BAODING, China, 20 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 18 Ogos, GWM dan Daimler AG menandatangani satu perjanjian berhubung pemerolehan kilang Daimler di Iracemapolis, Brazil yang disaksikan oleh Presiden Bergilir GWM Meng Xiangjun di Sao Paulo.
Perjanjian yang dinyatakan menetapkan pemindahan pemilikan tanah, bangunan, jentera dan sebarang harta benda lain daripada kilang Iracemapolis kecuali kakitangan untuk GWM. Ia dijangkakan selesai menjelang akhir tahun 2021. Setelah mengambil alih kilang tersebut, GWM akan memperkenalkan konsep pengeluaran termaju, kawalan kualiti, perlindungan alam sekitar dan pengurusan maklumat yang sejajar dengan piawaian pembuatan globalnya agar dapat membina kilang tersebut menjadi tapak pengeluaran pintar yang dapat memenuhi permintaan Brazil dan negara-negara Amerika Selatan yang lain. Dalam masa yang sama, kilang tersebut akan mencipta hampir 2,000 peluang pekerjaan di sana, memacu pembangunan industri-industri tempatan yang terlibat dalam sokongan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perkhidmatan lain, menggalakkan transformasi selanjutnya dan menaik taraf campuran industri tempatan serta menyumbang lebih banyak keuntungan dan cukai kepada kerajaan Brazil.
Bahkan, Amerika Selatan telah berperanan sebagai salah satu pasaran strategik yang penting untuk GWM yang mula dimanfaatkan di Chile seawal tahun 2007 dan telah mencapai hasil yang luar biasa. Model-model PICKUP dan HAVAL SUV pertama yang dijual popular dalam kalangan pengguna tempatan, yang menguatkan tekad GWM untuk terus meneroka dalam pasaran Amerika Selatan. Brazil mengungguli semua negara Amerika Selatan dari segi kekuatan ekonomi, kawasan tanah dan populasi serta bertindak sebagai salah satu daripada tujuh pasaran automotif yang terbesar di dunia, dengan potensi yang besar untuk penggunaan automobil. Di samping itu, GWM telah mengambil Brazil sebagai pasaran strategik yang penting untuk mengukuhkan kehadirannya di Amerika Selatan dan komited untuk mengkaji keutamaan pengguna tempatan serta perubahan dalam pasaran automotif. Dalam hal ini, setelah memperoleh kilang Iracemapolis, GWM akan memanfaatkan kelebihan geografi untuk memajukan pembangunannya dan pelaksanaan strateginya dalam pasaran Amerika Selatan, bagi memberi manfaat kepada pengguna tempatan dengan pengalaman perjalanan yang pintar, selamat dan berkualiti tinggi.
Pada masa kini, jualan GWM semakin meningkat di tengah-tengah COVID-19 yang terus melanda pasaran automotif antarabangsa. Dalam tujuh bulan pertama tahun 2021, jualan antarabangsa GWM meningkat sebanyak 176.2% berbanding tahun sebelumnya yang meningkatkan keyakinannya dalam globalisasi. Kilang Iracemapolis, sebagai tapak yang penting untuk meneroka pasaran Amerika Selatan, mendemonstrasikan lagi keupayaan strategik GWM untuk mencapai kemajuan dalam kesukaran. Pada masa depan, "susun atur global" GWM akan terbentuk, dengan kilang-kilang bakal meliputi China, Rusia, Thailand, India, Brazil dan pasaran-pasaran strategik yang lain dan menyatukan 500 rangkaian jualan di seluruh dunia. Ini akan membantu memperluaskan lagi kehadiran global GWM, menyumbang kepada matlamat bercita-cita tingginya untuk menjual 4 juta kenderaan secara global menjelang tahun 2025 dan meningkatkan keyakinan dan kekuatannya untuk "memenangi pasaran Cina dan meneroka dunia."