omniture

Paus Francis Restui Motosikal Harley-Davidson

Harley-Davidson Motor Company
2013-06-18 17:37 99

ROM, 18 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Paus Francis telah merahmati ribuan motosikal dan penunggang motosikal Harley-Davidson hari ini dengan disambut oleh ngauman enjin V-Twin sambil beliau menunggang melepasi orang ramai di Vatican City. Para peminat Harley-Davidson seluruh dunia mengambil bahagian dalam upacara Ahad Paus di situ sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun Ke-110 Harley-Davidson di Rom dengan semangat memenuhi impian.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130616/621779-a )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130616/621779-b )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130616/621779-c )

"Janji kami kepada para pelanggan kami adalah menawarkan mereka pengalaman sekali seumur hidup yang tidak dapat dipenuhi oleh kebanyakan jenama lain," kata Mark-Hans Richer, Ketua Pegawai Pemasaran Harley-Davidson Motor Company. "Pengembaraan epik yang dijanjikan itu dipenuhi dengan menyajikan acara restu kepada para pelanggan kami hari ini."

Paus Francis berterima kasih kepada semua orang yang menyertai sambutan Ulang Tahun Ke-110 Harley Davidson di Rom sewaktu acara Mass.

Sambutan selama empat hari itu berakhir pada malam Ahad dengan dipenuhi acara-acara muzik dan hiburan di Port of Ostia, Rom. Acara itu menandakan sambutan Ulang Tahun Ke-110 Harley-Davidson di Eropah, satu siri sambutan sedunia selama setahun yang diadakan di 11 buah negara di enam benua dengan acara kemuncak diadakan pada hujung minggu terakhir bulan Ogos di Milwaukee, bandar asal syarikat itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ulang Tahun Ke-110 Harley-Davidson, sila lawati: http://110.harley-davidson.com

Mengenai Harley-Davidson Motor Company

Harley-Davidson Motor Company mengeluarkan motosikal berkuasa besar yang ditempah khas, penjajap dan persiaran serta menawarkan rangkaian lengkap bahagian motosikal, aksesori, pakaian dan peralatan menunggang, dan barang niaga am Harley-Davidson. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Harley-Davidson di http://www.harley-davidson.com.

Sumber: Harley-Davidson Motor Company

Source: Harley-Davidson Motor Company
Keywords: Auto Transportation