omniture

Risen Energy kembang Perjanjian Pemerolehan Kuasa dengan BHP untuk mengurangkan lagi emisi Nickel West

Risen Energy Co., Ltd
2021-08-23 08:00 142

NINGBO, China, 23 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Risen Energy telah mengembangkan perjanjian pemerolehan kuasa (PPA) boleh diperbaharui 10 tahunnya untuk Ladang Solar Merredin mereka daripada 20MW kepada 50MW tenaga elektrik kepada operasi Nickel West BHP.

Bermula pada 1 Ogos, tambahan sebanyak 30MW ini akan dihantar ke Kalgoorlie Smelter BHP Nickel West dan mengurangkan emisi Skop 2 pelebur sebanyak 30%. Ini berikutan 20MW awal yang dihantar ke Kwinana Refinery BHP Nickel West dan akan meliputi sehingga 50% daripada penggunaan tenaga elektriknya dengan kuasa solar yang dijana oleh ladang Solar Merredin Risen Energy.

Presiden BHP Nickel West Asset, Jessica Farrel berkata, "Meningkatkan pemerolehan kami daripada 20 hingga 50 peratus daripada ladang solar Risen akan membolehkan kami mengurangkan emisi daripada penggunaan tenaga elektrik kami di Kalgoorlie Nickel Smelter sebanyak 30 peratus. Ini merupakan satu lagi contoh langkah yang kami ambil untuk mengurangkan emisi di seluruh operasi kami – 30 peratus menjelang 2030 dan sifar bersih menjelang 2050. Nikel karbon rendah yang lestari adalah sangat penting untuk pelanggan bateri dan kenderaan elektrik kami."

Eric Lee, Pengarah Eksekutif Risen Energy Australia, berkata: "Kami menghargai kepercayaan yang diletakkan oleh BHP Nickel West kepada kami dan Ladang Solar Merredin dan kami berterima kasih atas peluang untuk terus menyediakan tenaga bersih untuk operasi mereka. Kolaborasi ini menunjukkan kedudukan Risen sebagai penyedia penyelesaian tenaga solar yang terkemuka dalam industri dan ia juga merupakan langkah yang signifikan buat kami tatkala kami berusaha untuk menjalinkan lebih banyak kolaborasi tenaga bersih dengan organisasi ternama yang komited kepada usaha Australia untuk menyahkarbon."

En. Lee menambah bahawa Risen mempunyai beberapa projek dalam perancangan dan bahawa organisasi ini berada di landasan yang baik untuk mencapai matlamat mereka untuk menjadi pembangun terkemuka dalam penyelesaian penyimpanan tenaga solar dan bateri. Sebagai sebahagian daripada matlamat ini dan juga matlamat jangka panjang mereka untuk mencapai '2GW' di Australia, Risen telah membangunkan dan meningkatkan kepakaran dalaman mereka untuk memberi maklum balas kepada keperluan pasaran yang sentiasa berkembang dan peningkatan dalam teknologi, terutamanya berhubung dengan projek-projek solar hibrid dan BESS. 

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Financing agreements