omniture

"Minggu Restoran Halal Korea 2021" akan datang dalam talian

Korea Tourism Organization
2021-08-25 09:00 58

SEOUL, Korea Selatan, 25 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Korea Tourism Organization (Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Ahn Young-bae, selanjutnya "KTO") akan mengadakan "Minggu Restoran Halal Korea 2021", sebuah acara untuk mempromosikan daya tarikan pelancongan Korea kepada pelancong Muslim global selama dua bulan mulai 1 September hingga 31 Oktober 2021.

KTO telah mengadakan Minggu Restoran Halal Korea setiap tahun untuk mengatasi kesulitan berkaitan makanan yang dialami oleh pelancong Muslim semasa mengembara ke Korea dan untuk mempromosikan jenama Korea sebagai destinasi pelancong mesra Muslim.

Upacara perasmian dalam talian tahun ini yang melambangkan permulaan acara tersebut akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia melalui saluran YouTube dan TikTok pada 27 Ogos (20:00 KST). Upacara perasmian akan melibatkan ucapan alu-aluan oleh Park Jung-ha, ketua Bahagian Pelancongan Antarabangsa KTO, ucapan tahniah oleh Asnawi, pemain bola sepak profesional Indonesia di Ansan FC, disusuli dengan demonstrasi makanan halal Korea oleh cef Choi Kwang-ho serta ceramah khas luar talian bersama individu-individu berpengaruh (Blimey dan Jannahkorea). Semasa upacara perasmian tersebut, individu-individu berpengaruh akan memaparkan video mereka yang dihasilkan setelah mengembara sekitar tempat pelancong terkenal Korea dan restoran berhampiran menerusi topik K-Fesyen dan K-Kesihatan.

Ia akan disediakan di Saluran YouTube KTO (Wow Korea) dan Saluran TikTok (Imagine Your Korea), sementara acara-acara dalam talian akan turut diadakan.

Semasa berlangsungnya acara tersebut mulai 1 September hingga 31 Oktober, kupon diskaun dan faedah istimewa daripada restoran-restoran yang mengambil bahagian untuk tempat tarikan pelancong mesra Muslim akan disediakan dan butiran berkaitan boleh ditemui di laman sesawang restoran mesra Muslim.

Di samping itu, KTO akan menerbitkan sepuluh episod video "Halal TV" yang akan membolehkan pengunjung melancong secara maya ke Korea dan merasai makanan halal Korea. Satu episod setiap minggu akan dimuat naik di saluran YouTube KTO mulai 1 September dan acara SNS akan turut diadakan.

Tema pertama ialah "Unboxing Korea" ("Memperkenalkan Korea") yang memperkenalkan tempat tarikan pelancong Korea yang terkenal dan restoran mesra Muslim yang berhampiran. "Unboxing Korea" dibintangi oleh Artis YouTube Korea yang paling terkenal di Indonesia, "Bandung Oppa,". Melalui perjalanan dalam talian ini, anda dapat mengalami secara tidak langsung tempat tarikan pelancong yang terkenal di Korea dan berpeluang merasa secara tidak langsung makanan Korea yang menjadi kegemaran pelancong Muslim.

Tema kedua ialah "Korean Halal Food Cooking Class" ("Kelas Masakan Makanan Halal Korea") yang memperkenalkan resipi makanan Halal Korea yang boleh anda cuba di tempat anda. Korean Halal Food Cooking Studio akan diacarakan oleh Cef Choi Kwang-ho, yang juga sangat popular sebagai seorang pengacara pada tahun lalu.

- Laman sesawang Halal Restaurant Week: http://www.mfrk.or.kr/ 

- Saluran YouTube (Wow Korea): https://www.youtube.com/c/WOWKOREASUPPORTERS 

- Instagram: https://www.instagram.com/halal_restaurant_week/ 

- Facebook: https://www.facebook.com/halalrestaurantweekkorea/ 

Source: Korea Tourism Organization
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Food/Beverages Restaurants Retail Travel Future Events