omniture

Perjumpaan Sarapan bersama Bekas Setiausaha Agung AS, Madeleine K Albright: "Arah Aliran Pentadbiran yang Berkembang dan kesannya ke atas Aktiviti Ekonomi"

Herbalife Asia Pacific
2013-06-24 11:08 112

NEW DELHI, 24 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Dewan Perniagaan Amerika di India (AMCHAM India) dan Herbalife, sebuah syarikat nutrisi global, menganjurkan sebuah perjumpaan sarapan bersama Madeleine K Albright, bekas Setiausaha Agung AS dan Pengerusi Kumpulan Albright Stonebridge dengan Des Walsh, Presiden Herbalife International.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/20/20130620123459460562.jpg )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/13/20130613143647718391-l.jpg )

Dalam pembentangan beliau, Setiausaha Albright membincangkan arah aliran pentadbiran yang berkembang dan kesannya ke atas aktiviti ekonomi. Beliau menekankan secara terperinci keperluan pembangunan serentak politik dan ekonomi– serta menyatakan bahawa "kerajaan dan pentadbiran perlu memberi hasil" untuk rakyat mereka dan perlu menumpukan usaha untuk memperkukuh keyakinan dalam institusi demokrasi dan peraturan undang-undang.

Setiausaha Albright menggariskan bahawa pembangunan kelas pertengahan adalah penting – dan merupakan ciri sebuah demokrasi yang sihat. Jika rakyat lebih melibatkan diri dalam keputusan yang dibuat oleh kerajaan serta dalam pembangunan dan kepelbagaian ekonomi mereka, fabrik masyarakat akan menjadi lebih kuat. India, kata beliau, ialah sebuah contoh utama – ia bukan sahaja demokrasi terbesar dunia, malah demokrasi di mana dinamik penting ini sedang berkembang.

Beliau memetik Herbalife sebagai sebuah syarikat yang menawarkan model perniagaan yang merupakan "contoh hebat untuk memberi kuasa kepada rakyat agar mereka dapat menyara kehidupan mereka sendiri, meningkat menjadi golongan pertengahan, dan akhirnya mempunyai pertaruhan yang lebih besar dalam kepemerintahan komuniti dan negara mereka sendiri."

Des Walsh bercakap mengenai nutrisi dan ekonomi, komitmen bersama Herbalife untuk pengehakupayaan dan bagaimana pengedar bebasnya mempunyai peluang untuk mengangkat diri mereka sendiri menjadi golongan kelas pertengahan dan menjadi sebahagian daripada ekonomi yang rancak.

Madeleine K. Albright

Madeleine K. Albright ialah Pengerusi Kumpulan Albright Stonebridge, sebuah firma strategi global, dan Pengerusi Albright Capital Management LLC, sebuah firma penasihat pelaburan yang menumpu kepada pasaran memuncul. Beliau merupakan Setiausaha Agung Amerika Syarikat yang ke-64. Pada 29 Mei 2012, Dr. Albright menerima Pingat Kebebasan Presiden, pingat kehormat orang awam tertinggi di negara itu, daripada Presiden Obama.

Pada tahun 1997, Dr. Albright dinamakan sebagai Setiausaha Agung wanita pertama dan menjadi wanita berjawatan paling tinggi dalam sejarah pentadbiran AS pada masa itu. Dr. Albright memperkukuh sekutu Amerika, menyokong demokrasi dan hak asasi manusia, dan merangsang piawaian perdagangan, perniagaan, buruh dan persekitaran Amerika di luar negara sebagai Setiausaha Agung. Dari tahun 1993 ke 1997, Dr. Albright berkhidmat sebagai Wakil Tetap AS ke Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan seorang ahli Kabinet Presiden. Dari tahun 1989 ke 1992, beliau berkhidmat sebagai Presiden Pusat Dasar Kebangsaan. Sebelum ini, beliau merupakan ahli Majlis Keselamatan Negara Presiden Jimmy Carter dan kakitangan Rumah Putih serta berkhidmat sebagai Ketua Pembantu Perundangan kepada Senator AS Edmund S. Muskie.

