omniture

Datawatch Umum Persetujuan Memperoleh Panopticon bagi Memberikan Penyelesaian Penemuan Visual Data Besar Masa Sebenar

Datawatch Corporation
2013-06-19 02:39 185

-- Datawatch Terulung Dalam Menawarkan Penyelesaian Beranalisis yang Menghubungkan Data Berstruktur, Separa Berstruktur dan Tidak Berstruktur kepada Penemuan Visual Berkelajuan Tinggi

CHELMSFORD, Massachusetts, 19 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH), penyedia penyelesaian pengoptimuman maklumat utama dunia, bersetuju memperoleh Panopticon Software AB, sebuah syarikat pegangan swasta Sweden yang mengkhusus dalam penghantaran penyelesaian penemuan data visual masa sebenar. Di bawah syarat-syarat perjanjian muktamad itu – yang diluluskan sebulat suara oleh Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat – Datawatch akan memperolehi semua saham tertunggak Panopticon dalam sebuah urusniaga semua saham. Perjanjian itu dianggarkan bernilai $31.4 juta berdasarkan harga penutup saham biasa Datawatch setakat 14 Jun 2013. Penyelesaian urusniaga itu tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham Datawatch, yang dijangka akan dicapai semasa suku fiskal keempat yang berakhir pada 30 September 2013.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121015/NE92833LOGO

Penyepaduan perisian penemuan data visual maju Panopticon menjadikan Datawatch syarikat pertama yang memberikan analisis dan penemuan masa sebenar dengan mengakses pelbagai jenis data industri paling luas serentak – termasuk pangkalan data hubungan berstruktur tradisional, sumber separa berstruktur seperti laporan, fail PDF, aliran EDI, kili cetakan dan dokumen yang disimpan dalam sistem fail atau sistem pengurusan kandungan perusahaan, dengan gabungan baharu data tidak berstruktur seperti data mesin dan media sosial yang disimpan dalam penyelesaian Data Besar atau dialirkan secara langsung daripada pelbagai aplikasi masa sebenar.

Mengaitkan semua data yang relevan dalam persekitaran beranalisis masa sebenar beraneka visual membolehkan perniagaan mengasingkan dan menyelesaikan masalah ketika ia berlaku, mengesan corak tersembunyi, menjejak ikutan pasaran memuncul dan mengenalpasti peluang untuk kelebihan daya saing dan proses perniagaan yang dipertingkatkan. Pelanggan Panopticon merangkumi semua industri menegak dan termasuklah beberapa syarikat multinasional terbesar di dunia, seperti Citigroup, Credit Suisse, HSBC, J.P. Morgan, Novartis, Pfizer, Vodafone, Cable & Wireless, Shell dan BAE. 

"Pemerolehan Panopticon adalah satu peristiwa transformatif untuk Datawatch dan industri ini," kata Michael A. Morrison, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datawatch. "Pemerolehan ini akan memberi faedah serta-merta kepada gabungan pelanggan, rakan kongsi dan prospek dengan membenarkan mereka memecutkan perkembangan dan pengaturan kedudukan penyelesaian yang menggunakan kepelbagaian luas format data dan sumber yang wujud dalam setiap organisasi. Kemampuan bersama kami untuk menumpukan perhatian kepada peluang-peluang Big Data jauh ditingkatkan dengan akses berkelajuan tinggi yang dibolehkan oleh penyelesaian penemuan data visual masa sebenar Panopticon dan pelbagai sumber data dan format yang boleh ditukarkan oleh platform Pengoptimuman Maklumat Datawatch."

Panapticon merupakan padanan sesuai untuk persekitaran Data Besar di mana kemampuan penemuan data visual membenarkan orang ramai menggunakan gerak hati mereka untuk mencari maklumat yang bermakna dan boleh diambil tindakan dalam semua data yang boleh mereka dapati, termasuk sumber separa berstruktur dan tidak berstruktur, suapan aliran masa sebenar serta barisan-barisan maklumat dan enjin pemprosesan acara kompleks.

