omniture

XABT Sumbangkan Kit Pengesanan Asid Nukleik 2019-nCoV kepada Vientiane, Laos

XABT
2021-08-25 22:06 185

BEIJING, 25 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Atsaphangthong Siphandone, Datuk Bandar Vientiane, ibu negara Laos, baru-baru ini menyampaikan sijil kehormat kepada Beijing Applied Biological Technologies (XABT) atas sumbangan Kit Pengesanan Asid Nukleik 2019-nCoV untuk menyokong usaha Vientiane dalam pencegahan dan kawalan wabak pada tahun 2021. Dalam masa yang sama, timbalan pengarah pejabat hal ehwal luar negeri Vientiane, menghantar surat ucapan terima kasih kepada XABT bagi pihak Kerajaan Perbandaran Vientiane dan Jawatankuasa Pencegahan dan Kawalan Wabak.


Semasa penularan coronavirus kali terakhir di Laos pada bulan April tahun ini, XABT menyumbang 5,040 Pelbagai Kit PCR Waktu Sebenar bagi Pengesanan 2019-nCoV dan memberi sokongan perkhidmatan teknikal penuh kepada Vientiane bagi membantu bandar tersebut mengawal penularan penyakit berkenaan melalui jalinan kerjasama antarabangsa yang mendalam.

Virus tidak mengenal sempadan, namun keadaan yang paling buruk dapat mendedahkan sisi terbaik insan. Sejak berlakunya penularan COVID-19, XABT telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan tindakan praktikal dan menyumbang kit pengesanan dan pengekstrakan asid nukleik kepada Itali, Iran, Malaysia, Thailand, Peru dan Bangladesh bagi menyokong perjuangan mereka memerangi wabak tersebut. Syarikat berkenaan akan terus memberi sumbangan yang positif untuk meneruskan usaha mengawal wabak tersebut di seluruh dunia.


Pengesanan asid nukleik merupakan kaedah ujian dan saringan yang penting untuk 2019-nCoV yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak-pihak berkuasa kesihatan negara. XABT, antara kesemua syarikat yang telah memperoleh sijil pendaftaran daripada Pentadbiran Produk Perubatan Negara China untuk reagen pengesanan asid nukleik coronavirus merupakan salah satu daripada sebilangan kecil syarikat berteknologi tinggi yang mengeluarkan teknologi pengesanan pantas meliputi tiga gen, iaitu ORF1ab, N dan E. Kit pengesanan asid nukleik 2019-nCoV (kaedah pendarfluor PCR) syarikat tersebut dapat mencapai sehingga 99.9% ketepatan lantaran pengikatan khusus pada peringkat molekul dan dimasukkan ke dalam Senarai Penggunaan Kecemasan WHO pada Mei 2020. Syarikat berkenaan telah menerima pensijilan sistem ISO13485 manakala produk-produknya, kesemuanya mematuhi piawaian pensijilan CE EU, diguna pakai oleh semakin banyak negara sebagai alat untuk mengawal dan mencegah penularan virus tersebut yang selanjutnya serta diiktiraf sebagai penyelesaian yang paling berkesan oleh semakin banyak organisasi.

Untuk maklumat lanjut:
Laman sesawang syarikat: http://www.x-abt.com/en/ 
LinkedInFacebookYouTube

Source: XABT
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Awards