omniture

Datawatch Jadualkan Panggilan Persidangan untuk Membincangkan Persetujuan Membeli Panopticon

Datawatch Corporation
2013-06-18 03:03 117

CHELMSFORD, Massachusetts, 18 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH), penyedia utama dunia untuk penyelesaian pengoptimuman maklumat, hari ini mengumumkan bahawa ia bersetuju untuk membeli Panopticon Software AB, sebuah syarikat Sweden pegangan swasta yang mengkhusus dalam penghantaran penyelesaian penemuan data visual masa sebenar dan akan membincangkan pemerolehan itu dalam sebuah panggilan persidangan yang dijadualkan hari ini, Isnin, 17 Jun 2013 pada 1:00PM ET.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121015/NE92833LOGO)

Untuk menyertai panggilan persidangan ini, sila dail +1-877-407-0782 atau nombor telefon antarabangsa +1-201-689-8567 sekurang-kurangnya 10 minit sebelum panggilan bermula. Anda boleh mengakses siar webnya dengan mengikuti pautan ini: http://www.investorcalendar.com/IC/CEPage.asp?ID=171131. Ulangan siar web itu akan dimuat naik ke dalam laman web hubungan pelabur Datawatch (www.investor.datawatch.com) kira-kira satu jam selepas panggilan itu tamat.

MENGENAI DATAWATCH CORPORATION
Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) ialah peneraju dalam pembekalan produk dan penyelesaian pengoptimuman maklumat yang membenarkan organisasi memberikan kepelbagaian data seluas mungkin ke dalam aplikasi data dan analitik mereka yang besar. Datawatch memberikan organisasi kebolehan untuk menyepadukan sumber-sumber berstruktur, tidak berstruktur dan separa berstruktur seperti laporan, fail PDF dan aliran EDI ke dalam aplikasi ini untuk memberikan perspektif 360 darjah mengenai isu dan peluang yang wujud dalam perniagaan mereka. Lebih daripada 40,000 organisasi seluruh dunia menggunakan produk dan perkhidmatan Datawatch, termasuk 99 buah syarikat daripada senarai syarikat Fortune 100, dan setiap jenis perniagaan boleh mendapat faedah daripada kuasa dan keanjalan penyelesaian Datawatch yang menerajui industri. Ibu pejabat Datawatch terletak di Chelmsford, Massachusetts dengan pejabat-pejabat di London, Munich, Singapura, Sydney dan Manila, dan mempunyai rakan kongsi dan pelanggan dalam lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.datawatch.com.

Kenyataan Selamat di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995
Sebarang kenyataan yang terkandung di dalam siaran akhbar ini yang tidak menggambarkan fakta bersejarah boleh dianggap sebagai kenyataan ramalan seperti definisi istilah itu dalam Akta Pembaharuan Litigasi Keselamatan Swasta 1995. Mana-mana kenyataan seperti itu, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada kenyataan yang terhasil daripada operasi, yang terkandung dalam siaran ini adalah berdasarkan jangkaan semasa, tetapi tertakluk kepada sebilangan risiko dan ketidakpastian yang mungkin akan menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada jangkaan. Faktor-faktor yang mungkin boleh menyebabkan hasil masa hadapan sebenar berbeza secara material daripada jangkaan semasa termasuk yang berikut; risiko-risiko yang berkaitan dengan ekonomi dunia lemah yang berterusan; risiko-risiko yang berkaitan dengan turun naik hasil operasi suku tahun yang berlaku akibat, antara sebab lain, saiz dan masa pesanan pelanggan yang banyak; risiko-risiko yang berkaitan dengan pemerolehan, termasuk pemerolehan harta intelek baru-baru ini daripada Math Strategies dan pemerolehan Panopticon; ketidakstabilan harga saham Datawatch; batasan terhadap keberkesanan kawalan dalaman; perubahan teknologi pantas; kebergantungan Datawatch ke atas pengenalan produk-produk baharu dan penangguhan yang mungkin berlaku terhadap pengenalan-pengenalan itu; persaingan dalam industri perisian secara keseluruhannya, dan secara khususnya dalam pasaran pengoptimuman maklumat; kebergantungan Datawatch ke atas produk-produk utamanya, teknologi perisian yang dimiliki mereka dan perisian yang dilesenkan daripada pihak ketiga; risiko-risiko yang berkaitan dengan jualan dan operasi antarabangsa; risiko-risiko yang berkaitan dengan saluran pengedaran tidak langsung; kecukupan simpanan pulangan jualan Datawatch; risiko-risiko yang berkaitan dengan model jualan langganan; kebergantungan Datawatch ke atas kemampuannya untuk menggajikan dan mengekalkan kakitangan yang berkemahiran; gangguan atau kegagalan sistem teknologi Datawatch yang mungkin terjadi akibat bencana alam, serangan siber atau malapetaka lain; dan ketidakpastian serta kos tambahan yang mungkin terjadi akibat pengawalan pentadbiran korporat yang berubah serta pendedahan umum. Maklumat lanjut mengenai faktor-faktor yang mungkin boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada keputusan yang dijangkakan diperincikan dalam pelbagai dokumen yang tersedia untuk orang ramai, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pemfailan yang dibuat oleh Datawatch dari masa ke masa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang muncul di dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 30 September 2012 dan Borang 10-Q untuk suku-suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2012 dan 31 Mac 2013. Sebarang kenyataan ramalan patut dipertimbangkan berdasarkan faktor-faktor tersebut.

Hubungan Pelabur: 
Hubungan Pelabur Datawatch
investor@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 ext. 8323

Hubungan Media: 
Sarah Bernardi
Datawatch Corporation
Sarah_Bernardi@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8387
Twitter: @datawatch

© 2013 Datawatch Corporation. Datawatch, Monarch dan logo-logo mereka ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar Datawatch Corporation dalam Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Nama-nama lain ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar syarikat mereka masing-masing.

Source: Datawatch Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:DWCH
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Acquisitions, mergers, takeovers Conference call announcements