omniture

Model SUV TANK Baharu Dilengkapi dengan Kuasa Super 3.0T+ 9AT

GWM
2021-08-19 16:01 257

BAODING, China, 19 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, model pertama TANK "X" (yang belum dinamakan secara rasmi, selanjutnya dirujuk sebagai TANK "X") selepas ketakbersandaran jenama TANK dikeluarkan daripada barisan pengeluaran di Tapak Pengeluaran Kenderaan Jingmen GWM. Berdasarkan lakaran yang dikeluarkan sebelum ini, pelancaran TANK "X" meningkatkan lagi harapan pengguna. Dengan populariti pasarannya yang semakin melonjak, ia dijangka menjadi satu lagi kejayaan TANK selepas TANK 300.

Model SUV TANK Baharu Dilengkapi dengan Kuasa Super 3.0T+ 9AT
Model SUV TANK Baharu Dilengkapi dengan Kuasa Super 3.0T+ 9AT

TANK "X" direka bentuk oleh Andrew Collinson, yang berkhidmat untuk Land Rover, General Motors, Mercedes-Benz dan syarikat-syarikat kereta tahap pertama bertaraf antarabangsa yang lain dan telah menerajui reka bentuk banyak model yang terkenal di dunia. Di bawah kepimpinan beliau, wajah tegar TANK "X" mempunyai penampilan yang sarat dengan gaya klasik dan antarabangsa. TANK "X" menerima pakai gaya reka bentuk baharu iaitu kemewahan perniagaan yang berbeza daripada TANK 300 dan telah membangunkan kategori baharu iaitu "kemewahan perniagaan". Seperti yang dapat dilihat daripada lakaran, kereta baharu ini menerima pakai jeriji pengambilan udara heksagon, dengan hiasan krom yang mantap manakala logo TANK yang direka dengan baik menggamit perhatian dan penuh kuasa; profilnya kemas dan muskular; reka bentuk tingkap belakang segi tiga membuatkan kenderaan ini begitu dinamik dan bentuk ekor yang kemas dan ringkas, dengan lampu ekor belah yang sangat mudah dikenali, paparan penuh gayanya yang tegar dan mewah, sesuai dengan estetika majoriti dalam masyarakat hari ini.

TANK "X" bukan sahaja menonjolkan gaya mewah dari segi penampilannya, tetapi juga memiliki prestasi cemerlang yang setanding dengan jenama-jenama mewah. TANK "X", dibina pada platform luar jalan profesional pintar global - TANK, dengan sokongan daripada kombinasi kuasa terunggul, menampilkan prestasi luar jalan yang terbaik. TANK "X" ialah SUV pertama GWM yang dilengkapi dengan rangkaian kuasa super 3.0GDIT+ 9AT yang utama di peringkat antarabangsa. Enjinnya menggunakan teknologi yang paling canggih dalam industri seperti sistem dwi-suntikan dan kitaran Miller, dengan kecekapan terma 38.5%, kuasa maksimum 260 kW dan tork puncak 500 N m, ia dapat mencapai prestasi cemerlang keseluruhan dari segi kuasa, ekonomi bahan api, keandalan dan kesenyapan. Menerima pakai penghantaran 9AT yang dibangunkan oleh GWM, TANK "X" memiliki kelebihan iaitu kelajuan peralihan pantas, kelancaran, kecekapan penghantaran tinggi dan ringan. Di samping itu, dengan prestasinya yang mantap, cekap dan andal, ia dapat membawa keseronokan penguasaan dan pengalaman luar jalan yang terbaik kepada peminat luar jalan di serata dunia.

Sebagai model pertama daripada siri kemewahan perniagaan di bawah jenama TANK, TANK "X" akan membuat penampilan di tayangan perdana dunianya di Pameran Motor Chengdu 2021 pada bulan Ogos dan mengumumkan nama rasminya. Pada masa akan datang, TANK "X", yang muncul dalam era luar-jalan perniagaan mewah GWM dijangka akan dilancarkan di seluruh dunia, agar dapat memperkayakan kehidupan dan pengalaman luar-jalan pengguna dengan prestasi luar jalannya yang mantap.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services