omniture

Xi periksa ladang hutan utama di Hebei, utara China

CCTV+
2021-08-26 16:34 118

BEIJING, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CCTV+:

Pada hari Isnin, Presiden Cina Xi Jinping memeriksa ladang hutan utama di Bandar Chengde, Wilayah Hebei, utara China, mendengar laporan mengenai pemuliharaan ekologi dan pengurusan perhutanan serta memeriksa pertumbuhan kayu hutan.

Di Ladang Hutan Mekanikal Saihanba, Xi memerhatikan landskap semula jadi, mendengar pengenalan mengenai rancangan keseluruhan Hebei untuk melindungi gunung, sungai, hutan, tanah ladang, tasik, padang rumput dan sistem pasir serta untuk mengurus ladang hutan. Beliau turut melawat renjer tempatan semasa membuat pemeriksaan tersebut.

Kemudian, Vi melawat Hutan Memorial Shanghai, iaitu hutan buatan manusia yang pertama di ladang tersebut untuk melihat pertumbuhan pokok, mempelajari mengenai bagaimana ladang hutan tersebut berupaya mendorong Semangat Saihanba dan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Diwujudkan pada tahun 1962, Ladang Hutan Saihanba ialah hutan buatan manusia yang terbesar di dunia, halangan seluas 750-kilometer persegi yang terletak 300 kilometer di bahagian utara Beijing, bagi menyelamatkan ibu negara Cina daripada penggurunan.

Semangat Saihanba ditakrifkan sebagai gabungan antara dedikasi dan keusahawanan, pendekatan saintifik dan realistik serta pembangunan mesra alam.

Source: CCTV+
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Advocacy Group Opinion