data bagi meningkatkan kecekapan, daya saing, produktiviti dan perkhidmatan, tanpa mengira bahagian bekalan global yang anda kendalikan.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.cyberlogitec.com
Latar Belakang APRIL Group
APRIL Group ialah salah satu pengeluar yang terbesar di dunia bagi pulpa dan kertas. Pulpa APRIL digunakan untuk aplikasi yang berbeza termasuk penghasilan tisu dan kertas khas, manakala produk kertasnya digunakan untuk mencetak dan menulis oleh berjuta-juta orang setiap hari. Jenama utamanya, PaperOne™ diperbuat daripada 100% serat yang boleh diperbaharui dan dijual di lebih daripada 70 negara di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.aprilasia.com