omniture

Sistem Kawalan Pintar Jarak Jauh Kren Menara 5G Perintis Zoomlion Selesaikan Tugas Mengangkat Pertamanya Secara Global

Zoomlion
2021-08-18 18:11 83

ZHENGZHOU, China, 18 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) mendemonstrasikan dengan jayanya sistem kawalan jauh kren menara 5G ("Sistem") pada 25 Jun di Zhengzhou dan menyempurnakan tugas mengangkat pertama seumpamanya bagi pembinaan Sekolah Jiangshan Zhengzhou.

A Zoomlion employee demonstrates its 5G Tower Crane Remote Intelligent Control System at the 2021 Changsha International Construction Equipment Exhibition (CICEE)
A Zoomlion employee demonstrates its 5G Tower Crane Remote Intelligent Control System at the 2021 Changsha International Construction Equipment Exhibition (CICEE)

Dipasang dari jauh dan secara pintar, Sistem ini dibangunkan berdasarkan kepada projek kren menara tanpa pemandu Zoomlion dengan sokongan daripada teknologi 5G termaju daripada Henan Telecom. Sistem ini membolehkan kawalan pintar dari jauh yang menggantikan operasi terdahulu pada altitud tinggi atau paras tanah. Ia telah merapatkan jurang dalam tugas pengangkatan pintar jarak jauh kren menara, menggalakkan pemulihan kren menara, mengubah suai kaedah pembinaan, menambah baik persekitaran kerja pengendali dan mengurangkan intensiti tenaga kerja bagi menjamin keselamatan peribadi.

Sistem ini mengandungi empat sistem yang canggih:

  • Sistem pemantauan video menyeluruh: ia merealisasikan pemantauan menyeluruh dan berbilang sudut daripada pergerakan kren dan kawasan sekitar (termasuk titik buta) yang dapat meningkatkan kemudahan operasi serta memastikan keselamatan pembinaan;
  • Sistem penjejakan pintar visual pada cangkuk kren menara: terdiri daripada kamera inframerah dan peralatan penderiaan digital, sistem ini dapat meningkatkan ketepatan mengangkat dan mengurangkan bahaya keselamatan yang tersembunyi semasa proses mengangkat dengan berkesan;
  • Sistem pemantauan status kren menara digital: sensor yang berbeza dapat memantau dan memaparkan semua parameter termasuk ketinggian bum, kelajuan angin, suhu dan kelembapan serta dapat meramal jejak gerakan bagi mengelakkan bahaya dan melindungi keselamatan pengendali;
  • Sistem anti-perlanggaran dan penghantaran pintar: ia menggunakan kependaman rendah dan kestabilan rangkaian 5G, menerima pakai kamera binokular dan menggabungkan teknologi AI dan visi komputer untuk mencapai pengesanan halangan dalam jarak 10 meter dari cangkuk.

Didorong oleh strategi "Produk 4.0A" Zoomlion, syarikat ini berjaya mengaplikasikan teknologi 5G pada kren menara, kren, trak pam dan mesin pengorek, serta penaiktarafan pintar barisan pengeluaran syarikat dan kilang pintar.

Pada masa depan, Zoomlion akan bekerjasama tanpa henti dengan syarikat-syarikat 5G terunggul bagi mempercepatkan transformasi digitalnya dan penaiktarafan sebagai usaha untuk membina kilang pintar yang bertaraf dunia dan menggalakkan lagi penaiktarafan pintar produk-produknya.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (1157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan antara jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual 568 produk canggih daripada 70 barisan produk yang mencakupi 11 kategori penting.

Pautan Berkaitan
www.zoomlion.com

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Telecommunications Transportation New products/services