omniture

Hasil Penyelidikan Memberangsangkan tentang Kesan Yogurt untuk Pengurusan Berat Badan dan Penyakit Kronik Dibentangkan

American Society for Nutrition
2013-06-19 11:48 199

-- Pakar Nutrisi Antarabangsa Menyeru Lebih Banyak Kajian Dijalankan tentang Kesan Spesifik Produk Tenusu Tertapai

BETHESDA, Maryland, 19 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Terdapat bukti-bukti yang semakin meningkat yang mengaitkan pengambilan yogurt dengan kesihatan yang semakin baik, dan penyelidikan tambahan untuk mengenalpasti kaitan saintifik antara yogurt dan faedah kesihatan berpotensi sedang dijalankan, kata saintis. Pakar nutrisi antarabangsa berkumpul di Sidang Kemuncak Global Pertama Kesan Yogurt Terhadap Kesihatan di Boston pada 24 April 2013 bagi membentangkan keadaan sains semasa untuk faedah kesihatan yogurt dan mengenalpasti jurang penyelidikan yang perlu ditangani dalam komuniti saintifik.

Untuk menonton aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila lawati: http://www.multivu.com/mnr/61206-american-society-nutrition-health-effects-yogurt-weight-chronic-disease 

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130618/MM19781-INFO-b)

Yogurt adalah sumber yang bagus untuk protein dan nutrien penting seperti kalsium, kalium dan magnesium serta mengandungi bakteria sihat (probiotik). Profil nutrien yogurt yang unik telah menggalakkan penyelidikan dilakukan mengenai impaknya terhadap pelbagai topik seperti kesihatan tulang dan perut, kencing manis, pengawalaturan berat badan, barah dan penyakit kardiovaskular.

Kebanyakan pengetahuan yang ada mengenai faedah kesihatan yogurt yang berpotensi telah terhasil daripada penyelidikan yang mengkaji pengambilan keseluruhan produk tenusu, termasuk susu dan keju oleh seseorang. Tidak banyak penyelidikan yang dibuat khusus mengenai yogurt.

Pengambilan produk tenusu dikaitkan dengan pengurangan risiko untuk menghidap beberapa penyakit yang menular dan mahal dalam masyarakat moden, termasuk kencing manis, hipertensi dan barah. [1],[2],[3]. Pengambilan susu kultur dan yogurt secara spesifiknya telah dikaitkan dengan pengurangan risiko menghidap kanser pundi kencing  [3], risiko lebih rendah untuk diserang sakit jantung dan penyakit jantung, dan juga merendahkan tekanan darah. [4],[5]

Beberapa penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa pengambilan yogurt boleh membantu pengurusan berat badan. Sebuah kajian prospektif terhadap tiga kohort yang melibatkan lebih daripada 120,000 orang dewasa AS menunjukkan bahawa pengambilan yogurt, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh dikaitkan dengan penambahan berat badan yang sedikit selepas beberapa waktu, dengan yogurt menunjukkan kaitan terbesar.[6]  Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pengambilan yogurt dikaitkan dengan peningkatan berat badan dan pelebaran ukur lilit pinggang yang sedikit selepas beberapa waktu.

"Kajian semasa mengenai impak berpotensi yogurt terhadap kesihatan sangat menggalakkan dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sumbangan unik yang ditawarkan oleh yogurt kepada individu dan kesihatan orang awam secara keseluruhannya," kata Sharon M. Donovan, PhD, RD, Bekas Presiden ASN dan profesor nutrisi di Universiti Illinois. "Matlamat kami dalam inisiatif ini adalah untuk mendokumentasikan apa yang kami tahu dan tidak tahu untuk memandu usaha penyelidikan masa hadapan."

"Kami rasa bersemangat dengan sidang kemuncak ini dan tidak sabar-sabar lagi untuk menggalakkan lebih banyak dialog dan perkongsian penyelidikan baharu dalam acara-acara saintifik masa hadapan," kata Profesor Raanan Shamir, MD, Presiden Institut Danone Antarabangsa.

Sidang Kemuncak Global Pertama Kesan Yogurt Terhadap Kesihatan adalah sebahagian daripada Inisiatif Yogurt dalam Nutrisi (YINI) berbilang tahun, sebuah kerjasama global antara Persatuan Nutrisi Amerika, Institut Antarabangsa Danone dan Persatuan Nutrisi United Kingdom bagi menilai bukti semasa mengenai impak nutrisi yogurt. Melalui persidangan saintifik dan aktiviti-aktiviti tahunan berkaitan, inisiatif ini bermatlamat merangsang penyelidikan baharu dan menyampaikan maklumat saintifik yang ada kepada para profesional penjagaan kesihatan dan juga orang awam.

Di sidang kemuncak itu, para pakar membincangkan keperluan kepada penyelidikan yang mengkaji ciri-ciri kesihatan spesifik yogurt, peranan optimum makanan tenusu dalam sebuah diet sihat dan kesan yogurt terhadap populasi khusus, seperti golongan muda dan golongan berusia. Institut Penyelidikan Tenusu yang berpusat di AS juga menjadi rakan kerjasama dalam sidang kemuncak sulung ini.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.nutrition.org/yogurt.

