omniture

SMH Rail lancarkan inovasi terkini dalam Lokomotif 'H10 Series' demi Mempelopori Pengangkutan Mesra Alam

SMH Rail Sdn. Bhd.
2021-08-20 18:15 269

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- SMH Rail Sdn Bhd (SMH Rail), syarikat pengeluar dan penyedia perkhidmatan penyenggaraan kereta api yang terkemuka, hari ini melancarkan Lokomotif 'H10 Series' yang dibina dengan teknologi canggih untuk mengurangkan emisi berlandaskan cogan kata Towards Green Mobility (Mempelopori Pengangkutan Mesra Alam). Lokomotif 'H10 Series' yang mesra alam ini membawa manfaat besar kepada ekosistem kenderaan rel, dengan inovasi reka bentuk kejuruteraan yang akan menggalakkan operasi hijau. Lokomotif 'H10 Series' yang dikeluarkan di dalam negara bukan sahaja menonjolkan kepakaran Malaysia dalam pasaran kereta api, tetapi juga telah mendapat pengiktirafan daripada Buku Rekod Malaysia sebagai 'Lokomotif Buatan Malaysia Pertama' untuk pasaran eksport.

Lokomotif terkini SMH Rail ‘H10 Series’ - ‘Lokomotif Pertama Buatan Malaysia’ untuk pasaran eksport.
Lokomotif terkini SMH Rail ‘H10 Series’ - ‘Lokomotif Pertama Buatan Malaysia’ untuk pasaran eksport.

Selaras dengan cogan kata Towards Green Mobility iaitu matlamat untuk Mempelopori Pengangkutan Mesra Alam,  SMH Rail ternyata memberikan sumbangan penting untuk mentafsirkan semula industri pengangkutan demi menjamin kelestarian perkhidmatan rel dalam jangka panjang. Lokomotif 'H10 Series' berpotensi untuk menggantikan 100 trak kargo, mengurangkan emisi karbon sehingga 75%, meringankan kesesakan lebuh raya dan secara purata menjimatkan bahan api sebanyak empat kali berbanding pengangkutan jalan raya dan fret. Reka bentuknya yang praktikal memastikan tahap kebolehpercayaan dan ketersediaan yang lebih tinggi untuk meningkatkan kecekapan operasi, dengan kapasiti muatan lebih tinggi dan mengurangkan masalah penyenggaraan untuk kos kendali yang lebih rendah sepanjang kitaran hayatnya.

"Kami bertekad untuk membina penyelesaian inovatif dalam industri rel global. Dengan pengalaman industri menjangkau lebih 20 tahun, tumpuan kami ialah untuk terus menyediakan penyelesaian cemerlang kepada rakan-rakan rel global kami dari segi kos, kecekapan dan kebolehpercayaan. Kelompok lokomotif pertama dalam siri ini akan dibekalkan kepada Tanzania Railways Corporation yang telah membuat tempahan berasaskan sokongan dana daripada Bank Dunia. Saya yakin bahawa lokomotif ini akan membawa manfaat ekonomi besar kepada industri kargo rel Afrika. Lokomotif ini cukup cekap untuk menjadi penghubung destinasi, meluaskan capaian rantaian bekalan, mempercepatkanindustrialisasi dan menggalakkan perdagangan rentas sempadan. Memandangkan lebih 60% daripada komponennya dikilang di dalam negara di Malaysia, 'H10 Series' merupakan satu pencapaian penting bagi syarikat kami dalam industri rel global," kata Yang Berbahagia Datuk PK Nara, Pengerusi dan Pengarah Urusan SMH Rail Sdn Bhd.

Lokomotif dwikabin 'H10 Series' mematuhi piawaian UIC dan direka untuk pengangkutan muatan berat dan perkhidmatan jarak jauh tanpa gangguan. Salah satu daripada ciri utamanya ialah keupayaan beroperasi dalam persekitaran dan keadaan cuaca lampau, untuk jaminan prestasi tergabung dengan tahap kebolehpercayaan dan ketersediaan yang tinggi. Lokomotif 'H10 Series' dilengkapi dengan penyelesaian pemantauan dan diagnostik jarak jauh untuk menyediakan maklumat terkini dalam masa sebenar kepada pengendali rel. Ini akan membolehkan pengendali rel memantau prestasi dari jarak jauh termasuk kelajuan, keperluan penyenggaraan, penggunaan bahan api dan pemberitahuan ralat. Lokomotif ini menyokong analisis data yang menjejak pengendalian cuai, mengurangkan risiko kegagalan dan menambah baik keselamatan operasi.

Dengan pertumbuhan pesat sektor penyelesaian pengangkutan, lokomotif 'H10 Series' ternyata membuka laluan ke arah masa depan yang bersih, pantas dan hijau. SMH Rail, sejajar dengan aspirasi untuk memartabatkan Malaysia sebagai hab pembuatan kereta api serantau, akan terus memanfaatkan peluang dan kerjasama bagi mengukuhkan kedudukannya di peringkat kebangsaan dan serantau.

 

Source: SMH Rail Sdn. Bhd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Utilities New products/services