omniture

Yili Group Kekal Antara Lima Teratas dalam Laporan 20 Teratas Syarikat Tenusu Global 2021 Rabobank

Yili Group
2021-08-27 12:33 262

HOHHOT, China, 27 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 25 Ogos 2021, Rabobank dari Belanda mengeluarkan Laporan 20 Teratas Syarikat Tenusu Global tahunannya. Syarikat gergasi tenusu Yili Group sekali lagi merangkul tempat kelima menyusuli tahun sebelumnya, lantas kekal menjadi peneraju Asia bagi tahun kelapan berturut-turut sebagai satu-satunya syarikat tenusu Asia antara 5 Teratas.

Yili Group Kekal Antara Lima Teratas dalam Laporan 20 Teratas Syarikat Tenusu Global 2021 Rabobank
Yili Group Kekal Antara Lima Teratas dalam Laporan 20 Teratas Syarikat Tenusu Global 2021 Rabobank

Prestasi kewangan yang kukuh walaupun dengan Covid-19

Dengan pandemik Covid-19 yang masih mengganas di seluruh dunia, Yili telah menunjukkan ketahanan yang hebat dan kecekapan yang mantap dengan rantaian industri yang lengkap dalam kawalannya. Syarikat ini melaporkan jumlah pendapatan sebanyak RMB 96.886 bilion pada tahun 2020, lalu menjadikannya salah satu daripada sebilangan kecil syarikat tenusu yang mencapai pertumbuhan tinggi di tengah-tengah kemerosotan ekonomi global ini. Laporan Suku Pertama Tahun Fiskal 2021 menunjukkan prestasi mencatat rekod, dengan jumlah pendapatan mencecah RMB 27.363 bilion, yang memperlihatkan peningkatan sebanyak 32.49% berbanding tahun sebelumnya (YoY). Yili berharap dapat mencapai paras RMB 100 bilion dalam pendapatan tahunan pada tahun ini.

Prestasi yang mantap adalah hasil daripada respons Yili yang pantas dan berkesan terhadap perubahan pasaran dan perhatian yang ditingkatkan kepada rantaian bekalan, pelancaran produk baharu dan saluran e-dagang. Yili terus melancarkan projek kluster industri, menggalakkan pendigitalan dan transformasi pintar seluruh rantaian industri. Di samping itu, syarikat ini terus memperkenalkan produk baharu dan mempromosikan model runcit baharu seperti promosi keahlian, pemasaran komuniti dan penghantaran rumah O2O melalui kerjasama yang diperkukuh dengan platform e-dagang dengan aktif.

Menuju global dengan produk berkualiti tinggi

Berusaha mencapai kualiti yang lebih tinggi telah menjadi titik tumpuan utama untuk syarikat-syarikat tenusu. Bagi tujuan ini, Yili mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang melibatkan "semua kakitangan, proses holistik dan semua aspek" serta menubuhkan sistem tiga lapisan yang meliputi ibu pejabat, unit perniagaan dan kilang bagi memantau risiko keselamatan makanan. Usaha tanpa henti dalam mengejar kualiti telah membantu Yili menjamin tahap pilihan pengguna yang tinggi, dibuktikan apabila dinamakan oleh Brand Finance sebagai salah satu jenama tenusu paling bernilai di dunia pada tahun 2021.

Yili juga komited untuk mengumpul sumber yang berkualiti tinggi dan perkongsian dari seluruh dunia. Ia telah membina dua kemudahan pengeluaran di New Zealand, Oceania Production Base dan Westland Dairy Company Limited. Selain itu, Yili menubuhkan Pusat Inovasi Eropah dan Pusat Inovasi Oceania bagi memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk baharu.

Dengan bergantung pada tapak pengeluarannya di China, Oceania, Asia Tenggara dan tempat-tempat lain, Yili terus mengembangkan perniagaan luar negaranya. Pelbagai produk paling laris terjual termasuk AMBPOMIAL Yoghurt, Joyday Ice Cream, Yili Youngfun dan Westgold Butter, telah dilancarkan di 21 negara dan wilayah.

Komitmen kelestarian

Laporan 2021 Rabobank turut mengetengahkan peningkatan kesedaran pengguna terhadap cabaran alam sekitar dalam konteks pandemik, menyatakan bahawa "sentimen pengguna didengari dan banyak syarikat yang dimasukkan ke dalam senarai 20 Teratas Syarikat Tenusu Global telah menyatakan komitmen kelestarian."

Yili pertama kali memulakan pengauditan emisi karbon komprehensifnya pada tahun 2010. Melalui usaha selama lebih sedekad, Yili telah mengurangkan emisinya sebanyak 6.51 juta tan COsetara yang bersamaan dengan menjimatkan 10.7 bilion kilowatt jam tenaga elektrik.

Dikeluarkan setiap tahun, Laporan 20 Teratas Syarikat Tenusu Global Rabobank telah diiktiraf sebagai salah satu senarai kedudukan yang paling berwibawa dalam industri tenusu, yang meletakkan pemimpin-pemimpin industri ini sebagai tumpuan berdasarkan data penjualan dan penyata kewangan mereka.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Agriculture Beverages