omniture

Angel Yeast Umum Pemerolehan Bio Sunkeen

Angel Yeast
2021-08-26 16:45 325

YICHANG, China, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Angel Yeast Co., Ltd ("Angel Yeast")(en.angelyeast.com), syarikat yis berteknologi tinggi yang tersenarai di China, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama untuk melabur sebanyak RMB 100 juta ($15.4 juta) untuk memperoleh Shandong Bio Sunkeen Co, Ltd ("Bio Sunkeen"). Dengan berbuat demikian, syarikat ini berusaha untuk mengoptimumkan kapasiti pengeluarannya dan memantapkan serta mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri ini.


Angel Yeast bekerjasama dengan Shandong Lufa Holding company ("Shandong Lufa") untuk menubuhkan Angel Yeast (Jining) Co., Ltd. Angel Yeast (Jining) akan memperoleh aset-aset pengeluaran produk yis Bio Sunkeen yang relevan dan dalam masa yang sama mentransformasikan dan menaik taraf keupayaan teknologinya.

"Angel Yeast akan menggunakan kemudahan sedia ada Bio Sunkeen, dengan rancangan pengembangan yang selanjutnya pada masa akan datang. Projek usaha sama ini selaras dengan strategi 2025 Angel Yeast yang memfokuskan bioteknologi yis, produk pemakanan dan kesihatan serta ramuan makanan," kata Chen Hongwei, Pengurus Besar Angel Yeast (Jining).

Sebagai sebuah perusahaan berteknologi tinggi, ketika ini Bio Sunkeen memiliki kapasiti tahunan sebanyak 15,000 tan yis dan ekstrak yis (YE) melalui kemudahan pengeluarannya. Produk-produk utamanya termasuk yis dan YE, kanji ubi keledek boleh dimakan, produk makanan, perasa sebatian dan produk tambahan yis yang lain. Angel Yeast akan memperoleh kumpulan aset yis dan berkaitan ekstrak yis Bio Sunkeen bagi melaksanakan transformasi teknologi dan menaik taraf proses dan kemudahannya. Akhirnya, syarikat berkenaan berharap dapat membangunkannya menjadi tapak pengeluaran yang penting untuk produk yisnya dan bahan mentah yang berkaitan untuk makanan, pakan organik dan baja organik.

Pemerolehan Bio Sunkeen oleh Angel Yeast akan membantu syarikat mengatasi jurang kapasiti berpotensi dengan pantas ketika pasaran terus berkembang. Menurut analisis dan ramalan bagi tempoh antara 2021 hingga 2025, akan terdapatnya jurang yang semakin ketara antara kadar pertumbuhan pasaran yis dan bekalan yang tersedia berdasarkan kepada kapasiti pengeluaran tahunan kumpulan tersebut. Dengan memperoleh produk biologi Bio Sunkeen, Angel Yeast dapat meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan pantas sebanyak 15,000 tan untuk yis dan YE— mengurangkan tempoh pembinaannya selama hampir dua tahun dan meningkatkan nisbah input kepada output apabila dibandingkan dengan pembinaan kilang baharu.

Dalam masa yang sama, pemerolehan tersebut akan membantu mengukuhkan industri yis dan memantapkan kedudukan China di persada global. Pemerolehan aset Bio Sunkeen oleh Angel Yeast akan mengukuhkan kedudukannya dalam industri ini kerana ia dapat mengurangkan persaingan pasaran dengan menukar pesaing menjadi rakan kongsi. Berserta keupayaan Bio Sunkeen, Angel Yeast (Jining) juga akan berupaya untuk memperluas salurannya bagi pengeluaran yis daripada glikogen jagung terhidrolisis demi memanfaatkan sepenuhnya sumber jagung tempatan yang banyak dan mengatasi kekurangan molases dalam industri ini.

Angel Yeast telah menyumbang sebanyak RMB 60 juta ($9.2 juta) untuk kos pemerolehan manakala Shandong Lufa menyumbang sebanyak RMB 40 juta ($6.2 juta). Setelah pemerolehan tersebut berkuat kuasa, Angel Yeast memberi jaminan pekerjaan pada dasarnya untuk semua kakitangan di tempat kerja Bio Sunkeen ketika ini yang berkaitan dengan pengendalian aset pendasarnya.

Latar Belakang Angel Yeast

Ditubuhkan pada tahun 1986, Angel Yeast Co., Ltd mengkhusus dalam pengeluaran yis dan derivatif yis. Rangkaian produknya merangkumi yis roti dan ramuan, penyelesaian dim sum Cina, ekstrak-savouri yis, kesihatan manusia, pemakanan haiwan, penjagaan tumbuhan, pembiran & biobahan api, pemakanan mikrob dan enzim. Ketika ini, Angel Yeast memiliki 11 tapak pengeluaran canggih bertaraf antarabangsa di China, Mesir dan Rusia serta menyediakan produk dan perkhidmatan kepada lebih daripada 150 negara dan wilayah di seluruh dunia.

 

Source: Angel Yeast
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Food/Beverages Health Care/Hospital Acquisitions, mergers, takeovers