omniture

Forum China-SCO, Ekspo China Pintar 2021 Dibuka di Chongqing

iChongqing
2021-08-24 03:27 228

CHONGQING, China, 24 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- iChongqing- Forum China-SCO mengenai Industri Ekonomi Digital, Ekspo China Pintar 2021 (SCE 2021) dibuka di Perbandaran Chongqing pada 23 Ogos dan akan berlangsung selama tiga hari iaitu hingga 25 Ogos.

A man clicks the mirror to check his healthy status in the Chongqing Lijia Smart Park, where people can experience “A Day of The Smart Life”, as part of the exhibitions of Smart China Expo 2021. (Photo by Chen Chao/ China News Service)
A man clicks the mirror to check his healthy status in the Chongqing Lijia Smart Park, where people can experience “A Day of The Smart Life”, as part of the exhibitions of Smart China Expo 2021. (Photo by Chen Chao/ China News Service)

Persidangan, pameran, pertandingan dan forum bergabung untuk mempromosikan ekonomi digital dan menggalakkan kemakmuran bersama antara negara-negara SCO serta pembangunan internet industri semasa berlangsungnya SCE 2021.

Chongqing dan negara-negara SCO bersama-sama membangunkan platform kerjasama pembangunan untuk ekonomi digital yang akan menggalakkan pertukaran serta kerjasama antarabangsa dalam bidang tersebut dan mencapai pembangunan bersama yang saling memberi manfaat untuk semua pihak.

Lima forum diberi tema berkisarkan ekonomi digital, e-dagang, pelancongan pintar, Logistik pintar, pembangunan saluran digital dan sebagainya untuk Forum SCO manakala enam forum berfokuskan internet industri untuk SCE 2021.

Para tetamu yang hadir secara dalam talian mahupun luar talian datangnya dari 18 negara SCO termasuk China dan akan menyaksikan penyertaan daripada badan-badan penting seperti Sekretariat SCO, Majlis Perniagaan SCO dan Jawatankuasa Belia SCO, dengan penyertaan penuh daripada pihak perwakilan negara SCO.

SCE 2021 meneruskan tema yang telah ditetapkan iaitu Teknologi Pintar: Memperkasa Ekonomi dan Memperkaya Kehidupan dan 610 syarikat telah hadir untuk mengambil bahagian dalam pameran tersebut secara dalam talian mahupun luar talian, antaranya ialah 51 syarikat Singapura, dengan kawasan pameran fizikal berkeluasan meliputi 70,000 meter persegi. Astaka Kerjasama Ekonomi Digital China-SCO turut diwujudkan di Pusat Ekspo Antarabangsa Chongqing dan kesemua 18 negara SCO mengambil bahagian di kawasan meliputi sekitar 10,000 meter persegi.

Secara keseluruhan 133 tetamu terkemuka termasuk pemimpin daripada organisasi antarabangsa, industri global serta saintis yang memenangi anugerah dan ilmuwan ternama telah dijemput manakala pempamer dari 31 negara dan wilayah bersedia untuk mempamerkan teknologi mereka secara dalam talian mahupun luar talian.

Forum ini membawa kepentingan yang besar untuk Chongqing memandangkan ketika ini bandar berkenaaan berada di peringkat pembangunan yang pesat dalam ekonomi digital. Acara ini merupakan sebuah platform untuk mengukuhkan pertukaran antara Chongqing serta negara-negara SCO dan juga akan menggalakkan kerjasama, perundingan dan kemajuan pelbagai hala.

Terdapat jalinan kerjasama mendalam serta pertukaran akan diadakan berdasarkan tema ekonomi dan perdagangan, dengan sorotan utama yang akan menampilkan upacara penandatanganan projek yang melibatkan negara-negara dan perusahaan-perusahaan terkemuka sepanjang Jalur dan Jalan serta organisasi-organisasi antarabangsa, bandar-bandar kembar dan juga pemimpin-pemimpin industri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.ichongqing.info/special/smart-china-expo-2021/ dan https://www.ichongqing.info/special/2021sco/

Source: iChongqing
Keywords: Computer/Electronics Trade show news