SINGAPURA, 25 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Milken Institute mengumumkan bahawa Sidang Kemuncak Asia Milken Institute tahunan ke-8 akan berlangsung mulai 15 hingga 16 November, sebagai acara fizikal dengan komponen maya. Sebuah masyarakat dinamik yang berusaha untuk menyediakan peluang yang boleh dicapai untuk semua sentiasa dicirikan oleh hubungan yang kukuh bersama semua orang yang hidup di dalamnya. Sidang Kemuncak Asia tahun ini memberi tumpuan pada Kuasa Hubungan Insan, menghimpunkan eksekutif perniagaan peringkat tinggi, pemimpin kerajaan, dermawan, pakar bidang khusus, ilmuan dan futuris dari seluruh dunia untuk menggiatkan usaha membina masa depan yang lestari dan saksama untuk semua penduduk di rantau Asia-Pasifik.
Acara berkenaan dijadualkan berlangsung di Four Seasons Hotel di Singapura, menjadi tuan rumah untuk sehingga 250 peserta yang hadir. Hadirin diharapkan mengikuti garis panduan jarak selamat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura. Sama seperti Sidang Kemuncak Asia 2020, peserta boleh mengharapkan format acara interaktif dengan sesi secara peribadi, kandungan maya dan beberapa perbincangan meja bulat peribadi topik-khusus. Milken Institute juga merupakan rakan kongsi rangkaian untuk Sidang Kemuncak Kedermawanan Asia sulung dan rakan pengetahuan untuk Festival Teknologi Kewangan Singapura yang akan berlangsung semasa Minggu Singapura (15 – 19 November).
Sidang Kemuncak Asia tahun lepas merupakan acara antarabangsa berskala besar yang pertama dianjurkan di Singapura semasa berlakunya pandemik ini, dengan Milken Institute Asia Center dinamakan sebagai 'Penganjur Acara Cemerlang' oleh Lembaga Pelancongan Singapura di Singapore Tourism Awards 2021. Sidang Kemuncak Asia 2020 menjadi tuan rumah untuk pemimpin-pemimpin global seperti Heenam Choi, Ketua Pegawai Eksekutif, KIC; Paulo Guedes, Menteri Ekonomi, Brazil; Peter Babej, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Pasifik, Citi; Chan Chun Sing, Menteri Pendidikan & Menteri yang bertanggungjawab untuk Perkhidmatan Awam, Republik Singapura; Yuriko Koike, Gabenor Tokyo, Jepun; Julie Sweet, Ketua Pegawai Eksekutif, Accenture; Thomas Kurian, Ketua Pegawai Eksekutif, Google Cloud; Salil Parekh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Infosys Limited; Rt. Hon. Elizabeth Truss, Setiausaha Negara untuk Perdagangan Antarabangsa, Presiden Lembaga Perdagangan, Menteri Wanita dan Kesaksamaan, United Kingdom; Wilbur L. Ross, Jr., Setiausaha, Jabatan Perdagangan As dan ramai lagi.
"Tatkala ekonomi global muncul daripada pandemik ini, hubungan kami dengan satu sama lain tidak pernah menjadi semakin kritikal untuk mempercepatkan kemunculan semula masyarakat yang mantap dan berkembang maju," kata Laura Deal Lacey, Pengarah Eksekutif Milken Institute Asia Center. "Di Sidang Kemuncak Asia 2021, kami menyasarkan untuk bertindak sebagai penghubung untuk menghimpunkan peserta bagi membincangkan mengenai penyelesaian kolaboratif dengan mengetengahkan kuasa hubungan insan dalam membina semula masyarakat yang adil dan saksama."
"Seperti yang kami lihat sepanjang tahun lalu, amat penting untuk pihak kerajaan, perniagaan dan organisasi persendirian kekal terhubung dan bekerjasama antara satu sama lain bagi mengatasi cabaran yang dibawa oleh krisis pandemik ini," kata Richard Ditizio, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Milken Institute. "Sidang Kemuncak Asia 2021 akan menghimpunkan pakar terkemuka, pemimpin dan penginovasi dari Asia dan seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea dan pandangan demi satu penyelesaian yang dapat membantu kita kembali kepada keadaan biasa."
Untuk maklumat mengenai Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2021, sila kunjungi www.asia-summit.org.
Latar Belakang Milken Institute
Milken Institute ialah badan pemikir tidak berpihak yang bukan berasaskan keuntungan yang membantu orang ramai membina kehidupan bermakna yang melaluinya mereka dapat menikmati kesihatan dan kesejahteraan, melanjutkan pendidikan yang efektif dan mendapat pekerjaan serta mengakses sumber yang diperlukan untuk mencipta peluang yang semakin berkembang untuk diri mereka dan masyarakat mereka yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.milkeninstitute.org.
Latar Belakang Milken Institute Asia Center
Milken Institute Asia Center meluaskan jangkauan dan kesan daripada program, acara dan kajian Milken Institute ke rantau Asia-Pasifik. Kami mengenal pasti peluang untuk memanfaatkan jaringan global Institut ini untuk mengatasi cabaran serantau serta untuk mengintegrasikan perspektif rantau ini kepada pembangunan penyelesaian untuk cabaran global yang berterusan.
Latar Belakang Sidang Kemuncak Asia Milken Institute
Sidang Kemuncak Asia Milken Institute membawakan semangat bercita-cita tinggi Persidangan Global utama Milken Institute ke Singapura. Sidang Kemuncak Asia ini mengumpulkan lebih 1,800 Ketua Pegawai Eksekutif, pegawai kanan kerajaan, eksekutif kewangan peringkat tinggi, pelabur institusi dan dermawan dari serata dunia untuk mengatasi cabaran dan mencadangkan penyelesaian yang boleh diusahakan.