Mengenai Persatuan Nutrisi Amerika

Ditubuhkan pada tahun 1928, Persatuan Nutrisi Amerika (ASN) adalah sebuah organisasi tanpa untung, pelbagai disiplin, saintifik dan pendidikan yang komited dalam memajukan penyelidikan nutrisi bagi mempertingkatkan kesihatan orang awam. ASN menggalakkan kerjasama antara penyelidik nutrisi, perubatan dan bidang sains berkaitan, serta menggalakkan ciptaan, terjemahan dan penyebaran maklumat nutrisi. Dengan lebih daripada 4,900 ahli-ahli di lebih daripada 65 buah negara, ASN memajukan kecemerlangan dalam penyelidikan dan amalan nutrisi melalui penerbitannya, pendidikan, hal ehwal umum dan program-program keahlian.

Mengenai Institut Danone Antarabangsa

Institut Danone Antarabangsa adalah sebuah organisasi tanpa untung di mana misinya adalah untuk membangunkan dan menyebarkan pengetahuan saintifik mengenai pemakanan dan nutrisi untuk faedah kesihatan umum. Bagi mencapai matlamat ini, Institut Danone Antarabangsa menyokong inisiatif penyelidikan dan program latihan mengenai pemakanan dan nutrisi untuk kesihatan dan profesional pendidikan serta menyebarkan maklumat mengenai pemakanan dan diet kepada orang ramai.

Mengenai Persatuan Nutrisi

Persatuan Nutrisi (NS) telah ditubuhkan pada tahun 1941 'bagi memajukan penyelidikan saintifik mengenai nutrisi dan aplikasinya terhadap penyenggaraan kesihatan manusia dan haiwan'. Wawasannya adalah untuk memimpin pembangunan, penyebaran dan galakan sains nutrisi kepada komuniti global melalui aktiviti utamanya iaitu penerbitan 'Learned Journals' (Jurnal Termaklum) yang terkemuka seluruh dunia; menganjurkan mesyuarat saintifik, menerbitkan buku teks mengenai sains nutrisi dan membekalkan perkhidmatan pendidikan dan latihan. Berpangkalan di UK, Persatuan Nutrisi, dengan 2,800 ahli seluruh dunia, adalah Learned Socieety terbesar untuk nutrisi dalam Eropah. Lawati kami di www.nutritionsociety.org atau e-mel kepada: press@nutsoc.org.uk.

Mengenai Dairy Research Institute®

Dairy Research Institute telah ditubuhkan di bawah pimpinan penternak-penternak tenusu Amerika dengan komitmen terhadap penyelidikan nutrisi, produk dan kemapanan. Dairy Research Institute adalah sebuah organisasi tanpa untung 501(c)(3) yang ditubuhkan untuk mengukuhkan akses industri tenusu untuk dan pelaburan dalam penyelidikan teknikal yang diperlukan bagi memacu inovasi dan permintaan untuk produk dan bahan-bahan tenusu seluruh dunia. Institut ini bekerja dengan dan melalui rakan kongsi industri, akademik, kerajaan dan komersil bagi memacu penyelidikan pra-persaingan dalam nutrisi, produk dan kemapanan bagi pihak Innovation Center for U.S. Dairy®, National Dairy Council® dan rakan-rakan kongsi lain. Pembiayaan utama Dairy Research Institute bayar oleh program penyemakan tenusu negara yang diuruskan oleh Dairy Management Inc™

[1] Sluis I, et al. The amount and type of dairy product intake and incident type 2 diabetes: results from the EPIC-InterAct Study. Am J Clin Nutr. 2012 Aug; 9(2): 382-390. Abstrak boleh didapati di: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22760573

[2] Alonso, A et al. Low-fat dairy consumption and reduced risk of hypertension: the Seguimiento Universidad de Navarra (SUN) cohort. Am J. Clin Nutr. 2005 Nov; 82(5):972-9 Abstrak boleh didapati di: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16280427

[3] Larsson, S et al. Cultured milk, yogurt, and dairy intake in relation to bladder cancer risk in a prospective study of Swedish men and women. Am J Clin Nutr. 2008 Oct; 88(4): 1083-1087. Abstrak boleh didapati di: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18842797

[4] Wang H, Livingston K, Fox CS, Meigs J, Jacques PF. Yogurt consumption is associated with better diet quality and metabolic profile in American men and women. Nutr Res (2012) http://dx.doi.org/10.1016/nutres.2012.11.009

[5] Patterson E, Larsson S, Wolk A, Akesson A. Association between dairy food consumption and risk of myocardial infarction in women differs by type of dairy food. J Nutr 2013;143:74–79.

[6] Mozaffarian et al, N Engl J Med 2011; 364:2392-2404  

[7] Jacques PF, Wang H, Rogers GT, Fox CS, Meigs J.  Yogurt Consumption Is Associated With Longitudinal Changes of Body Weight and Waist Circumference: the Framingham Heart Study (FHS) Ann Epidemiol 2012;22:673


Source: American Society for Nutrition
Keywords: Agriculture Food/Beverages Broadcast feed announcements Not for profit Survey, Polls & Research Trade show news