omniture

Penyelidikan Tahunan Acision Menunjukkan Arah Aliran Penghantaran Pesanan UK dan AS Menjadi Lebih Sejajar Dengan Penggunaan Perkhidmatan OTT Yang Berkembang Pesat

Acision
2013-06-20 19:19 195

READING, England, 20 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Faktor-faktor teras yang memacu penerimaan penggunaan perkhidmatan penghantaran pesanan OTT di UK dan AS termasuklah kos, kualiti perkhidmatan dan ciri-ciri beraneka

  • Penggunaan penghantaran pesanan OTT AS dipacu oleh kepantasan (50%), ciri-ciri beraneka (36%) dan keandalan (35%), tetapi pengguna Telefon Pintar UK juga mengundi kos (47%) sebagai faktor penentu
  • Di UK, rakyat British berusia dalam lingkungan 18 ke 25 tahun ialah penghantar pesanan paling ramai, dengan menghantar kira-kira 225 pesanan setiap minggu – lebih 22% berbanding mana-mana golongan usia UK lain yang dikaji selidik
  • Para pengendali boleh memberikan nilai unik merentasi seluruh keperluan perkhidmatan sambil membina laluan pengewangan melalui analisis penggunaan dan ciri-ciri baharu dengan menyegerakan Penghantaran Pesanan Beraneka/RCS

Penyelidikan daripada peneraju penghantaran pesanan mudah alih sedunia, Acision, sekali lagi mengukuhkan populariti IP dan perkhidmatan penghantaran pesanan Over-The-Top (OTT) di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Edisi kedua penyelidikan tahunan Acision itu, yang menganalisis kelakuan penghantaran pesanan dan keperluan pengguna Telefon Pintar di UK dan AS, menunjukkan bahawa ada kesetaraan kuat antara kedua-dua pasaran dengan pengguna menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan berbilang setiap hari, yang memberi kesan ketara kepada lalu lintas penghantaran pesanan.

Kedua-dua AS dan UK mewakili dua pasaran paling matang dalam penerimaan Telefon Pintar dan IM dan dianggap sebagai penanda aras untuk rantau lain. Penyelidikan Acision menunjukkan bahawa 77% pengguna Telefon Pintar UK dan 72% pengguna Telefon Pintar AS kini menggunakan saluran penghantaran pesanan berbilang setiap hari, termasuk aplikasi SMS, MMS dan IM/Over-The-Top (OTT), bagi memenuhi keperluan penghantaran pesanan mereka.

Penghantaran Pesanan Bersesuaian

Walaupun SMS masih kekal sebagai alat komunikasi penting dalam kedua-dua rantau kerana sifatnya yang menyeluruh, (digunakan oleh 96% responden UK dan 92% di AS), lima puluh peratus pengguna AS mendakwa mereka lebih memilih perkhidmatan penghantaran pesanan OTT berbanding SMS kerana kelajuannya. Ciri-ciri beraneka, seperti kebolehan untuk melihat apabila sesebuah pesanan telah dihantar (36%), serta keandalan (35%), menduduki tempat kedua dan ketiga sebagai sebab-sebab pengguna Telefon Pintar AS beralih kepada perkhidmatan OTT. Kelajuan (53%) juga dipetik sebagai sebab utama pengguna UK lebih memilih perkhidmatan penghantaran pesanan OTT, dengan kos (47%) tidak jauh di kedudukan kedua. Jumlah pengguna UK yang jauh lebih rendah berbanding pengguna AS (53% dibandingkan dengan 77%) yang mempunyai berkas SMS tanpa had mungkin menjadi sebab mengapa kos ialah faktor penting dalam penggunaan penghantaran pesanan OTT di UK.

Pengguna yang paling banyak menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan ialah rakyat Britain dalam lingkungan umur 18 ke 25 tahun, yang menghantar lebih banyak pesanan berbanding mana-mana kumpulan lain di UK bagi setiap jenis perkhidmatan penghantaran pesanan. BlackBerry Messenger (BBM) muncul di kedudukan pertama di UK, dengan purata 110 pesanan dihantar setiap minggu, menurut analisa aplikasi penghantaran pesanan paling popular berdasarkan bilangan pesanan yang dihantar, merentasi semua kumpulan usia. Ini diikuti oleh SMS (75 pesanan per minggu – PPM), WhatsApp (74 PPM) dengan iMessage dan Facebook Messenger mengikuti pada (64 PPM). SMS merajai AS, dengan purata 111 pesanan dihantar setiap minggu, dengan golongan berusia 12-18 tahun menghantar 150 pesanan SMS setiap minggu – 35% lebih tinggi daripada pengguna purata. Penggunaan SMS yang banyak dan berterusan, sekali lagi mungkin dipengaruhi oleh pakej SMS tanpa had.

