omniture

DNA Sintetik Disifatkan Sebagai Boleh Dipaten oleh Mahkamah Agung AS, Sintesis Gen dan Pengoptimuman Kodon Memberi Laluan Berpotensi untuk Kebolehpatenan

GenScript USA Inc.
2013-06-20 22:59 247

PISCATAWAY, New Jersey, 20 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Pada 13 Jun 2013, Mahkamah Agung Amerika Syarikat dengan sebulat suara telah memberi keputusan bahawa walaupun jujukan gen semula jadi terpencil tidak boleh dipatenkan, cDNA (dirujuk sebagai DNA sintetik) secara rasminya dianggap sebagai bahan subjek yang boleh dipatenkan. Keputusan ini dikeluarkan selepas mahkamah mengkaji semula paten-paten yang dimiliki oleh Myriad Genetics Inc. dalam kes berprofil tinggi Persatuan Patologi Molekular lwn Myriad Genetics. Paten-paten itu menuntut hak untuk gen-gen BRCA1 dan BRCA2, serta kaedah untuk mengesan mutasi dalam gen yang telah dikaitkan dengan barah payu dara dan ovari. Mahkamah menyokong tuntutan undang-undang ini dan menyatakan bahawa "cDNA bukan 'produk semula jadi', jadi ia layak dipatenkan…"

Perkhidmatan sintesis gen GenScript ialah kaedah bernilai bagi memintas pengasingan jujukan DNA semula jadi untuk digunakan dalam kajian penyelidikan biologi. Perkhidmatan ini menyediakan jujukan DNA de novo bukan semula jadi yang disintesiskan menurut rekaan spesifik klien, membenarkan jujukan gen semula jadi atau kaset dihasilkan untuk penggunaan in vivo atau in vitro, termasuk ujian-ujian diagnostik. Tambahan lagi, teknologi pengoptimuman kodon OptimumGene™ GenScript boleh mengubah jujukan gen semula jadi, bagi meningkatkan ungkapan protein berturutan dalam sebilangan sistem. Algoritma OptimumGene™ mengambil kira hampir setiap parameter yang memberi kesan pada proses dogma pusat, daripada transkripsi kepada lipatan protein, dan telah dibuktikan mampu mengoptimumkan penghasilan protein dalam sistem ungkapan bakteria, mamalia, yis dan serangga. Pengoptimuman kodon OptimumGene™ yang digabungkan bersama sintesis gen boleh menjana jujukan yang baharu dan berlaku secara bukan semula jadi, dengan ciri-ciri boleh paten yang menarik dan berkemudahan tinggi. GenScript tidak menuntut sebarang hak ke atas gen sintetik khas atau gen kodon teroptimum OptimumGene™ bagi mengekalkan hak harta intelek klien. Butiran projek khas adalah sulit; semua hak harta intelek dimiliki oleh klien.

Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai kesan keputusan mahkamah itu ke atas kebolehpatenan jujukan DNA di masa hadapan. Namun begitu, sambil perkembangan penyelidikan biologi molekul menjadi semakin pesat, penggunaan DNA sintetik pasti menjadi prosedur wajib dalam setiap makmal. GenScript menawarkan penyelesaian sintesis gen dan pengoptimuman kodon untuk masa kini dan masa hadapan undang-undang paten gen dan kekal komited dalam menyokong inovasi.

*GenScript bukan sebuah pengamal undang-undang dan kandungan di atas tidak bermaksud memberi nasihat perundangan untuk pendakwaan paten, litigasi atau sebarang hal perundangan berkaitan dengannya.

Source: GenScript USA Inc.
Keywords: Biotechnology Medical/Pharmaceuticals Legal issues New products/services