HYDERABAD, India, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Sai Life Sciences, sebuah Organisasi Penyelidikan, Pembangunan & Pembuatan Kontrak (CRO/CDMO) global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjadi penandatangan untuk inisiatif kelestarian terbesar di dunia iaitu Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC). Sebagai penandatangan, Sai Life Sciences komited untuk menerapkan Sepuluh Prinsip UNGC terhadap hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan antirasuah yang mengukuhkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab korporat dan kelestariannya.
Dalam pengumuman tersebut, Krishna Kanumuri, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan berkata, "Sambil kami meneruskan visi dan pertumbuhan perniagaan kami, kami berusaha menyepadukan tanggungjawab sosial, alam sekitar dan tadbir urus kami dengan bersungguh-sungguh. Kami komited untuk melaksanakan Sepuluh Prinsip UNGC dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada strategi, budaya dan operasi harian syarikat kami. Ini akan membantu kami memperkukuh agenda kelestarian kami dan mempercepat kemajuan kami ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)."
Sejak dua tahun yang lalu, Sai Life Sciences telah melabur dan berkembang secara signifikan dalam memajukan agenda Kelestariannya sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi organisasinya iaitu Sai Nxt. Beberapa sorotan penting:
Tentang Sai Life Sciences
Sai Life Sciences ialah CRO-CDMO khidmat penuh yang bekerjasama dengan syarikat penginovasi farmaseutikal dan bioteknologi di seluruh dunia untuk mempercepat penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan molekul kecil yang kompleks. Selama lebih dua dekad, Sai Life Sciences telah menyampaikan penyelesaian yang berkualiti tinggi dan menjimatkan kos secara konsisten kepada pelanggannya yang pelbagai yang merangkumi syarikat bioteknologi serta farmaseutikal kecil, sederhana dan besar. Hari ini, ia mempunyai lebih 2,200 orang pekerja di seluruh kemudahannya di India, UK dan AS. Sai Life Sciences dimiliki secara persendirian dan dibiayai oleh pelabur global, TPG Capital dan HBM Healthcare Investments. https://www.sailife.com.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044186/Sai_Life_Sciences_Logo.jpg?p=medium600