Dr. Albright juga kini merupakan Profesor Amalan Diplomasi di Fakulti Perkhidmatan Luar Negeri Georgetown University. Beliau mempengerusikan kedua-dua Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa dan Projek Pew Global Attitudes dan berkhidmat sebagai presiden Yayasan Biasiswa Truman.

Des Walsh

Des Walsh bertanggungjawab untuk pertumbuhan perniagaan Herbalife dengan bekerja rapat bersama Pengedar bagi mencapai akses yang lebih besar dan penembusan lebih dalam bagi produk Herbalife di seluruh dunia. Di bawah beliau ialah pengarah-pengarah urusan bagi setiap daripada enam rantau Herbalife, dan beliau mempunyai tanggungjawab keseluruhan terhadap fungsi menangani-Pengedar di seluruh dunia, termasuk pemasaran, promosi, tajaan, sokongan kaedah perniagaan, acara dan komunikasi Pengedar.

Walsh menyertai syarikat itu pada tahun 2004 sebagai naib presiden kanan, jualan Pengedar sedunia, di mana beliau bertanggungjawab terhadap strategi jualan, pembangunan perniagaan, acara-acara korporat, promosi seluruh dunia dan perkhidmatan Pengedar. Kemudian, beliau menjadi naib presiden eksekutif operasi dan jualan sedunia, dan mempunyai tanggungjawab keseluruhan terhadap operasi perniagaan syarikat dalam semua pasaran Herbalife seluruh dunia.

Walsh mempunyai pengalaman perniagaan antarabangsa meluas yang didapati sepanjang kerjaya beliau selama 20 tahun dalam jualan, pemasaran dan pengurusan eksekutif.

Mengenai Dewan Perniagaan Amerika di India

Dewan Perniagaan Amerika di India (AMCHAM - India) ialah sebuah persatuan organisasi perniagaan Amerika yang beroperasi di India. AMCHAM – India diakreditasi kepada Dewan Perniagaan AS, Washington DC, A.S. (COCUSA). Dewan ini juga merupakan ahli penuh Majlis Dewan Perniagaan Amerika Asia Pasifik (APCAC). Ditubuhkan pada tahun 1992, AMCHAM mempunyai kira-kira 500 ahli. 95 peratus keahlian terdiri daripada syarikat-syarikat yang berasal daripada AS, dan yang lain ialah ahli-ahli individu atau kehormat. Penyandang jawatan duta AS ke India ialah Presiden Kehormat AMCHAM. AMCHAM menikmati hubungan yang sangat erat dengan pegawai Kedutaan AS dan menerima sokongan hebat dalam menjayakan objektifnya.

Mengenai Herbalife

Herbalife Ltd. (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat nutrisi global yang menjual produk pengurusan berat badan, nutrisi dan penjagaan peribadi yang disasarkan untuk menyokong gaya hidup sihat. Produk-produk Herbalife dijual kepada dan melalui rangkaian pengedar bebas dalam lebih daripada 80 buah negara. Syarikat itu menyokong Yayasan Keluarga Herbalife dan program Casa Herbalifenya membawa nutrisi yang bagus kepada kanak-kanak. Laman web Herbalife mengandungi banyak maklumat mengenai Herbalife, termasuk maklumat kewangan dan maklumat lain untuk para pelabur di http://ir.Herbalife.com. Syarikat itu menggalakkan para pelabur melawat laman web mereka dari masa ke masa, kerana semua maklumat sentiasa dikemas kini dan maklumat baharu akan dipaparkan.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Dewan Perniagaan Amerika di India

Anisha Kapoor
Ketua Projek
Tel: + 91 11 26525201/02
Emel: anisha@amchamindia.com 
Laman web: www.amchamindia.com  

Herbalife Asia Pacific
Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
Tel: +852 3589 2643
Emel: dalieal@herbalife.com

SUMBER Herbalife Asia Pasific

Source: Herbalife Asia Pacific
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Economic news, trends, analysis