omniture

Kawasan Baharu Tianfu Sichuan mulakan persekitaran perniagaan yang menarik untuk pembukaan

The Chengdu management committee of Sichuan Tianfu New Area
2021-08-26 16:40 92

CHENGDU, China, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pembinaan Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing telah menjadi satu rancangan negara dan Kawasan Baharu Tianfu di wilayah Sichuan merupakan enjin pembangunan yang penting untuk lingkaran tersebut.


Kawasan Baharu Tianfu mempercepatkan pembinaan bandar taman di kawasan baharu tersebut dan menjadi model untuk pembangunan yang berkualiti tinggi dengan persekitaran perniagaan yang lebih baik.

Rancangan Pembinaan Persekitaran Perniagaan yang Stabil, Adil dan Boleh Diakses di Kawasan Baharu Tianfu diperkenalkan untuk mewujudkan penanda aras persekitaran perniagaan antarabangsa bertaraf tinggi dan mengoptimumkan pengawalan ke atas pasaran, pengawasan, perlindungan undang-undang dan perniagaan. Ia memfokuskan kitaran hayat penuh perkhidmatan perusahaan dengan 148 langkah pembaharuan.

Berdasarkan kedudukannya sebagai portal terbuka daratan, Kawasan Baharu Tianfu komited untuk mewujudkan penanda aras bagi persekitaran perniagaan antarabangsa.

Ia akan mendorong liberalisasi dan pemudahan pelaburan serta perdagangan, mewujudkan persekitaran pelaburan pasaran yang selaras dengan peraturan antarabangsa dan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menarik pelbagai perusahaan untuk melabur dan membangun di sini agar semua perusahaan akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam persaingan dengan kedudukan yang sama.

Sebagai tempat yang pertama mencadangkan konsep bandar taman, Kawasan Baharu Tianfu meningkatkan kevitalan pembangunan bandar dan menceriakan kehidupan penduduk dengan persekitaran perniagaan bercirikan bandar taman yang sesuai untuk didiami dan menjalankan perniagaan.

Rancangan tersebut menyatakan bahawa Kawasan Baharu Tianfu akan mematuhi garis dasar 70.1 peratus tanah ekologi, lalu mewujudkan "bandar dalam taman" yang terkemuka di dunia.

Pada masa akan datang, Kawasan Baharu Tianfu akan membawa pembinaan bandar taman yang melaksanakan konsep pembangunan baharu dalam hala tuju keseluruhannya dan dalam masa yang sama terus memperkenalkan senario dan produk baharu kepada dunia dan menyasarkan untuk menghimpunkan minda dan teknologi yang paling pintar di dunia.

Rancangan tersebut mencadangkan untuk mewujudkan persekitaran perlindungan undang-undang yang adil dan saksama sekali gus menubuhkan sistem perlindungan undang-undang berdasarkan kedaulatan undang-undang.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan pelaksanaan percubaan, meningkatkan perlindungan hak harta intelek dan melindungi hak dan kepentingan sah pelbagai entiti pasaran selaras dengan undang-undang.

Pewujudan Daerah Hal Ehwal Undang-undang Pusat Tianfu, kawasan perhimpunan sah dan moden yang bertaraf tinggi telah menjadi kemuncak dalam memartabatkan kedaulatan undang-undang di Kawasan Baharu Tianfu.

Source: The Chengdu management committee of Sichuan Tianfu New Area
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications New products/services