IM biasanya dilihat sebagai perkhidmatan pesanan yang sama sesuai dengan SMS – jika bukan lebih lagi, apabila berkomunikasi dengan kawan-kawan/rakan sebaya. Ini mencadangkan bahawa bukan SMS sentiasa menjadi pilihan pertama di kalangan pengguna dalam situasi tertentu. Namun, ada pandangan jelas yang menyatakan apabila perkhidmatan penghantaran pesanan tertentu tidak patut digunakan; dengan 35% pengguna di seluruh UK dan 29% di AS menyatakan penghantaran pesanan serta-merta adalah kurang sesuai berbanding SMS dalam situasi komunikasi tempat kerja.

Penghantaran Pesanan Beraneka Pengendali

Lantaran melihat kepada pengambilan perkhidmatan OTT ini, maka Acision menggambarkan Suite Perkhidmatan Komunikasi Beraneka (RCS) GSMA bagi mengkaji selidik para penerima, yang sedang dikeluarkan secara besar-besaran oleh pembawa seluruh dunia sebagai sebuah perkhidmatan penghantaran pesanan tunggal dan bersatu yang dijenamakan sebagai 'joyn™'. Sebuah majoriti besar (75% di AS dan 77% di UK), menyatakan minat yang jelas untuk sebuah perkhidmatan yang diterju oleh pengendali jika dipakejkan pada harga yang sesuai.

JF Sullivan, Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Produk dan Ketua Pegawai Pemasaran di Acision berkata: "Tabiat penghantaran pesanan pengguna Telefon Pintar ini, ditambah dengan minat mereka terhadap 'joyn', menonjolkan satu peluang nyata untuk pengendali menyegerakan pengaturan kedudukan pengalaman penghantaran pesanan beraneka yang lancar untuk para pelanggan mereka, yang berfungsi merentasi semua komuniti, peranti dan rangkaian penghantaran pesanan seluruh dunia. Jika digabungkan dengan analisis data dan kepintaran pengguna, ia boleh membawa ke arah pengewangan perkhidmatan dan hasil yang meningkat, yang membolehkan para pengendali melancarkan ciri-ciri baharu dengan mudah berdasarkan kehendak para pengguna.

"Penyelidikan kami menunjukkan bahawa lebih tiga suku pengguna merentasi kedua-dua pasaran mahukan satu perkhidmatan penghantaran pesanan tunggal yang boleh mencapai semua orang dan ciri pesanan yang akan mengikuti mereka melalui apa-apa peranti bagi meneruskan perbualan itu pada bila-bila masa, siang atau malam. Ini merupakan mesej jelas kepada para pengendali mudah alih, yang berada di kedudukan terbaik bagi memenuhi permintaan perkhidmatan penghantaran pesanan tersepadu yang lebih baik. Hanya mereka sahaja yang boleh menawarkan kelangsungan perkhidmatan  yang dimahukan oleh pelanggan mereka."

Pastikan ia ringkas!

Golongan muda mahukan perkhidmatan penghantaran pesanan yang seringkas mungkin. Lebih daripada tiga suku (76%) remaja AS mahu sebuah perkhidmatan penghantaran pesanan yang membolehkan mereka menghubungi semua orang, tanpa mengambilkira jenis app penghantaran pesanan yang mereka gunakan. Bandingkan ini dengan 61% remaja UK yang inginkan perkhidmatan yang sama. Jumlah remaja yang sama di UK juga akan berminat kepada perkhidmatan penghantaran pesanan yang akan menjamin penghantaran serta-merta untuk semua pesanan – tidak kira apa app penghantaran pesanan yang digunakan untuk menghantar atau menerimanya, menekankan keperluan untuk SMS dan MMS saling bekerja dan berbalik dalam sebarang perkhidmatan penghantaran pesanan beraneka.

Kata Sullivan lagi, "Para pengendali mungkin akan kehilangan peluang baik jika mereka tidak menumpukan kepada cara mengeksploitasi tawaran SMS mereka kerana penyelidikan ini jelas menunjukkan keinginan kuat untuk pembalikan semula SMS serta ciri-ciri SMS yang dipertingkat. Ciri-ciri seperti pemberitahuan pesanan yang menunjukkan ia telah dihantar atau dibaca telah dinilai sebagai salah satu ciri yang paling diingini, dengan 65% pengguna AS dan 59% pengguna UK menyatakan minat mereka untuknya. Para pengendali mudah alih berada dalam kedudukan unik untuk menyesuaikan dan mengubahsuai dengan mudah perkhidmatan penghantaran pesanan mereka yang sedia ada bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka, sambil mengembangkan ciri-ciri perkhidmatan penghantaran pesanan yang beraneka dan berkualiti dengan capaian yang berterusan. Lantaran itu, mereka patut menyediakan perkhidmatan Media Beraneka baharu dan inovatif yang bukan sahaja memberi pengalaman pengguna yang hebat, malah mencabar penggunaan terserpih dan menarik minat pengguna."

Jorgen Nilsson, Ketua Eksekutif di Acision menyimpulkan: "Populariti app OTT tidak boleh disangkal lagi, namun penting bagi para pengendali menggabungkan pengetahuan pasaran ini dengan kefahaman yang mereka ada mengenai penerimaan, penggunaan dan pengalaman pengguna. Memanfaatkan pengetahuan seperti ini bersama sebuah platform penghantaran pesanan yang disatukan daripada Acision, boleh memecutkan pengaturan kedudukan perkhidmatan Penghantaran Pesanan Beraneka, lantas memastikan para pengendali boleh menyediakan perkhidmatan yang diasaskan dengan kekuatan teras SMS, menggunakan kelebihan ciri-ciri dipertingkat app OTT sambil juga menyediakan nilai tambahan, yang boleh diwangkan. Acision menawarkan portfolio kukuh yang terdiri daripada produk dan perkhidmatan bagi membantu para pengendali menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran penghantaran pesanan dan melancarkan perkhidmatan baharu yang mengubah corak pelaksanaan pasaran."

Acision bakal menganjurkan Forum Penghantaran Pesanan Beraneka selama separuh hari pada pukul 9.30 pagi pada hari Khamis 27 Jun semasa Ekspo Mudah Alih Asia 2013 GSMA di Shanghai. Berdasarkan penyelidikan itu, sesi itu akan membincangkan kelakuan penghantaran pesanan semasa dan jangkaan pengguna dalam dunia penghantaran pesanan perkhidmatan Over-The-Top (OTT) IP baharu, sambil mempamerkan jalan bagi menyediakan pengalaman penghantaran pesanan hujung ke hujung baharu yang diperkaya merentasi sebarang rangkaian, domain, teknologi dan peranti. Forum ini percuma dan terbuka kepada semua pelawat pameran. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran nama sekiranya anda berminat, sila klik sini.

Mengenai Acision

Sebagai peneraju sedunia dalam penghantaran pesanan mudah alih, Acision menghubungkan dunia dengan memberi kuasa kepada perkhidmatan penghantaran pesanan yang relevan dan lancar, yang memperkaya pengalaman komunikasi mudah alih dan mencipta peluang baharu untuk pembawa dan perusahaan seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

Penyelidikan Acision

Penyelidikan yang dikendalikan oleh Vanson Bourne pada bulan Januari dan April 2013 ini ialah kajian menyeluruh kedua Acision mengenai lanskap penghantaran pesanan mudah alih. Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan temu bual dengan 1000 pemilik Telefon Pintar di UK dan 1000 pemilik Telefon Pintar di AS.

Mengenai Vanson Bourne

Vanson Bourne,, sebuah perundingan pakar berdasarkan penyelidikan yang menjalankan penyelidikan pengguna dalam konteks teknologi. Syarikat itu menemubual pembuat keputusan kanan daripada pelbagai fungsi, merentasi pelbagai industri, dalam organisasi-organisasi yang kecil hinggalah yang besar, dalam pasaran seluruh dunia. Klien Vanson Bourne terdiri daripada perusahaan-perusahaan permulaan sehingga ke syarikat-syarikat terkemuka yang memerlukan pimpinan pakar, lalu memberi analisis berdasarkan penyelidikan yang teguh dan diyakini.

Sumber: Acision

Source: Acision
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Survey, Polls & Research