omniture

Government Savings Bank Thailand Teruskan Misi Cawangan Pintarnya dengan Penyelesaian SD-WAN Huawei

Huawei
2021-08-19 16:48 55

SHENZHEN, China, 19 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Dengan kemunculan masyarakat pintar, lebih banyak kerajaan dan pelanggan perusahaan memilih Penyelesaian CloudCampus Huawei dan dengan berbuat demikian, dapat menjadi perintis IP pintar dalam transformasi digital industri-industri.

Latar Belakang

Ditubuhkan pada tahun 1913, Government Savings Bank (GSB) Thailand, dahulunya dikenali sebagai Savings Office, pada asalnya dicipta sebagai peti besi untuk rakyat Thai menyimpan wang dengan cara yang betul. Selama lebih seabad sehingga kini, GSB telah komited sepenuhnya untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang andal, berkualiti tinggi dan selamat untuk 25 juta pelanggannya. Selain itu, dalam dunia digital hari ini, bank sosial yang menjadi sejarah ini kini menawarkan rakyat Thai dengan produk inovatif yang menggalakkan penyimpanan dan kemampanan kewangan dari generasi ke generasi.

Menyedari keperluan terhadap transformasi digital di tengah-tengah permintaan yang semakin berubah-ubah daripada pelanggannya sejak sedekad yang lalu, GSB bekerjasama erat dengan rakan kongsi untuk membangunkan perkhidmatan baharu baik untuk kakitangan mahupun pelanggan demi menjamin operasi yang lancar merentas sistem. Sememangnya bermatlamat untuk menjadi "lebih daripada sekadar sebuah bank" untuk semua rakyat Thai, GSB bertekad untuk membantu mendorong ekonomi digital, menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik demi generasi-generasi akan datang.

Cabaran-cabaran

Dengan misi jangka panjang untuk perbankan digital, GSB memfokuskan untuk mendayakan operasi yang pintar, cekap dan selamat di lebih 1,000 cawangannya. Namun demikian, banyak penyelesaian dan produk dalam sistem Teknologi Maklumat (IT) legasi bank tersebut tidak lagi disediakan dalam pasaran (telah dihentikan), lalu menjadikan pengemaskinian bermasalah dan penyelenggaraan mahal harganya. Sesungguhnya, sistem lama ini telah menghalang pemindahan data GSB ke awan, seraya menjejaskan pengembangan rangkaian pada masa akan datang.

Bank ini telah mencari infrastruktur rangkaian yang tepat bagi menjamin operasi yang lancar dan tahap perkhidmatan yang serupa merentas jaringan cawangan bank yang cukup besar, besar dan kecil. Infrastruktur baharu diperlukan untuk meningkatkan kecekapan GSB dalam kesemua perkhidmatan perbankan, mengurangkan kos Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) dan meningkatkan pengalaman pengguna baik untuk perbankan dalam talian mahupun interaksi di cawangan tradisional.

Penyelesaian Huawei: SD-WAN

Huawei memahami keperluan khusus GSB dan mencadangkan Rangkaian Tentuan Perisiannya dalam Penyelesaian Penyelesaian Rangkaian Kawasan Luas ( SD-WAN) untuk rangkaian berasaskan awan yang mantap bagi memenuhi permintaan baharu dan sebarang pengembangan perniagaan pada masa akan datang. Penyelesaian bersepadu ini merupakan pilihan yang ideal untuk institusi-institusi kewangan besar, hasil daripada keupayaannya untuk saling menghubungkan ibu pejabat, cawangan jauh dan pelbagai awan. Sistem yang segerak ini memastikan keberterusan, kecekapan dan kestabilan perkhidmatan di semua cawangan tanpa menjejaskan keselamatan data. Ciri-ciri utama Penyelesaian SD-WAN Huawei termasuk:

  • Jalur lebar ultra pintar dan saling sambungan atas permintaan yang membolehkan saling sambungan yang andal dan boleh diskala antara cawangan, ibu pejabat dan awan.
  • Konfigurasi tanpa-sentuhan yang menyediakan pelancaran dan penyelenggaraan perkhidmatan yang ringkas dan andal tanpa memerlukan kakitangan di lapangan.
  • O&M Pintar dengan pengurusan seragam, membolehkan pengurusan berasaskan awan untuk Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN) dan WAN, lalu memudahkan penggunaan sistem dan mengurangkan kos O&M.
  • Pengalaman perkhidmatan lengkap cemerlang yang menyokong teknologi baru muncul seperti 5G, Kecerdasan Buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan awan, mendorong cawangan menuju transformasi digital di samping membuka jalan ke arah pengembangan perniagaan dan rangkaian yang fleksibel namun selamat.

Faedah-faedah

Penyelesaian rangkaian Huawei yang hebat ini telah membina platform pintar untuk GSB bagi membantu bank ini merealisasikan misi cawangan pintarnya. Penyelesaian SD-WAN Huawei telah mempercepatkan pelancaran perkhidmatan, mengurangkan kos O&M dan memastikan operasi perkhidmatan yang lancar. Faedah-faedah ini dapat dinikmati oleh kakitangan mahupun pelanggan GSB di kesemua cawangan dan secara dalam talian. Penyelesaian kalis masa depan ini juga bersedia memenuhi sebarang permintaan baharu yang timbul dengan sokongan untuk rangkaian generasi kelima bagi memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan untuk GSB.

"GSB mempunyai 1,060 cawangan di seluruh negara. Jumlah data yang kami perlukan untuk dihantar ke pejabat cawangan kami semakin meningkat saban hari," kata Boonson Jenchaimahakoon, Naib Presiden Eksekutif (EVP) Kanan Pertama GSB untuk Kumpulan IT ini. "Bagi menghapuskan jarak sebagai halangan, kami memerlukan teknologi saling sambungan yang membolehkan semua kakitangan cawangan bekerja seolah-oleh mereka berada di pejabat besar. Penyelesaian SD-WAN Huawei membolehkan GSB menghubungkan pejabat cawangan dengan menghantar data berulang-alik dengan lancar dan cepat antara cawangan-cawangan bank di seluruh negara ini. Tanpa mengira di mana cawangan tersebut berada, semuanya dihubungkan oleh rangkaian komunikasi penuh."

Klik di sini untuk meneroka lebih banyak kisah transformasi digital industri daripada laman web Intelligent IP Pioneers.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment