omniture

Pameran Canton ke-130 Lancarkan Rantaian Industri dan Bekalan Global

Pameran Canton
2021-08-17 16:52 130

GUANGZHOU, China, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Julung kalinya akan menggabungkan aspek digital dan aktiviti secara peribadi, Pameran Canton ke-130 akan diadakan secara dalam talian mahupun luar talian sepanjang 20 hari mulai 15 Oktober hingga 3 November 2021.

Pameran Canton ke-130 bakal menjadi tawaran yang diintegrasikan untuk perniagaan antarabangsa meneroka 51 bahagian pameran daripada 16 kategori produk berserta "zon penggiatan luar bandar" khusus dan juga perayaan Anugerah Reka Bentuk Pameran Canton ("Anugerah CF") tahunan.

Chu Shijia, Naib Presiden dan Setiausaha Agung Pameran Canton, Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre menyatakan bahawa Pameran Canton bermatlamat untuk menyediakan produk lebih bermutu yang dapat memenuhi keperluan komuniti domestik dan antarabangsa. Chu berkata bahawa sejak penubuhannya, Pameran Canton telah menjadi platform promosi perdagangan yang penting untuk China bagi menggalakkan pertukaran ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara lain serta untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang terbuka kepada China dan seluruh dunia, bersama-sama membangunkan Inisiatif Jalur dan Jalan demi mencipta masa depan bersama buat umat manusia.

Bertemakan "Perkongsian Global Pameran Canton", Pameran Canton ke-130 akan dibuka mulai 15 Oktober hingga 3 November 2021
Bertemakan "Perkongsian Global Pameran Canton", Pameran Canton ke-130 akan dibuka mulai 15 Oktober hingga 3 November 2021

Format pameran digabungkan menawarkan peningkatan pilihan untuk pembeli

Menurut Pentadbiran Umum Kastam di China, jumlah import dan eksport negara berkenaan meningkat 24.5 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 21.34 trilion yuan (USD 3.3 trilion) mulai Januari hingga Julai tahun ini. Dengan peluang perniagaan yang semakin meningkat berserta cabaran tidak menentu yang dibawa oleh pandemik ini, Pameran Canton ke-130, melalui pameran dalam talian dan luar taliannya akan menyediakan lebih banyak pilihan kepada pembeli di serata dunia, lalu melancarkan rantaian industri dan bekalan global.

Pameran Canton ke-130 akan menyajikan 12 peratus lebih banyak produk baharu untuk menyertai pembentangan lapangan mega yang melibatkan lebih daripada 20,000 pempamer tempatan dan industri terkemuka yang mewakili yang terbaik daripada industri pembuatan termaju China, lalu membolehkan pembeli menerokai rantaian bekalan China yang komprehensif.

Memandangkan semua pembekal akan mengadakan pameran secara 24/7, Pameran berkenaan terus menjemput pembeli untuk menyertai perayaan dalam taliannya melalui siaran langsung, bilik pameran VR dan pembentangan produk multimedia di laman sesawang rasmi. Pembeli juga boleh menyertai siaran langsung di lapangan oleh pempamer demi pengalaman yang imersif.

Zon khusus memenuhi keperluan bersasar

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China komited terhadap pembasmian kemiskinan bagi menghapuskan kemiskinan mutlak. Terus menyokong kawasan-kawasan yang dahulunya miskin demi masa depan yang mampan, fasa ketiga edisi ke-130 Pameran ini akan menyaksikan pelancaran "zon penggiatan luar bandar" secara dalam talian mahupun luar talian bagi mempamerkan produk-produk istimewa dengan ciri-ciri serta gaya-gaya serantau yang mantap.

Pembeli boleh meninjau banyak pilihan yang bermula daripada makanan organik mesra alam dan sihat, pakaian tekstil buatan tangan hinggalah makanan tambahan kesihatan sekali gus merebut peluang perniagaan yang meriah yang dibawa oleh kawasan-kawasan ini.

Pameran ini juga akan mempamerkan reka bentuk Cina premium melalui perayaan Anugerah CF tahunannya serta bilik pameran fizikal untuk produk-produk 2020-2021 yang berjaya. Pembeli juga boleh mencari produk dan syarikat ini secara dalam talian melalui tag demi pengalaman penyumberan yang lebih cekap.

Pameran Canton ke-130 mengalu-alukan pembeli luar negara untuk hadir secara dalam talian, menggalakkan pembeli luar negara yang memenuhi syarat-syarat untuk menghadiri Pameran luar talian dan akan menjemput syarikat-syarikat yang dibiayai oleh dana asing, wakil-wakil daripada organisasi/perusahaan komersial dan industri luar negara di China, cawangan-cawangan China bagi dewan perniagaan luar negara dan ejen-ejen pembeli luar negara untuk menghadiri acara di lapangan sebagai wakil pembeli.

SIla kunjungi https://www.cantonfair.org.cn/en untuk maklumat lanjut.

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation Trade show news