omniture

Athos Therapeutics Mengumumkan Kerjasama Penyelidikan dengan Cleveland Clinic untuk Memajukan Perubatan Kepersisan dalam Penyakit Radang Usus

Athos Therapeutics
2021-08-25 01:00 68

Athos akan menjalankan analisis molekul sampel pesakit daripada Cleveland Clinic

LOS ANGELES, 25 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Athos Therapeutics, Inc., sebuah syarikat bioteknologi peringkat praklinikal akhir yang mempelopori pembangunan terapeutik kepersisan pertama untuk pesakit yang menghidap penyakit bermediasi imun, hari ini mengumumkan Perjanjian Penyelidikan Induk yang komprehensif untuk projek kolaborasi bagi Penyakit Radang Usus (IBD) dengan Cleveland Clinic di Cleveland, Ohio. Kerjasama ini akan memajukan penggunaan biologi sistem dan sains pengkomputeran untuk perubatan kepersisan dalam IBD, untuk keadaan seperti penyakit Crohn dan kolitis ulseratif.

IBD ialah sejenis penyakit kompleks kronik yang disebabkan oleh nyahpengawalaturan sistem imun yang dicetuskan oleh faktor genetik, epigenetik, mikrob dan persekitaran. Ubat-ubatan yang ditetapkan untuk IBD pada masa ini mempunyai keberkesanan yang terhad, memberikan pelbagai kesan sampingan yang berpotensi menjadi serius dan tidak mengambil kira subjenis bagi pesakit IBD. Kini, jelas bahawa pendekatan biologi sistem boleh digunakan untuk mencirikan keheterogenan IBD pada tahap molekul dengan betul. Pendekatan ini dapat mengelompokkan pesakit IBD kepada subjenis molekul tertentu dan membolehkan pembangunan terapeutik kepersisan (buatan tersuai).

"Ubat-ubatan yang ada untuk IBD buat masa ini kebanyakannya menangani tindak balas keradangan bagi keadaan tersebut dan walaupun pesakit mungkin mengalami peningkatan dari segi klinikal, terdapat penurunan keberkesanan terapeutik yang progresif yang membuatkan perlunya untuk beralih kepada ubat-ubatan lain dengan hasil yang tidak dapat diramalkan," kata Dimitrios Iliopoulos, PhD, MBA, Ketua Pegawai Eksekutif Athos. "Oleh itu, bidang IBD memerlukan pendekatan baharu yang dapat memberikan pilihan terapeutik yang tepat, berpanjangan dan selamat untuk berjuta-juta pesakit yang menghidap IBD," tambah beliau. "Kerjasama kami dirancang untuk mengenal pasti penstrataan patologi IBD yang khusus dan boleh laksana dengan memanfaatkan sebilangan besar sampel biologi IBD yang beranotasi tinggi untuk digunakan dalam pendekatan pengkomputeran dan biologi sistem proprietari kami."

"Kerjasama ini menunjukkan peralihan yang signifikan dan kemajuan besar dalam terapeutik IBD, berdasarkan perubatan kepersisan yang akan mempercepat pembangunan ubat yang diperibadikan, lebih selamat dan lebih berkesan untuk penyakit IBD dan penyakit autoimun yang lain," kata Allan J. Pantuck, MD, MS, Pengerusi dan Ketua Pegawai Perubatan Athos. "Kami berharap agar dapat bekerjasama rapat dengan Cleveland Clinic untuk berusaha ke arah menambah baik hasil bagi pesakit yang menghidap IBD."

"Cleveland Clinic diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam penjagaan pesakit yang menghidap IBD," kata Claudio Fiocchi, M.D dari Lerner Research Institute di Cleveland Clicnic. "Penyelidikan kolaboratif ini akan membantu dalam melaksanakan perubatan kepersisan untuk pesakit yang menghidap Penyakit Crohn dan kolitis ulseratif."

Tentang Athos Therapeutics
Athos Therapeutics Inc. ialah sebuah syarikat bioteknologi praklinikal peringkat akhir yang membangunkan terapeutik molekul kecil untuk penyakit bermediasi imun, menggunakan platform kimia dan pengkomputeran inovatif yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan. Pengasas-pengasas bersama Athos termasuklah salah seorang pengasas Kite Pharma (diambil alih dengan nilai $12B), ahli kimia perubatan yang berperanan dalam dua bilion dolar ubat yang diluluskan oleh FDA (Xtandi & Erleada) dan penemuan sasaran ubat miR-124 yang kini dalam peringkat ujian Fasa III IBD. Athos mengenal pasti sasaran ubat-ubatan baharu (hub) dengan mengintegrasikan set data klinikal dan molekular ke dalam rangkaian biologi penyakit (interaksi molekular penyakit) dan memadankannya dengan platform kimia pengkomputeran molekul kecil. ATH-63, sebatian ubat utama syarikat ini sedang memasuki ujian klinikal manusia Fasa I untuk pesakit IBD pada suku pertama tahun 2022 di Cleveland Clinic. Program saluran Athos yang lain termasuklah ubat-ubatan untuk lupus dan pelbagai jenis kanser. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1324560/Athos_Therapeutics_Logo.jpg?p=medium600

Source: Athos Therapeutics
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research