omniture

Suruhanjaya Bersama Taiwan tampilkan penyelesaian dialisis pintar di forum dalam talian

Acara tersebut bawa berita baik untuk pesakit Malaysia yang menghidap penyakit buah pinggang kronik
Joint Commission of Taiwan
2021-08-26 17:33 53

TAIPEI, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Bilangan pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang kronik di Malaysia semakin meningkat iaitu kira-kira seramai 10,000 orang setiap tahun, menurut satu laporan daripada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NFK). Bagi menggalakkan lagi jalinan kerjasama antara Taiwan dan Malaysia memandangkan ia berkaitan dengan rawatan kesihatan, Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT) mengadakan Ekspo Rawatan Kesihatan Pintar Taipei 2021: Forum Rawatan Kesihatan Pintar Antarabangsa (Sesi 3) pada 26 Ogos 2021 bagi menyediakan penyelesaian rawatan kesihatan pintar yang berkaitan dengan rawatan penyakit buah pinggang kronik untuk komuniti perubatan Malaysia dan ia mendapat pujian meluas dalam seluruh komuniti perubatan Malaysia.

Group photo of ISHF 2021, Session III
Group photo of ISHF 2021, Session III

Dengan rangkaian 5G semakin bersifat sejagat, pengurusan data dialisis berdasarkan data raya dan AI menjadi semakin popular. Sebagai respons kepada keperluan rawatan penyakit buah pinggang kronik di Malaysia, forum ini mengundang empat ahli profesional, setiap seorang mencadangkan penyelesaian klinikal berbeza, yang memperluas rawatan jagaan dari hospital ke rumah.

Dalam senario rawatan di rumah hari ini, data fisiologi boleh dihantar dengan segera ke pangkalan data di awan melalui peranti monitor fisiologi seperti tekanan darah, glukosa darah dan ECG. Pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang juga boleh merekodkan dan menyesuaikan diet mereka mengikut bacaan tekanan darah, glukosa darah, berat kering dan pengambilan air mereka bagi membolehkan mereka menjadi rakan kongsi yang aktif dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penjagaan mereka sendiri. Dalam masa yang sama, penjaga dapat melakukan pengurusan penjadualan dialisis yang sesuai mengikut data di awan di samping mengimport data daripada peranti perubatan yang bergantung pada IoT untuk menjalankan analisis komprehensif terhadap data penyakit buah pinggang kronik yang mana apabila digabungkan dengan amaran pengurusan risiko didayakan AI dan pembuatan keputusan, dapat membantu mereka untuk memilih rawatan yang paling optimum dengan pantas, lalu mengurangkan risiko dimasukkan semula ke hospital.

Suruhanjaya Bersama Taiwan menubuhkan Health Smart Taiwan (HST) (https://www.hst.org.tw/en/), sebuah portal sehenti untuk mempromosikan penyelesaian rawatan kesihatan pintar Taiwan yang berkualiti tinggi pada tahun 2019. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Bersama Taiwan, Dr. Pa-chun Wang berkata bahawa HST menggabungkan penyelesaian rawatan kesihatan pintar canggih Taiwan dengan laman web demonstrasi di Taiwan, bagi membantu pengunjung memahami sepenuhnya aplikasi dan potensi pembangunan rawatan kesihatan pintar dan dalam masa yang sama mencipta model baharu untuk hospital pintar.

Source: Joint Commission of Taiwan
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Future Events