BANDAR RAYA GOYANG, Korea Selatan, 17 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Bandar Raya Goyang dan dikelolakan oleh GoyangCVB, 'Forum Daya Saing Destinasi Antarabangsa 2021' akan diadakan di Dewan Tari-Menari Utama KINTEX pada 25 dan 26 Ogos dengan tema 'MICE, But Semula Bandar Ini!' tahun ini.
Forum Daya Saing Destinasi Antarabangsa ialah acara bertaraf antarabangsa pertama yang memfokuskan destinasi MICE di rantau Asia-Pasifik. Ia merupakan sebuah acara heliks ganda tiga, yang mana kerajaan bandar, penganjur MICE dan industri MICE bergabung.
Bandar Raya Goyang berhasrat untuk membangunkan forum tersebut sebagai persidangan antarabangsa yang utama di Asia demi mengukuhkan kedudukan Goyang sebagai bandar pusat MICE Asia. Bahkan, matlamatnya adalah agar acara tersebut dimanfaatkan sebagai platform untuk memupuk destinasi MICE, yang meningkatkan daya saing industri MICE keseluruhan.
Pada 25 Ogos, forum tersebut akan dibuat dalam format hibrid yang ditawarkan secara dalam talian dan luar talian manakala acara pada 26 Ogos pula akan diadakan secara dalam talian sebagai webinar maya. Peserta-peserta antarabangsa dijemput untuk mengambil bahagian secara dalam talian dan menyaksikan acara yang disiarkan secara langsung itu.
'Forum Daya Saing Destinasi Antarabangsa 2021' yang diadakan pada hari pertama akan dimulakan dengan ceramah utama mengenai 'Kemampanan & Bandar' oleh Profesor Jeffrey Sachs, seorang ahli ekonomi dan pakar pembangunan mampan yang terkenal di dunia daripada Columbia University. Ceramah dan perbincangan panel selanjutnya dalam 4 sesi masing-masing akan menyusul.
Hari kedua acara tersebut, iaitu pada 26 Ogos, dijadualkan berlangsungnya dua seminar yang dianjurkan bersama organisasi-organisasi antarabangsa yang terkenal dalam bidang MICE. Meja Bulat Destinasi Asia, diadakan pada sebelah pagi, merupakan seminar mengenai pemasaran destinasi, yang mana anda boleh melihat pelbagai usaha CVB dari segi bagaimana mereka membangunkan setiap bandar menjadi bandar MICE yang berdaya saing. Acara ini akan diadakan bersama International Congress and Convention Association (ICCA) dan akan dianjurkan bersama Gaining Edge, syarikat perunding MICE yang terkemuka, berserta Goyang CVB.
'Forum Asia Pasifik 'GDSM', diadakan mulai jam 3 petang, merupakan seminar mengenai kemampanan yang merupakan topik paling hangat sejak beberapa hari ini. Program ini akan menjadi satu peluang untuk mendapatkan maklumat mengenai maksud, amalan dan kesan yang dijangkakan daripada kemampanan berhubung bandar-bandar melalui pembentangan dan perbincangan oleh pakar-pakar domestik dan asing. Acara berkenaan dianjurkan bersama GDS-I: Global Destination Sustainability Index, satu perikatan bandar-bandar mampan di seluruh dunia.
Pendaftaran untuk acara tersebut kini dibuka melalui laman sesawang acara (http://goyangdestinationweek.com/en/).