omniture

Tablet M40 terlaris Teclast peroleh penaiktarafan Pro

Teclast
2021-08-20 16:33 143

GUANGZHOU, China, 20 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Sejak dahulu lagi Teclast dikenali kerana tablet dan komputer ribanya yang berpatutan harganya. Dilancarkan tahun lalu, Benchmark King Teclast M40 dipuji kerana harga yang hebat untuk prestasinya dan merupakan jualan terlaris Teclast.

Terdahulu, Teclast melancarkan model M40 yang dinaik taraf, tablet pertamanya dengan Android 11 - M40 Pro Teclast. Dengan penaiktarafan ini, M40 Pro menjadi lebih pintar, lebih menawan dan memiliki hayat bateri yang jauh lebih baik. Teclast kini mengadakan promosi pelancaran untuk M40 Pro di Lazada. Ia juga boleh didapati di AliExpress sekarang dan akan berada di Amazon menjelang bulan depan.

Ciri-ciri M40Pro Teclast
Ciri-ciri M40Pro Teclast

Ciri-ciri M40 Pro ditunjukkan seperti di bawah:

Android 11
Kawalan Privasi

UNISOC T618
Okta Teras

10.1 IPS HD Penuh
1920 X 1200

6GB RAM

Storan 128GB

Badan Logam Penuh
Sensor Pintar

Sistem Momentum
4 Pembesar Suara Stereo

7000mAh
Pengecasan Jenis-C

Kamera 8MP /5MP
Dwi-SIM 4G

Kuasa Android 11
M40 Pro membawakan Android 11, memberikan anda lebih kawalan ke atas privasi dan data anda. Anda dapat mengawal kebenaran yang ingin anda kongsikan dengan aplikasi dan mencegah kebocoran maklumat. Android 11 menjadikan M40 Pro sebagai tablet berkuasa.

CPU Okta-Teras T168  
M40 Pro dikuasakan oleh CPU Okta-Teras UNISOC T618. Dengan teras kuasa tinggi 2xA75 dan teras kuasa rendah teroptimum prestasi AI 6xA55, T618 dapat merancakkan permainan mudah alih dan dalam masa yang sama menjimatkan kuasa.

Sistem Bunyi Momentum II
M40 Pro menerima pakai Bunyi Momentum II Teclast baharu dengan reka bentuk pembesar suara stereo bagi menjamin pengalaman bunyi yang imersif serta ketepatan kedudukan dalam-permainan.

Reka Bentuk Badan Logam
M40 Pro mempunyai badan logam yang ringan dan nipis, digabungkan dengan panel sentuh 2.5D dan bahagian tepi melengkung untuk membawakan anda dengan pengalaman sentuh yang lancar.

Memberi Kuasa Sepanjang Hari Anda
Bateri 7000mAh berkapasiti besar dapat menyokong anda dengan mudah bagi menikmati membaca, menonton video dan melayari web sepanjang hari.

Teclast kini mengadakan promosi pelancaran untuk M40 Pro di Lazada pada minggu ini. Anda boleh mendapatkannya dengan kupon kedai sekitar $173 berserta hadiah papan kekunci Bluetooth percuma, sementara stok masih ada. Ia juga boleh didapati di AliExpress dan akan disediakan di Amazon menjelang bulan depan.

Latar Belakang Teclast

Sejak tahun 1999, Teclast telah menyampaikan produk untuk menjadikan kehidupan anda lebih pintar. Jadilah salah satu daripada 100 juta pengguna kami.

 

Source: Teclast
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Semiconductors