"Panopticon merintis penemuan data visual masa sebenar interaktif bagi mempercepatkan proses perniagaan, mengurangkan risiko operasi dan pelaburan, mengesan anomali dan mengenalpasti peluang pertumbuhan," kata Willem De Geer, Pengarah Urusan Panopticon. "Kami teruja dapat bergandingan dengan Datawatch dan membawa penyelesaian yang sangat unik untuk analisis visual pelbagai format data yang wujud dalam perusahaan. Pelanggan dan rakan kongsi kami tentu teruja kerana mempunyai peluang memasukkan data separa berstruktur dan tidak berstruktur ke dalam penyelesaian Panopticon mereka."

"Visualisasi berkesan maklumat perniagaan mempunyai permintaan yang tinggi; kajian kami menunjukkan 48 peratus organisasi telah menunjukkan bahawa membentangkan data secara visual ialah kemampuan analisis perniagaan yang penting, dengan penemuan data visual sebagai salah satu daripada tiga keperluan analisis data besar teratas yang tidak disampaikan dengan berkesan hari ini, dan visualisasi adalah lebih penting untuk perniagaan berbanding tumpuan terhadap kepantasan atau kepukalan sahaja," kata Mark Smith, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Penyelidikan Ventana Research. "Pemerolehan Panopticon oleh Datawatch bagi melanjutkan nilai pengoptimuman maklumat dengan penemuan beranalisis yang memaksimumkan penggunaan data dan kejadian, ialah apa yang dimahukan oleh perniagaan dan gabungan ini akan membawa inovasi baharu kepada industri kita."

Disamping nilai teknologinya, Panopticon juga menikmati hubungan kerjasama dan gabungan yang kuat bersama banyak organisasi sedunia yang berpengaruh termasuk Thomson Reuters, SAP, Deloitte, Accenture dan QlikTech.  Baru-baru ini, Panopticon telah dinamakan sebagai "Vendor Hebat" dalam laporan Vendor Hebat untuk Perkomputeran Memori Dalaman 2013 oleh Gartner, Inc.

Morrison menyimpulkan bahawa, 'Sebahagian besar strategi pertumbuhan kami di Datawatch adalah berdasarkan portfolio penyelesaian yang semakin membesar dan sebuah ekosistem rakan kongsi yang utuh. Dengan penambahan teknologi visualisasi Panopticon yang tiada tolok bandingnya, kami mempercepat masa kami memasuki pasaran dalam kedua-dua bidang penting. Panopticon telah membangunkan lebih daripada 30 aset penyelesaian mesra pelanggan dan menempa banyak hubungan rakan kongsi dan penggabungan. Sinergi antara perniagaan-perniagaan kami menambat perhatian dan patut menjadi lebih mengujakan  sambil Big Data dan pasaran masa sebenar terus berkembang."

Canaccord Genuity bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif Datawatch bagi urus niaga Panopticon.

PANGGILAN PERSIDANGAN

Datawatch merancang mengadakan sebuah panggilan persidangan/siaran web dengan masyarakat pelaburan pada hari ini, Isnin, 17 Jun 2013 pada 1:00PM ET, bagi membincangkan pengumuman ini. Untuk menyertai panggilan persidangan ini, sila dail 877-407-0782 atau nombor telefon antarabangsa 201-689-8567 sekurang-kurangnya 10 minit sebelum panggilan bermula. Anda boleh mengakses siaran web dengan mengikuti pautan ini: http://www.investorcalendar.com/IC/CEPage.asp?ID=171131. Ulangan siaran web itu akan dimuat naik ke dalam laman web hubungan pelabur Datawatch (www.investor.datawatch.com) kira-kira satu jam selepas panggilan itu ditamatkan.

