omniture

ScaleUp Malaysia lancar program Kohort 3

Bekerjasama dengan dua firma modal teroka dari Singapura, AS
ScaleUp Malaysia
2021-08-24 18:41 64

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- ScaleUp Malaysia hari ini melancarkan program Kohort 3 yang menyasarkan syarikat 'scaleup' berpotensi tinggi.

ScaleUp Malaysia bersama-sama rakan modal teroka Quest Ventures dan Indelible Ventures
ScaleUp Malaysia bersama-sama rakan modal teroka Quest Ventures dan Indelible Ventures

Pada pelancaran program tersebut, ScaleUp Malaysia mengumumkan mereka telah menjalin kerjasama dengan dua firma modal teroka, Quest Ventures yang berpangkalan di Singapura dan Indelible Ventures dari Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi sebahagian daripada usaha memajukan syarikat terpilih.

Secara kolektif, penyertaan syarikat-syarikat tersebut akan membawa ScaleUp Malaysia akses kepada rakan kongsi, pelabur dan rangkaian lain di Asia Tenggara dan AS yang mampu mempercepatkan pertumbuhan di masa depan.

Quest Ventures, sebuah firma modal teroka serantau yang berpusat di Singapura telah memasuki tahun kedua bekerjasama dengan ScaleUp Malaysia dalam membangunkan 20 usahawan dan juga melabur bersama terhadap 10 syarikat pemula dalam program Kohort 2.

Indelible Ventures, dana yang berpusat di AS dengan mandat untuk melabur dalam syarikat permulaan Malaysia, meletakkan sasaran meningkatkan syarikat skala teknologi dengan produk B2B berpotensi untuk berkembang di peringkat antarabangsa, yang menjadikannya rakan strategik di masa hadapan.

Dalam Kohort 3, Quest Ventures akan melabur bersama ke dalam tujuh syarikat, manakala Indelible Ventures akan melabur ke dalam lima syarikat dalam kohort ini.

Perkongsian pelaburan akan menghasilkan jumlah pelaburan sekitar AS$1 juta (RM4.23 juta) untuk membangun dan mengembangkan syarikat 'scaleup' di Malaysia, dengan menyasarkan 20 syarikat akan disenarai pendek untuk permohonan Kohort 3.

Untuk Kohort 3, ScaleUp Malaysia sedang berusaha untuk bekerjasama dengan lebih banyak syarikat 'scaleup' untuk memasuki potensi pasaran serantau dan global.

"Memanfaatkan pengalaman rakan kongsi global dalam membantu syarikat 'scaleup' berjaya keluar daripada pasaran tempatan akan menjadi kunci untuk pembangunan program Kohort 3," kata Rakan Pengurusan (Managing Partner) Scaleup Malaysia, Xelia Tong.

Syarat untuk menyertai program Kohort 3 adalah syarikat perlu mempunyai model perniagaan atau operasi yang mampu 'mengganggu' pasaran sedia ada atau mempunyai rumusan yang bersedia menghadapi cabaran dan memanfaatkan setiap peluang ekonomi pada masa depan.

Program ScaleUp Malaysia ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada pemohon dan tarikh tutup permohonan adalah pada 2 September ini.

Peserta akan disenarai pendek berdasarkan lima kriteria utama, iaitu:

1) Produk atau perkhidmatan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang sangat besar untuk pasaran Malaysia, ASEAN dan antarabangsa,

2) Mampu membuktikan produk/perkhidmatan mempunyai kesesuaian pasaran,

3) Bersedia berusaha mendapat dana di masa depan,

4) Telah menjana keuntungan dan

5) Mempunyai pengasas yang bersemangat dan berdaya maju.

Rakan perniagaan Quest Ventures, Jeffrey Seah berkata, pengalaman bekerja dengan pasukan ScaleUp Malaysia dalam Kohort 2 sebelum ini meningkatkan keyakinan terhadap potensi syarikat di Malaysia.

"Dalam Kohort 3, kami ingin melangkah lebih jauh dengan membantu para pengasas syarikat itu mengembangkan pemikiran dan menyempurnakan pendekatan mereka dalam meningkatkan perniagaan, dengan mendedahkan mereka kepada rangkaian kami di rantau ini dan seluruh dunia," katanya.

