omniture

Trina Solar catat rekod dunia baharu bagi pengeluaran sel 210 PERC dengan kecekapan yang mencapai 23.56%

Trina Solar Co., Ltd
2021-08-23 08:29 158

CHANGZHOU, China, 23 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- State Key Laboratory of PV Science and Technology (SKL PVST) Trina Solar mengumumkan pengeluaran besar-besaran sel solar PERC berkecekapan tinggi 210mmx210mm kawasan lebih besar perindustrian miliknya, telah mencapai kecekapan sebanyak 23.56%, mencatat rekod baharu bagi sel PERC silikon monohabluran Jenis-P 210. Perkara ini telah disahkan secara berasingan oleh pihak ketiga Pusat Nasional bagi Pengawasan dan Pemeriksaan Kualiti Produk Fotovoltan Solar (National Center of Supervision and Inspection of Solar Photovoltaic Product Quality, CPVT)

Sel 210 PERC maju ini telah dibuat dalam barisan pengeluaran besar-besaran oleh kumpulan R&D dengan pengoptimuman peranti dan proses yang rumit, menggunakan peralatan dan bahan pengeluaran tersaur perindustrian.

Dr. Yifeng Chen, ketua pusat R&D sel dan modul berkecekapan tinggi di Trina Solar, mengatakan, "Kami berbangga mengumumkan pencapaian terbaharu yang dibangunkan oleh pasukan teknikal kami, untuk merealisasikan kecekapan kumpulan melebihi 23.5% untuk sel PERC berkecekapan tinggi 210mm kawasan yang lebih besar dalam pengeluaran. Ini menunjukkan bahawa secara realiti sel 210 dapat mencapai kecekapan yang sangat tinggi. Pasukan teknikal kami akan terus memberi tumpuan terhadap pemindahan teknologi inovatif ke pengeluaran untuk menggabungkan kepimpinan teknologi kami dalam pengeluaran besar-besaran sel berkecekapan tinggi."   

Pada akhir bulan Jun 2021, SKL mengumumkan bahawa modul silikon monohabluran jenis-p berkecekapan tinggi Vertexnya telah mencapai rekod kecekapan modul apertur sebanyak 23.03%, berdasarkan pada 66 keping sel PERC berkecekapan tinggi 210 mm x 210 mm, yang disahkan secara berasingan oleh TÜV Rheinland dan TÜV Nord dengan keputusan kecekapan yang sama.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Consumer Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities