omniture

Music China 2021: Meraikan ulang tahun ke-20 dan memperkasa pembangunan industri dalam era pasca-pandemik

Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
2021-08-26 09:00 209

SHANGHAI, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Music China, bersama-sama dianjurkan oleh CMIA, Shanghai INTEX dan Messe Frankfurt, kembali ke Pusat Eksposisi Antarabangsa Baharu Shanghai pada 13-16 Oktober 2021. Sebagai salah satu jenama utama di dunia untuk ekspo alat muzik, Music China 2021 akan membawa bersamanya tinjauan mengenai industri ini dalam era pasca-pandemik.

Memandangkan China telah bebas daripada pandemik yang teruk selama lebih setahun, eksposisi menjadi peluang unik untuk perniagaan bertemu semula dengan pelanggan dan pengamal yang mencari peluang perniagaan baharu. Music China memainkan peranan penting dalam kebangkitan industri muzik kerana ia telah berjaya diadakan tahun lalu dalam menentang pandemik. Lebih daripada 1,106 pempamer dari 15 negara dan wilayah menyertai Music China dengan produk serta maklumat jenama mereka yang terkini, menggamit 81,761 hadirin dan 1.62 juta penonton dalam talian yang tidak sabar-sabar untuk memahami trend terkini dalam industri yang distrukturkan semula dalam era pasca-pandemik.

Dikatakan sebagai salah satu ekspo yang harus dihadiri dalam industri muzik global, Music China telah berusaha untuk menawarkan perkhidmatan dalam industri ini. Tahun ini, ia dijangka akan meliputi kawasan pameran seluas 115,000 meter persegi, dengan 11 dewan pameran mempamerkan kategori-kategori berbeza melibatkan alat muzik dan produk berkaitan muzik. Jenama-jenama global yang membuat pengesahan untuk menghadiri acara tersebut termasuk AXL, Casio, C.Bechstein, Dunhuang, Fender, Fengling, GEWA, Gibson, Hailun, Hsinghai, Jinyin, JOYO, Kawai, LAVA, NUX, Parsons, Pearl River, Pioneer DJ, Samick, Steinway, Tama dan Yamaha.

Memasuki edisi ke-20, Music China 2021 akan terus meningkatkan peranannya dalam industri muzik global, menggalakkan pembuatan alat muzik, perdagangan antarabangsa, pendidikan muzik dan pembangunan budaya melalui pelbagai jenis acara. Selain daripada acara-acara tetap seperti pelancaran produk baharu, forum dan seminar industri, program pendidikan, pertandingan muzik dan persembahan secara langsung, Music China juga telah merancang aktiviti-aktiviti eksklusif bagi menyambut ulang tahun ke-20nya seperti Kedai Sementara China-chic, Festival Muzik Masa Depan, Pameran Khusus untuk erhu tradisional, gitar buatan tangan dan produk audio bergaya.

Menyahut cabaran bersama-sama industri ini selama 20 tahun, Music China akan terus menggalas tanggungjawab untuk memberi sokongan kepada industri ini dengan rasa syukur, lalu menyumbang kepada penggiatan dan kemakmuran industri muzik global.

Untuk maklumat lanjut mengenai Music China, sila kunjungi laman sesawang kami: www.musicchina-expo.com.

Hubungi:
Cik Sylvia Xue
+86-21-6295-3159
xueaoshuang@shanghai-intex.com

Source: Shanghai Intex Exhibition Co., Ltd.
Keywords: Entertainment Music Trade show news Future Events