Dua puluh syarikat yang disenarai pendek dari permohonan Kohort 3 akan memulakan perjalanan program pada Oktober ini sebelum membentangkan rumusan mereka di hadapan Jawatankuasa Pelaburan pada akhir program.

Sebagai sebahagian daripada program kerjasama, Kohort 3 ScaleUp Malaysia yang diusahakan bersama Quest Ventures dan Indelible Ventures, syarikat yang dipilih oleh Jawatankuasa Pelaburan akan menerima pelaburan sekurang-kurangnya AS$59,000 (RM250,000).

"Kami memutuskan untuk bekerjasama dengan ScaleUp Malaysia kerana sama-sama mempunyai pendekatan nilai tambah yang umum serta mengiktiraf Malaysia, walaupun kurang diwakili dalam lanskap dana teroka serantau, memiliki bakat dan kemampuan untuk menjadi pemimpin di rantau ini.

"Ia memerlukan ciri-ciri tertentu untuk menjadi usahawan yang berjaya, iaitu gabungan semangat, pengetahuan dan inovatif. Kami mengambil pendekatan nilai tambah yang tinggi dengan setiap pelabur untuk membangun strategi dan melaksanakan pertumbuhan hingga mampu memasuki skala antarabangsa," kata Rakan Pengurusan Indelible Ventures, Kevin Brockland CFA.

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), melalui kerjasama awam dan swasta dengan ScaleUp Malaysia telah mengumumkan pada Mac lalu juga akan memberikan akses kepada para usahawan untuk mengambil bahagian dalam program dan inisiatif MaGIC, termasuk Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS), Program Pasaran Global (GMP) dan MyStartup Hub, yang boleh disertai oleh syarikat pemula dan lain-lain tahap.

Untuk maklumat lanjut mengenai ScaleUp Malaysia dan permohonan menyertai Cohort 3, sila layari: https://www.scaleup.my/cohort-3

Mengenai ScaleUp Malaysia

ScaleUp Malaysia merupakan agensi penggalak pembangunan usahawan yang memberi fokus kepada pertumbuhan syarikat-syarikat di Malaysia dengan membantu mereka mengembangkan perniagaan dengan pertumbuhan yang besar. ScaleUp Malaysia ditubuhkan dan dijalankan oleh sekumpulan usahawan berpengalaman, profesional dan pelabur bermusim.

Peserta ScaleUp Malaysia akan melalui pelbagai program latihan yang meliputi bidang-bidang seperti kewangan, sumber manusia, jualan dan pemasaran, teknologi, produk dan strategi perniagaan. Pada 19 Disember 2019, ScaleUp Malaysia mengumumkan 20 syarikat telah diterima menyertai program Kohort 1. Sebanyak 10 syarikat dari setiap kohort akan menerima pelaburan dan pasukan ScaleUp akan secara aktif menyokong syarikat tersebut melalui nasihat strategik, pemadanan pelabur dan perkenalan rakan perniagaan sehingga 24 bulan selepas peserta tamat program.

Maklumat di Internet:

Laman web rasmi: www.scaleup.my

Facebook: https://www.facebook.com/scaleup.my/

Twitter: https://twitter.com/ScaleupMalaysia

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/scaleup-malaysia/

Mengenai Quest Ventures

Quest Ventures adalah firma dana teroka terkemuka untuk syarikat yang mempunyai skala pengembangan dan kemampuan mencatat kejayaan di dalam komuniti Internet. Portfolionya yang disokong  lebih 50 syarikat dana modal yang beroperasi di lebih 150 bandar di seluruh Asia, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemajuan untuk lebih daripada 4,400 pekerja, sementara usaha ESG dan Enterprise memberi kesan langsung kepada ribuan penerima faedah lagi.

Maklumat lanjut di: www.questventures.com

Mengenai Indelible

Indelible Ventures adalah syarikat Dana Teroka Permulaan yang menyasarkan syarikat teknologi baru di Malaysia dengan produk B2B yang boleh dikembangkan ke peringkat antarabangsa. Kami mengambil pendekatan nilai tambah yang tinggi dengan setiap pelabur untuk membina strategi dan melaksanakan rancangan pertumbuhan.

Maklumat lanjut: https://indelible.vc/

Source: ScaleUp Malaysia
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Contracts New products/services Venture Capital