MENGENAI PANOPTICON SOFTWARE AB

Institusi kewangan, syarikat telekom, firma tenaga dan perbadanan besar sedunia yang paling berjaya menggunakan perisian visualisasi data Panopticon untuk memantau prestasi, menganalisa risiko, mengesan penipuan dan mengenalpasti anomali dalam data masa sebenar yang sangat banyak. Teknologi penemuan data visual Panopticon menyokong analisis pantas dan interaktif untuk set data besar dan data masa sebenar serta tapak pelanggan syarikat itu yang bertaraf dunia termasuklah 12 daripada 15 institusi kewangan terbesar di dunia serta perbadanan telekom, tenaga, farmaseutikal dan peruncitan yang besar. Untuk maklumat lanjut, lawati www.panopticon.com.

MENGENAI DATAWATCH CORPORATION

Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) ialah peneraju dalam membekalkan produk dan penyelesaian pengoptimuman maklumat yang membenarkan organisasi memberikan kepelbagaian data seluas mungkin ke dalam aplikasi data dan analitik mereka yang besar. Datawatch memberikan organisasi kebolehan untuk menyepadukan sumber-sumber berstruktur, tidak berstruktur dan separa berstruktur seperti laporan, fail PDF dan aliran EDI ke dalam aplikasi ini untuk memberikan perspektif 360 darjah mengenai isu dan peluang yang wujud dalam perniagaan mereka. Lebih daripada 40,000 organisasi seluruh dunia menggunakan produk dan perkhidmatan Datawatch, termasuk 99 buah syarikat daripada senarai syarikat Fortune 100, dan setiap jenis perniagaan boleh mendapat faedah daripada kuasa dan fleksibiliti penyelesaian Datawatch yang menerajui industri. Ibu pejabat Datawatch terletak di Chelmsford, Massachusetts dengan pejabat-pejabat di London, Munich, Singapura, Sydney dan Manila, dan dengan rakan kongsi dan pelanggan dalam lebih 100 negara seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.datawatch.com.

Kenyataan Selamat di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995

Sebarang kenyataan yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang tidak menggambarkan fakta bersejarah boleh dianggap sebagai kenyataan ramalan seperti definisi istilah itu dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Mana-mana kenyataan seperti itu, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada kenyataan yang terhasil daripada operasi, yang terkandung dalam ini adalah berdasarkan jangkaan semasa, tetapi tertakluk kepada sebilangan risiko dan ketidakpastian yang mungkin akan menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada jangkaan. Faktor-faktor yang mungkin boleh menyebabkan hasil masa hadapan sebenar berbeza secara material daripada jangkaan semasa termasuk yang berikut; risiko-risiko yang berkaitan dengan ekonomi dunia lemah yang berterusan; risiko-risiko yang berkaitan dengan turun naik hasil operasi suku tahun yang berlaku akibat, antara sebab lain, saiz dan masa pesanan pelanggan yang banyak; risiko-risiko yang berkaitan dengan pemerolehan, termasuk pemerolehan harta intelek baru-baru ini daripada Math Strategies dan pemerolehan Panopticon; ketidakstabilan harga saham Datawatch; batasan terhadap keberkesanan kawalan dalaman; perubahan teknologi pantas; kebergantungan Datawatch ke atas pengenalan produk-produk baharu dan penangguhan yang mungkin berlaku terhadap pengenalan-pengenalan itu; persaingan dalam industri perisian secara keseluruhannya, dan secara khususnya dalam pasaran pengoptimuman maklumat; kebergantungan Datawatch ke atas produk-produk utamanya, teknologi perisian yang dimiliki mereka dan perisian yang dilesenkan daripada pihak ketiga; risiko-risiko yang berkaitan dengan jualan dan operasi antarabangsa; risiko-risiko yang berkaitan dengan saluran pengedaran tidak langsung; kecukupan simpanan pulangan jualan Datawatch; risiko-risiko yang berkaitan dengan model jualan langganan; kebergantungan Datawatch ke atas kemampuannya untuk menggajikan dan mengekalkan kakitangan yang berkemahiran; gangguan atau kegagalan sistem teknologi Datawatch yang mungkin terjadi akibat bencana alam, serangan siber atau malapetaka lain; dan ketidakpastian serta kos tambahan yang mungkin terjadi akibat pengawalan pentadbiran korporat yang berubah serta pendedahan umum. Maklumat lanjut mengenai faktor-faktor yang mungkin boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada keputusan yang dijangkakan diperincikan dalam pelbagai dokumen yang tersedia untuk orang ramai, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pemfailan yang dibuat oleh Datawatch dari masa ke masa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang muncul di dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 30 September 2012 dan Borang 10-Q untuk suku-suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2012 dan 31 Mac 2013. Sebarang kenyataan ramalan patut dipertimbangkan berdasarkan faktor-faktor itu.

