omniture

Kisah cinta Qixi: Detik-detik manis antara Xi Jinping dan isteri beliau Peng Liyuan

CCTV+
2021-08-17 14:15 122

BEIJING, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CCTV+:

Hari Sabtu menandakan bermulanya Festival Qixi atau Hari Valentine Cina, hari apabila pasangan Cina yang kekal bersama meraikan hubungan mereka dan mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Presiden Cina Xi Jinping dan isteri beliau Peng Liyuan meletakkan nilai yang besar ke atas keluarga mereka. Dalam banyak kesempatan, Xi telah menegaskan mengenai saling kaitan antara keluarga dan negara, lantas menyeru orang ramai untuk menghargai keluarga mereka dan mendedikasikan diri mereka kepada negara.

Xi dan Peng telah hidup bersama selama lebih daripada tiga dekad lamanya, sentiasa saling menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Pasangan tersebut mula bertemu pada tahun 1986. Ketika itu, mereka jatuh cinta pandang pertama dan berkahwin pada bulan September yang berikutnya.

Wang Jinshui, rakan sejawat Xi ketika itu, mengimbau kembali bahawa mereka tidak mengadakan majlis perkahwinan, hanya menjemput beberapa orang rakan untuk menikmati hidangan makanan yang ringkas.

Sesederhana perkahwinan mereka, kasih sayang pasangan tersebut terhadap satu sama lain tidak pernah pudar. Kedua-duanya sibuk dengan kerja, namun mereka mencuba yang terbaik untuk menjaga dan menyokong satu sama lain. "Saya menelefon isteri saya sekurang-kurangnya sekali sehari," beliau memberitahu pengacara dalam satu temu bual.

Kasih sayang dan rasa hormat Xi terhadap Peng dapat dilihat dalam banyak perkara kecil. Pasangan tersebut pernah berkali-kali memakai pakaian sedondon.

Pada 31 Disember 2020, apabila Xi menyampaikan ucapan tahun baharu beliau di pejabat beliau, foto-foto Peng dan anggota keluarga beliau dapat dilihat di rak buku di belakang beliau.

Pada sebelah malam Festival Musim Bunga pada tahun 2015, Xi Jinping melawat Liangjiahe di Wilayah Shanxi di tempat beliau pernah bekerja sebagai petani selama hampir tujuh tahun. Beliau memperkenalkan Peng Liyuan kepada penduduk tempatan, "Ini isteri saya," menggunakan dialek tempatan.

Pada 18 November 2014, Xi menaiki kapal pemecah ais Xuelong. Selepas beliau memasuki melalui pintu kabin, beliau menoleh ke belakang untuk membantu Peng masuk.

Pada Jun 2015, Xi berkongsi sepotong kek bersama Peng semasa lawatan mereka untuk bertemu sebuah keluarga tempatan di Costa Rica.

Pada September 2014, Xi dan Peng menikmati masa bersama-sama di buaian, di Gujarat, India.

"Kita tidak boleh membiarkan cinta sejati kita terputus oleh jarak jauh; kita juga tidak boleh melupakan cinta sejati di tengah-tengah kehidupan kita yang sibuk mahupun mengabaikan cinta sejati semasa kerja keras kita siang dan malam," kata Xi sekali lagi.

Source: CCTV+
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service