SINGAPURA, 20 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Bagi menyambut tahun kemerdekaan ke-56 Singapura, Mamoru Marketing Pte Ltd, pengedar eksklusif untuk produk-produk ECOM di Singapura, dengan bangganya bekerjasama dengan Perbarisan Hari Kebangsaan (National Day Parade, NDP) 2021 buat julung kalinya pada tahun ini untuk menghulurkan bantuan bagi memastikan Sambutan Selamat-COVID. Sejajar dengan tema NDP tahun ini iaitu Together, Our Singapore Spirit (Bersatu Hati, Semangat Singapura Kita); Mamoru Marketing berdiri bersama masyarakat dengan melindungi lebih daripada 12,000 peserta NDP 2021. Produk-produk ECOM seperti teknologi berpaten Jepun EA Mask dan Bion Spray diagihkan melalui Kantung Penjagaan NDP 2021 yang direka khas sementara Pembersih Udara ECOM EA Mask 030+ Klorin Dioksida (CIO2) gred-klinikal pertama di dunia akan menyediakan udara yang tulen dan ditapis di lokasi-lokasi penting yang strategik.
Above: More than 12,000 NDP Care pouches containing ECOM EA Mask and Bion Spray were given to NDP participants and 30 sets of ECOM Mask 030+ were installed at NDP key locations
Wira-wira NDP 2021: Pembersih Udara ECOM Mask 030+, EA Masks & Bion Spray
Bagi memastikan peserta-peserta dilindungi, pembersih udara ECOM Mask 030+ telah dipasang di lokasi-lokasi penting NDP 2021 seperti tapak ujian rutin, bilik penerimaan VIP dan kawasan tunggu peserta persembahan. ECOM Mask 030+ ialah pembersih udara yang diperakui di peringkat antarabangsa yang dapat meliputi kawasan lebih 1000 kaki persegi, dengan CADR (Kadar Penyampaian Udara Bersih) yang luar biasa iaitu 870m3/j. Pembersih udara 10-dalam-1 ini menggabungkan penapis anti-bakteria utama, penapis CIO2 besar yang berfungsi selama 24/7, penapis platinum HEPA yang terpanjang di dunia dengan ukuran 12 meter panjang dan penjana plasma ion negatif. Ia dapat mengesan dengan aktif tahap pencemaran di dalam bilik dan 8 set roda udaranya dapat memastikan udara ditapis kerap dengan senyap. ECOM Mask 030+ yang amat berkesan ini adalah lebih daripada pembersih udara PM2.5 kerana ia dapat menghapuskan bakteria, formaldehid, bau dan zarahan.
Kantung penjagaan eksklusif turut diagihkan kepada setiap peserta NDP bagi memastikan mereka dilindungi dengan baik daripada kuman dan bakteria semasa sesi latihan dan pada hari penting. Setiap kantung 'SHIELD ON to SHIELD OTHERS' ('LINDUNGI DIRI untuk LINDUNGI ORANG LAIN') yang disesuaikan mengandungi 1 EA Mask, menawarkan peserta dengan perlindungan di mana-mana sahaja serta Bion Spray 10ml.
Diuji secara bebas oleh pusat-pusat penyelidikan di Jepun, Lubnan & China sejak pelancarannya pada tahun 2012, ujian makmal kesebelas ECOM EA Mask dijalankan oleh Setsco Singapore pada bulan April 2021 mencapai 99% pembasmian bakteria. Klorin Dioksida (CIO2), bahan penyahjangkit A1 yang diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk produk-produk ECOM EA Mask, mengubah struktur molekul protein virus dan bakteria serta mengurangkan fungsi-fungsinya.
Apabila membincangkan mengenai perlunya tangan yang bersih sebelum makan atau apabila perlu, Bion Spray, pensanitasi & penghilang bau gred-makanan menjadi sangat bermanfaat. Diuji dengan Setsco Singapore dan TUV Singapore pada tahun 2020, Bion Spray yang mesra alam ini terbukti dapat membunuh 99% bakteria dan menghapuskan bau.
"Untuk sebuah acara sebesar ini, kami amat berbesar hati untuk memainkan peranan bagi melindungi peserta semasa menyambut hari kemerdekaan Singapura. Ia merupakan masa yang terbaik untuk berkongsi EA Mask, Bion Spray dan ECOM EA Mask 030+ bersama masyarakat. Meskipun laluan di hadapan kelihatan menggerunkan, kita hanya dapat bersatu padu dan memainkan peranan kita agar kita dapat terus menjalani kehidupan dengan selamat dalam kebiasaan baharu ini. Dengan COVID-19 menjadi endemik, kami berharap agar masyarakat menggunakan produk-produk ECOM dalam kehidupan harian mereka untuk melindungi diri mereka dan keluarga mereka, seterusnya melindungi generasi akan datang," kata En. Desmond Teo, Pengarah Urusan Mamoru Marketing.
Produk-produk ECOM boleh didapati di laman sesawang mereka, Shopee, Lazada dan Qoo10. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ecomsingapore.sg.
Untuk pertanyaan mengenai pembelian pukal Asia Tenggara, sila hubungi:
En. Desmond Teo
Pengarah Urusan Mamoru Marketing
Emel: desmond@mamorumarketing.sg