omniture

Masa Hadapan yang Cerah, Impian Jadi Kenyataan di Fukushima: Barisan Hadapan Tenaga Hidrogen

Toshiba Corporation
2021-08-18 10:00 39

SINGAPURA, 18 Ogos, 2021 /PRNewswire/ -- Tenaga hidrogen ialah satu bentuk tenaga baharu yang mesra alam dan boleh didapati dalam bekalan yang berterusan. Di masa hadapan, tenaga hidrogen akan menjadi asas yang menyokong pelbagai infrastruktur. Ketahui bagaimana Toshiba berusaha untuk menyokong realisasi hidrogen sebagai sumber tenaga di Jepun.

Untuk keluaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202108.shtml

System Overview
System Overview

 

Fumiyuki Yamane, Manager, Power To Gas Business Development Group, Business Development Dept., Hydrogen Energy Business Div., Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation
Fumiyuki Yamane, Manager, Power To Gas Business Development Group, Business Development Dept., Hydrogen Energy Business Div., Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation

"Strategi Hidrogen Asas" kerajaan Jepun menggariskan pelan tindakan ke arah 2030, dan visi ke arah 2050. Komponen kritikal bagi strategi ini ialah Bidang Penyelidikan Tenaga Hidrogen Fukushima (Fukushima Hydrogen Energy Research Field, selepas ini "FH2R"). Toshiba Energy System & Solutions Corporation mengambil tanggungjawab penuh ke atas pengurusan projek ini, serta keseluruhan tenaga hidrogen.

Projek ini, sistem kuasa ke gas dengan skala terbesar yang pertama di dunia, terletak di bandar Namie Jepun, Wilayah Fukushima, dengan tapak berkeluasan kira-kira 220,000m2, dilengkapi dengan unit penghasilan hidrogen 10 megawatt (MW) dan unit penjanaan kuasa solar 20MW. Kemudahan ini dibuka dalam bulan Mac 2020, dan penghasilan dan penghantaran hidrogen bermula pada bulan Julai, sebagai sebahagian daripada demonstrasi kebolehlaksanaan, yang ditauliahkan oleh The New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO).

Dalam sistem FH2R, hidrogen dihasilkan dalam unit penghasilan hidrogen yang menggunakan tenaga elektrik yang diperolehi daripada gabungan tenaga boleh diperbaharui yang dijana dalam unit penjanaan kuasa solar dan grid. Hidrogen ini kemudiannya disimpan untuk kegunaan dalam aplikasi termasuk penjanaan kuasa sel bahan api, kereta bahan api-sel, dan bahan api di kilang-kilang. Keseluruhan proses ini, daripada penghasilan kepada penggunaan sebenar, adalah bebas karbon dioksida.

Faedah hidrogen yang lain adalah terdapatnya bekalan hidrogen yang tidak akan habis di planet ini, dan pelbagai kaedah yang berlainan untuk menghasilkannya. Ia juga dapat disimpan dan dihantar dalam jarak yang jauh. Tenaga hidrogen, nampaknya, dijangka akan semakin menjadi tenaga masa hadapan.

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities