EDINBURGH, Scotland, 24 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Aircraft Medical ("Aircraft"), syarikat peranti perubatan yang paling pesat bertumbuh, membuat notis rasmi kepada beberapa pengeluar dan pengedar antarabangsa laringoskop video mengenai lebih 70 paten dan hak rekaan yang diterbitkan dalam pasaran penting termasuk AS, Jepun, China dan Eropah.
Aircraft Medical mempunyai portfolio paten berkaitan laringoskop video yang unik dan luas, yang menguatkan rangkaian produk McGRATH® miliknya dan inovasi-inovasi yang memenangi anugerah yang telah membantunya mencapai tahap penembusan pasaran masa kini, serta produk-produk masa depannya. Proses pemberitahuan notis ini menunjukkan Aircraft Medical sedang mengambil langkah proaktif bagi memastikan hak Harta Inteleknya dipelihara.
Syarikat itu kini mencatat jualan laringoskop yang tinggi dan baru-baru ini telah memenangi tender-tender besar dalam hospital AS dan sektor EMS.
Matt McGrath, Ketua Pegawai Eksekutif Aircraft Medical berkata "Kami sedang melihat pertumbuhan eksponen bagi rangkaian produk terbaharu kami. Di samping itu, kami terus melabur dalam portfolio harta intelek kami dan kekal komited melindungi hak-hak kami. Kami percaya kami mempunyai kedudukan yang unik dan semakin kuat dalam pasaran kami kerana portfolio produk peneraju kami, kedudukan IP yang utuh dan rangkaian rakan kongsi pengedaran yang kuat."
Mengenai Aircraft Medical
Aircraft Medical ialah pembangun pakar dan pengeluar peranti perubatan berkualiti tinggi dan bertumpu kepada keperluan para profesional anestesia dan jagaan kritikal seluruh dunia. Aircraft Medical diiktiraf sebagai ahli pengasas pasaran laringoskop video yang pesat memuncul dengan produk laringoskop video McGRATH® miliknya terjual seluruh dunia. Syarikat itu komited meluaskan rangkaian produknya dan pasarannya dalam tahun-tahun mendatang, serta membina jenama baharu yang signifikan dalam penjagaan kesihatan.
Untuk maklumat lanjut lawati http://www.aircraftmedical.com
Sumber: Aircraft Medical