omniture

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Bawakan Penyelesaian Perisian Web-ke-Cetak Berpatutan untuk Perniagaan dengan Aleyant Software Services

Mempercepatkan produktiviti perniagaan menerusi keupayaan perancangan, reka bentuk, pemperibadian dan cetakan yang mudah melalui awan
FUJIFILM Business Innovation
2021-08-24 10:00 63

SINGAPURA, 24 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. bekerjasama dengan Aleyant, peneraju yang inovatif dalam menyediakan perkhidmatan perisian yang mantap untuk industri komunikasi grafik bagi mengedarkan dan menyokong penyelesaian perisian Aleyant Pressero dan eDocBuilder di seluruh rantau Asia Pasifik. Kedua-dua penyelesaian perisian ini kini boleh didapati di sembilan negara/wilayah[Nota 1] di Asia Pasifik.

Aleyant Pressero ialah penyelesaian perisian depan kedai dalam talian B2B dan B2C yang turut menghasilkan belanjawan, merancang pengeluaran dan aliran kerja pracetak. Seni bina terbukanya membolehkan pengguna berhubung melalui integrasi pihak ketiga. Aleyant eDocBuilder ialah pereka dalam talian berasaskan awan, sistem pemperibadian dokumen dan penerbitan data pembolehubah yang membolehkan pengguna mencipta dan menyesuaikan dokumen mereka dengan cepat dan mudah serta menyemak dan meluluskannya daripada pelayar web.

"Kami berasa gembira dapat merasmikan perkongsian penting ini dengan FUJIFILM Business Innovation di rantau Asia Pasifik," kata Trent Foreman, Ketua Pegawai Eksekutif Aleyant. "Walaupun kami sudahpun memiliki beberapa pemasangan di rantau ini, kami berharap kuasa dan jangkauan yang dibawa oleh FUJIFILM Business Innovation kepada perkongsian ini akan mendorong pertumbuhan lebih tinggi, menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dan membantu mereka menjadikan perniagaan pencetakan dan pempakejan di rantau ini lebih produktif dan menguntungkan."

"Kami mencari penyelesaian yang amat berfungsi namun berpatutan dan boleh diskala untuk pelanggan kami di Asia Pasifik bagi perkhidmatan web-ke-cetak yang dapat memantapkan portfolio sedia ada kami," kata Scott Mackie, Pengurus Besar, Kumpulan Perniagaan Komunikasi Grafik di FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific."Aleyant merupakan pilihan yang tepat kerana mereka memiliki keupayaan untuk bergabung dengan pelbagai penyelesaian pihak ketiga untuk perniagaan, sistem penghantaran dan pembayaran serta menyokong kebanyakan bahasa dan mata wang di seluruh dunia. Dengan sumber jualan dan sokongan teknikal sedia ada Aleyant di rantau ini, kami bersedia untuk menyediakan perkhidmatan yang dipertingkat dan sokongan kepada pelanggan kami di Asia Pasifik."

Sedangkan pertumbuhan dalam e-dagang masih berterusan, semasa berlakunya pandemik, penggunaan e-dagang dalam kebanyakan industri melonjak dan terus maju. Menurut Statista, pendapatan yang terhasil oleh e-dagang dalam pasaran Asia dijangka menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6.95% sehingga tahun 2025, dengan anggaran 68.2% pengguna memanfaatkan perkhidmatan e-dagang [Nota 2].

"Bagi membantu pelanggan kami, terutamanya perniagaan kecil-sederhana (PKS) untuk kekal kompetitif dan mengembangkan keuntungan mereka dalam era digital ini, kami merancang untuk memperluas tawaran kami untuk merangkumkan seluruh rangkaian Aleyant bermula daripada PrintJobManager hingga aliran kerja pracetak automatik tFLOW dan banyak lagi," tambah Scott. "Keupayaan untuk menambah modul bagi mewujudkan aliran kerja automatik ketika ia berkembang dari segi saiznya serta penggabungan penyelesaian sedia ada yang mudah kepada API terbuka Aleyant membolehkan pelanggan untuk bekerja dengan lebih cekap dengan aliran kerja bersepadu."

Nota 1: Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Thailand, Taiwan, Korea, Vietnam, Filipina. Sila hubungi pejabat FB tempatan anda.

Nota 2: https://www.statista.com/outlook/dmo/ecommerce/asia

Latar Belakang Aleyant

Penyelesaian perisian cetakan automatik Aleyant mewujudkan asas kukuh untuk mengembangkan perniagaan cetakan anda (dan bilangan pelanggan) dengan mengautomasikan proses cetakan harian seperti pemesanan, penentuan harga, pembetulan fail, pengeluaran, khidmat pelanggan dan banyak lagi.

Perisian cetakan automasi kami mengurangkan sentuhan manual, kesilapan dan masa pengeluaran untuk kedai cetakan anda. Dengannya, anda dapat menghubungkan reka bentuk dalam talian ke kedai cetakan dalam talian B2C dan B2B. Sambungkan kedai cetakan anda kepada penganggaran, pengurusan pengeluaran dan kepada khidmat pelanggan serta automasi pracetak. Anda boleh menggunakan produk perisian Aleyant secara berasingan, bersama-sama atau dengan lebih 1,500 aplikasi pihak ketiga melalui API langsung atau Zapier. Mula Automasikan Kejayaan Anda hari ini di www.aleyant.com.

Latar Belakang Volaris Group

Volaris memperoleh, mengukuhkan dan mengembangkan syarikat-syarikat teknologi pasaran vertikal. Sebagai Kumpulan Operasi Constellation Software Inc., Volaris adalah segala-galanya mengenai pengukuhan perniagaan dalam pasaran yang menjadi tempat mereka bersaing dan membolehkan mereka berkembang – sama ada pertumbuhan tersebut terhasil daripada langkah-langkah organik seperti inisiatif baharu dan pembangunan produk, perniagaan harian atau melalui pemerolehan pelengkap.

Ketahui lebih lanjut di www.volarisgroup.com/comms

Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation

FUJIFILM Business Innovation komited untuk terus menawarkan inovasi kepada perniagaan di seluruh dunia bagi membantu memaksimumkan kekuatan organisasi mereka. Kami telah mempelopori pelbagai teknologi dan mengumpul kepakaran sejak penubuhan kami sebagai Fuji Xerox di Tokyo pada tahun 1962 untuk membina persekitaran yang menggalakkan penggunaan daya kreativiti seseorang dengan menggunakan maklumat dan pengetahuan secara berkesan. Portfolio kami termasuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan pencetak berbilang fungsi, pencetak pengeluaran dan penyelesaian IT bertaraf dunia selain perkhidmatan penyumberluaran proses perniagaan.

Pada 1 April 2021, FUJIFILM Business Innovation menukar namanya daripada Fuji Xerox kepada nama yang merangkumkan komitmennya untuk terus maju sebagai sebuah syarikat yang sentiasa memburu inovasi perniagaan. FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific ialah ibu pejabat serantau syarikat global FUJIFILM Business Innovation, yang menyediakan sokongan korporat dan perkhidmatan bersama untuk rantau Asia Pasifik.

https://fujifilm.com/fbglobal 

Source: FUJIFILM Business Innovation
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services