omniture

Hisense Manfaatkan Cita-cita Paris Saint-Germain Untuk Tahun Kedua Perkongsian

Hisense
2021-08-17 18:50 225

QINGDAO, China, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Selepas musim pertama yang mantap di padang bersama kelab bola sepak yang terkenal di peringkat antarabangsa, Paris Saint-Germain, syarikat barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah yang terkemuka, Hisense dengan gembiranya memulakan tahun kedua kerjasama global mereka. Dengan barisan mantap penandatangan baharu termasuk Leo Messi, Gianluigi Donnarumma, Sergio Ramos, Georginio Wijnaldum serta Achraf Hakimi dan susulan komitmen baharu Neymar Jr terhadap kelab ini, Hisense berharap dapat mengukuhkan kerjasamanya dengan kelab Paris ini.

Paris Saint-Germain
Paris Saint-Germain

Candy Pang, Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Antabangsa Hisense berkata, "Kami berasa gembira untuk memulakan tahun kedua perkongsian kami bersama Paris Saint-Germain, salah satu kelab yang paling berjaya dan berkembang paling pantas di dunia. Dengan kejayaan perkongsian tahun pertama, kami akan membina nilai bersama kami dengan kelab ini dan terus memanfaatkan perkongsian ini untuk mencipta pengalaman tontonan di rumah yang sebaik mungkin untuk Paris Saint-Germain dan pengikutnya. Dengan peminat kembali ke Parc des Princes, digabungkan dengan barisan penandatanganan pemain baharu yang terkenal untuk kelab ini, ia bakal menjadi musim yang lebih mengujakan di masa depan."

Hisense Official Partner Paris Saint-Germain
Hisense Official Partner Paris Saint-Germain

Marc Armstrong, Ketua Pegawai Perkongsian di Paris Saint-Germain mengulas: "Hebat rasanya dapat melihat sejauh mana kerjasama antara Hisense dan Paris Saint-Germain telah terlaksana dalam tahun pertamanya. Kempen 'Perincian membawa perbezaan' yang inovatif daripada Hisense menyaksikan mereka memanfaatkan pemain-pemain kami dengan cara yang inovatif untuk mempamerkan produk dan ciri jenama mereka. Kami berharap dapat menyaksikan kerjasama ini maju dari setingkat ke setingkat pada tahun ini dan juga melihat kempen baharu Hisense."

Hisense and Paris Saint-Germain Members
Hisense and Paris Saint-Germain Members

Menjelang tahun kedua kerjasama berkenaan, Hisense akan menyediakan pelbagai jenis produk yang inovatif untuk kelab tersebut serta mendirikan sudut produk di Parc des Princes kepada peminat untuk berinteraksi dengan produk. Jenama ini akan terus memanfaatkan kerjasama berkenaan untuk mempromosikan teknologi inovatifnya dan dalam masa yang sama menyediakan peminat dengan pengalaman tontonan di rumah yang terbaik.

Tahun pertama kerjasama berkenaan telah membantu mendorong jualan dan kesedaran jenama yang amat tinggi terhadap jenama Hisense. Kempen pertama Hisense bersama kelab tersebut pada awal tahun ini, 'Perincian membawa perbezaan' menyaksikan pemain-pemain Neymar Jr, Keylor Navas, Angel Di Maria, Ander Herrera dan Presnel Kimpembe, serta memperoleh penglibatan yang besar daripada saluran sosial dan digital.

Hisense France, pasaran utama untuk jenama ini, menyaksikan pendapatan meningkat sebanyak 101% berbanding tahun sebelumnya (YoY) daripada pelancaran perkongsian pada Ogos 2020, sehingga akhir musim pada bulan Mei 2021. Dengan jualan TV berkembang 100% berbanding tahun sebelumnya dalam enam bulan pertama pada tahun 2021 sahaja, disokong oleh pertumbuhan titik enam peratus dari segi kesedaran jenama dari tahun 2020-2021.

Melihatkan populariti global kelab tersebut dan kontijen pemain Amerika Selatan yang besar, kerjasama berkenaan turut mencipta pertumbuhan jualan tambahan di seluruh Amerika Selatan. Di Chile, penajaan telah menyokong pertumbuhan jualan TV sebanyak lebih 350% berbanding tahun sebelumnya, manakala pendapatan jualan perkakas rumah meningkat sebanyak 940% berbanding tahun sebelumnya. Unit jualan di Amerika Tengah (Panama) berkembang 249% berbanding tahun sebelumnya semasa tahun pertama kerjasama berkenaan, dari Ogos 2020 hingga Mei 2021 dengan jualan TV meningkat sebanyak 499%. Sementara itu, Hisense Colombia telah membangunkan rakan saluran tempatan manakala skop perniagaan pasaran Hisense Argentina juga telah diperluas.

Hisense terus menyokong saluran sukan yang utama di seluruh dunia dengan kerjasama FIFA World Cup 2022 yang diumumkan baru-baru ini, berserta hubungan kerjasama UEFA EURO 2020 dan Peringkat Akhir Liga Negara-negara UEFA. Penajaan tersebut meraikan kehadiran Hisense di persada dunia dengan produknya dieksport ke lebih 160 negara dan wilayah.

Ikuti semua berita Paris Saint-Germain Hisense kunjungi: global.hisense.com.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements