omniture

Mary-Dell Chilton dari Syngenta diiktiraf sebagai penerima kehormat Hadiah Makanan Sedunia 2013

Syngenta
2013-06-20 22:47 123

WASHINGTON, 20 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Setiausaha Agung AS, John Kerry, hari ini mempengerusikan sebuah upacara di mana saintis terkemuka Syngenta Mary-Dell Chilton, Ph.D, dinamakan sebagai penerima kehormat Hadiah Makanan Sedunia 2013 yang berprestij. Anugerah itu merupakan anugerah terutama di peringkat antarabangsa yang mengiktiraf individu yang telah memperbaiki kemajuan manusia dengan meningkatkan kualiti, kuantiti atau kebolehsediaan makanan dunia.

Dr. Chilton dan dua orang penerima kehormat lain diiktiraf bagi "penemuan bioteknologi revolusioner yang menemui kunci transformasi sel tumbuhan." Penyelidikan molekul Dr. Chilton yang tidak pernah dibuat sebelum ini menunjukkan bagaimana satu bakterium tumbuhan boleh diadaptasi sebagai alat untuk memasukkan gen daripada organisma lain ke dalam sel tumbuhan, yang boleh menghasilkan kepelbagaian tumbuhan pertanian dengan sifat inovatif yang baharu. Sebagai hasil langsung daripada kajian ini, pada tahun 1996 Ciba-Geigy – kini dinamakan Syngenta – menjadi syarikat pertama yang mengkomersilkan satu sifat GM dalam jagung. Pada tahun 2012, tanaman pertanian transgenik ditanam di lebih 170 juta hektar tanah oleh lebih 17 juta petani.

Mike Mack, Ketua Pegawai Eksekutif Syngenta berkata, "Mary-Dell Chilton ialah contoh matlamat korporat Syngenta – menghidupkan potensi tumbuhan. Beliau ialah perintis bioteknologi moden yang merupakan komponen penting bagi penyelesaian bersepadu yang akan membantu petani memenuhi permintaan makanan, makanan ternakan dan bahan api yang semakin meningkat untuk sebuah populasi dunia yang semakin bertambah."

Dr. Chilton menubuhkan pusat penyelidikan bioteknologi Syngenta di Taman Segitiga Penyelidikan pada tahun 1984 dan hari ini merupakan Felo Sains Terkemuka di Syngenta Biotechnology Inc. Beliau akan dianugerahkan Hadiah Makanan Dunia secara rasmi pada Majlis Penganugerahan Kehormat Tahunan Ke-27 di Des Moines, Iowa pada 17 Oktober.

Mengenai Syngenta

Syngenta ialah salah sebuah syarikat terunggul dunia dengan lebih 27,000 kakitangan dalam lebih 90 buah negara khusus untuk matlamat kami: Menghidupkan potensi tumbuhan. Kami membantu meningkatkan hasil tuaian, melindungi alam sekitar dan mempertingkat kesihatan serta kualiti kehidupan melalui sains bertaraf dunia, jangkauan global dan komitmen terhadap pelanggan kami. Untuk lebih maklumat mengenai kami, sila lawati  www.syngenta.com.

Kenyataan Peringatan Mengenai Kenyataan Ramalan

Dokumen ini mengandungi kenyataan ramalan, yang boleh dikenalpasti dengan istilah-istilah seperti 'jangka', 'ingin', 'akan', 'berpotensi', 'merancang', 'berharap', 'menganggar', 'menyasarkan', 'diyakini' dan istilah-istilah yang miripnya. Kenyataan-kenyataan seperti itu mungkin tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada kenyataan-kenyataan ini. Sila rujuk kepada pemfailan awam Syngenta yang tersedia di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS bagi maklumat mengenai perkara ini dan risiko serta ketidakpastian lain termasuk "Faktor-faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F. Syngenta tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan ramalan bagi mencerminkan keputusan sebenar, perubahan andaian atau faktor-faktor lain. Dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai, atau menjadi sebahagian daripada, mana-mana tawaran atau jemputan untuk menjual atau mengeluarkan, atau sebarang permintaan untuk sebarang tawaran, untuk membeli atau melanggan sebarang saham biasa dalam Syngenta AG, atau Syngenta ADSs, serta ia tidak membentuk asas, atau dipercayai dalam sebarang hubung kaitan dengan, sebarang kontrak.

Logo Syngenta ialah tanda niaga berdaftar Syngenta Group Company.

Source: Syngenta
Related Links:
Keywords: Agriculture Biotechnology Food/Beverages Health Care/Hospital Awards