Maklumat Tambahan:

Datawatch akan memfailkan sebuah Kenyataan Proksi serta dokumen lain yang relevan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) berhubung dengan urus niaga dan solisitasi kelulusan pemegang saham yang diusulkan bagi urusniaga yang diusulkan ini. Para pemegang saham digesa untuk membaca Kenyataan Proksi berkenaan urusniaga yang diusulkan ini apabila ia tersedia kelak serta dokumen lain yang relevan yang difailkan dengan SEC, bersama sebarang pindaan atau penambahan kepada dokumen tersebut, kerana ia akan mengandungi maklumat penting mengenai urus niaga yang diusulkan ini. Anda boleh mendapatkan salinan percuma Kenyataan Proksi ini serta pemfailan lain yang mengandungi maklumat mengenai Datawatch dan Panopticon di laman Internet SEC (http://www.sec.gov). Anda juga boleh mendapatkan dokumen untuk Datawatch ini secara percuma di www.datawatch.com di bawah tab "Hubungan Pelabur" dan kemudian di bawah tajuk "Pemfailan SEC". Salinan Kenyataan Proksi dan mana-mana pemfailan SEC yang dimasukkan sebagai rujukan dalam Kenyataan Proksi juga boleh didapati secara percuma dengan menghantar permohonan kepada Perhubungan Pelabur Datawatch, Datawatch Corporation, 271 Mill Road, Quorum Office Park, Chelmsford, Massachusetts 01824, +1-978-441-2200. 

Sebarang komunikasi yang tertera di sini tidak boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli sekuriti, dan tidak ada sebarang jualan sekuriti dibolehkan dalam mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, pengumpanan atau jualan sebegitu adalah menyalahi undang-undang jika dilakukan sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bidang kuasa itu. Syer saham biasa Datawatch yang akan dikeluarkan sebagai pertimbangan dalam urusniaga yang diusulkan ini belum didaftarkan di dalam Amerika Syarikat dan tidak boleh ditawarkan atau dijual semula di dalam Amerika Syarikat tanpa pendaftaran atau pengecualian daripada pendaftaran dalam Amerika Syarikat.

Datawatch dan para pengarahnya serta pegawai eksekutifnya boleh dianggap sebagai peserta dalam solisitasi proksi daripada pemegang saham Datawatch berhubung dengan urusniaga yang diusulkan ini. Maklumat mengenai pengarah dan pegawai eksekutif Datawatch dipaparkan dalam kenyataan proksi untuk mesyuarat pemegang saham tahunan mereka untuk tahun 2013, seperti yang difailkan dengan SEC pada Jadual 14A pada 28 Januari 2013. Maklumat tambahan mengenai kepentingan para peserta dan pihak-pihak lain yang boleh dianggap sebagai peserta dalam urusniaga ini boleh didapati dengan membaca Kenyataan Proksi berkaitan urusniaga yang diusulkan ini apabila ia tersedia kelak. Anda boleh mendapat salinan percuma dokumen ini seperti yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.

Hubungan Pelabur: 
Hubungan Pelabur Datawatch
investor@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8323

Hubungan Media: 
Sarah Bernardi
Datawatch Corporation
Sarah_Bernardi@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8387
Twitter: @datawatch

© 2013 Datawatch Corporation. Datawatch, Monarch dan logo-logo mereka ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar Datawatch Corporation dalam Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Nama-nama lain ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar syarikat mereka masing-masing.

Source: Datawatch Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:DWCH
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers