SHANGHAI, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Thar Coal Block-1 Power Generation Company, subsidiari Shanghai Electric (601727.SS and 02727.HK) yang berpangkalan di Pakistan yang mengendalikan loji jana kuasa, mengadakan acara amal pemberian mainan dan hadiah pada 19 Julai bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama kanak-kanak dan ibu bapa mereka yang tinggal di kampung-kampung berhampiran Thar Coal Block-1 Power Generation Company (PVT) Ltd dan loji jana kuasa 1320MW miliknya. Tiba masanya untuk menyambut perayaan yang diberkati ini yang melambangkan salah satu hari yang paling penting untuk masyarakat tersebut, Shanghai Electric dan kakitangannya menghadiahi lebih 200 orang kanak-kanak dengan pakej mainan dan hadiah termasuk peralatan kriket untuk kanak-kanak lelaki dan gelang, pes inai dan makanan ringan untuk kanak-kanak perempuan.
"Hari Raya Aidiladha setiap tahun merupakan detik yang menyeronokkan dan istimewa pada tahun ini yang membolehkan masyarakat setempat menikmati detik ditemani insan tersayang, sementara pandemik ini telah menyuramkan suasana perayaan yang penting ini memandangkan langkah-langkah jarak sosial terus menyekat perhimpunan besar-besaran dan mengehadkan amalan keagamaan. Pada hari ini apabila komuniti ini meraikan semangat memberi dan membantu golongan yang lemah dan miskin, kami berharap agar dengan acara amal pemberian mainan dan hadiah yang meriah ini, kami dapat mengukir senyuman pada wajah kanak-kanak semasa tempoh yang belum pernah terjadi sebelum ini dan pastinya menjadikan Hari Raya Aidiladha ini sedikit ceria dan lebih selesa buat keluarga mereka juga," kata Qian Xiaolei, Pengurus Perhubungan Awam Thar Coal Block-1 Power Generation Company.
Meliputi kawasan seluas lebih 9,000 kilometer persegi, Projek Jana Kuasa Lombong Arang Batu Bersepadu Thar Block-1, bahagian yang penting dalam Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), terletak di Thar Desert di bahagian tenggara Wilayah Sindh Pakistan. Sebaik sahaja siap, dua stesen jana kuasa lignit lampau genting 660-megawatt dijangka dapat menyediakan bekalan elektrik yang berpatutan dan andal kepada lebih 4 juta isi rumah Pakistan dengan lombong arang batu mencecah output tahunan sebanyak 7.8 juta tan.
Shanghai Electric mengutamakan kesejahteraan penduduk sekitar projek Thar Block-1 dan telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan sekuriti, kesihatan dan keselamatan pekerja tempatannya sepanjang pandemik COVID-19 ini. Dalam satu usaha yang terkini untuk menawarkan persekitaran kerja bio-selamat kepada pekerja di lapangan, Shanghai Electric telah memulakan program vaksinasi COVID-19 untuk pekerja Pakistannya yang terlibat dalam projek ini dengan lebih daripada 5,000 pekerja mendapat suntikan vaksin setakat ini.
Sino Sindh Resources Private Limited (SSRL), subsidiari Shanghai Electric di Pakistan yang membangunkan dan mengendalikan lombong arang batu, mengetuai program tersebut. Syarikat ini bekerjasama dengan doktor dan jururawat dari Karachi untuk membina beberapa tempat vaksinasi di pejabat-pejabat Shanghai Electric di Thar Block-1 yang menyuntik pekerja yang menawarkan diri secara sukarela untuk divaksin, pada kadar 400 orang setiap hari.
Wang Xiaofan, Pengerusi Sino Sindh Resources Private Limited (SSRL) yang melancarkan kempen vaksinasi berkata bahawa Shanghai Electric melaksanakan "usaha sehabis daya" untuk melindungi keselamatan semua kakitangannya. "Bagi Shanghai Electric, keselamatan pekerja kami diutamakan dan kami melakukan segala yang kami mampu unutk mengelakkan jangkitan COVID-19 di tapak. Kami berharap agar usaha anti-pandemik kami yang terkini bukan sahaja akan menyediakan persekitaran kerja yang selamat kepada pekerja kami, tetapi juga menyumbang kepada usaha vaksinasi di Pakistan secara keseluruhan," kata Wang.
Shanghai Electric telah menyokong usaha bantuan COVID-19 di Pakistan sejak bermulanya pandemik ini termasuk sumbangan barang keperluan kepada 441 Briged Infantri Pakistan dan 6 juta rupee kepada Wilayah Sindh untuk mewujudkan Tabung Kecemasan Coronavirus serta menghantar bahan-bahan perlindungan diri, bijirin dan minyak untuk membantu pasukan tempatan mengatasi masalah kekurangan makanan dan pakaian di kampung-kampung yang miskin.
Di samping itu, Shanghai Electric turut melakukan usaha yang berterusan untuk meningkatkan peluang pekerjaan tempatan di Wilayah Sindh dengan menggaji penduduk tempatan dan menawarkan sesi latihan bagi meningkatkan kemahiran mereka. Setakat Januari 2021, projek ini telah menggerakkan lebih daripada 5,000 pekerja bekerja di tapak - lebih 75% daripadanya merupakan kakitangan tempatan.