omniture

Sino Biological Umum Kejayaan Penutupan Tawaran Awam 4.98 Bilion RMB dan Penyenaraian di Shenzhen ChiNext Stock Exchange

Sino Biological, Inc.
2021-08-17 14:29 192

BEIJING, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Sino Biological, Inc. ("Sino Biological" atau "Syarikat"), sebuah syarikat bioteknologi yang menyediakan reagen penyelidikan biologi dan perkhidmatan penyelidikan kontrak teknikal yang berkaitan, mengumumkan kejayaan penyenaraian dalam subsidiari Shenzhen Stock Exchange ChiNext di bawah singkatan stok Sino Biological dan kod saham 301047. Sejumlah 17 juta saham diterbitkan untuk sejumlah 4.98 bilion RMB yang dikumpul semasa tawaran awam awal ini.

Dr. Liangzhi Xie di Upacara Penyenaraian
Dr. Liangzhi Xie di Upacara Penyenaraian

Kejayaan penyenaraian Sino Biological dalam pasaran modal merupakan satu pencapaian penting dalam rancangan strategiknya untuk mencapai pertumbuhan. Walaupun mewajarkan model dan portfolio perniagaan semasanya, tawaran ini turut memberi satu titik permulaan baharu untuk pertumbuhan dan pembangunan masa depan syarikat, menyediakan sokongan kewangan untuk pengembangan keupayaan sedia ada Sino Biological yang luas dan pesat. Dr. Liangzhi Xie, Pengerusi Sino Biological, menyatakan dalam ucapan beliau di upacara penyenaraian tersebut bahawa melalui penawaran ini, "Sino Biological kini berupaya untuk meningkatkan lagi kekuatannya sebagai salah satu penyedia reagen dan perkhidmatan penyelidikan yang terkemuka di dunia dan dalam masa yang sama meningkatkan daya saing serta keuntungannya. Usaha-usaha ini akan membawa pelbagai manfaat kepada pelabur seperti peningkatan nilai pemegang saham sekali gus memberi impak positif kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat."

Sebagai sebuah perusahaan berteknologi tinggi, Sino Biological mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan penjualan reagen biologi seperti protein rekombinan, antibodi, gen dan medium kultur. Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan penyelidikan kontrak teknikal yang berkaitan termasuk pembangunan protein rekombinan dan antibodi serta analisis dan ujian biologi. Dengan sejumlah teknologi teras yang canggih, Sino Biological telah mewujudkan platform teknologi lengkap yang meliputi penyelidikan, pembangunan, pengeluaran secara berperingkat dan kawalan kualiti agar dapat menjamin daya pemprosesan yang tinggi dan penghasilan reagen biologi yang cekap. Tawaran daripada syarikat ini membantu mendorong kemajuan dalam memahami bidang-bidang seperti biologi molekul, biologi sel, imunologi, biologi perkembangan dan sel stem serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan yang inovatif dan ujian-ujian diagnostik.

Pada masa depan, Sino Biological akan memperluas usaha dalam inovasi, pengembangan dan pengoptimuman barisan produk dan perkhidmatan sedia ada. Ini akan dicapai melalui pembangunan dalaman dan pemerolehan teknologi penting digandingkan dengan pertumbuhan infrastruktur yang agresif yang akan meningkatkan daya saing teras syarikat dan mendorong ke arah memenuhi misi Sino Biological untuk memajukan sains hayat dan meningkatkan kesihatan manusia.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Sesetengah kenyataan dalam dokumen ini merupakan "kenyataan pandang ke hadapan" dalam pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian. Kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa pengurusan dan tertakluk kepada ketidaktentuan dan perubahan keadaan. Sino Biological tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini dan tidak berniat untuk berbuat demikian. Maklumat lanjut terkandung dalam pemfailan Sino Biological dengan Shenzhen Stock Exchange.

Maklumat Perhubungan: Sino Biological, Inc., ir@sinobiological.cn

Source: Sino Biological, Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Offerings