omniture

EPEIOS Lancar "Air Purificator" Utama, Alat Peredaran Udara dan Pembersih Udara 2-dalam-1 Inovatif

EPEIOS
2021-08-27 22:44 648

TOKYO, 27 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- EPEIOS, jenama perkakas rumah pintar, melancarkan secara rasminya EPEIOS HM702A – model yang terkini dalam siri Zephyr+, kombinasi yang inovatif antara alat peredaran udara dan pembersih udara. Kini sedia untuk dibeli di beberapa platform termasuk Amazon, Rakuten, Yahoo Store dan laman sesawang Jepun EPEIOS.

EPEIOS Air Circulator works all year round
EPEIOS Air Circulator works all year round

Walaupun HM702A menyerupai kipas kekaki tradisional dari segi nilai estetika, fungsinya agak berbeza.

Secara ringkas, ia merupakan alat peredaran udara yang dapat digunakan di mana-mana di dalam bilik pada setiap musim manakala kipas tradisional hanya boleh digunakan pada bulan-bulan dalam musim panas.

Alat Peredaran Udara Sepanjang Tahun 

Sebagai alat peredaran udara, EPEIOS HM702 menghasilkan angin sejuk yang bergerak-gerak 360 darjah dalam bentuk aliran jet yang tidak kelihatan dan membantu mengekalkan suhu bilik yang tetap dengan menghapuskan titik sejuk atau panas dari bilik, lantas boleh digunakan sepanjang tahun.

How an air cirulator works in different weathers
How an air cirulator works in different weathers

Pembersih Udara Antibakteria 

Dengan pengion udara terbina dalam yang menyediakan penyampaian oksigen aktif maksimum yang dapat menghapuskan 99.99% partikel bawaan udara, item berpaten pembersihan udara ini juga dapat melindungi pengguna daripada bakteria, virus, alergen, malah formaldehid, lalu mewujudkan kediaman yang menyegarkan.

EPEIOS HM702A is also an air purifier
EPEIOS HM702A is also an air purifier

Aliran Udara Berkuasa dengan Ayunan 3D dalam Mod Kipas

Andai digunakan sebagai kipas udara, HM702A turut menonjol kerana dapat menyampaikan sehingga 32m aliran udara berkuasa dalam 12 kelajuan. Selain itu, ia dilengkapi dengan fungsi ayunan 3D terkini yang meniup udara ke kiri dan kanan sehingga 180 darjah dan ke atas dan bawah sehingga 100 darjah yang bererti EPEIOS HM702A mampu meliputi seluruh bilik mahupun rumah yang kecil melalui aliran udaranya yang berkuasa dan pelbagai arah.

Bersepadu Penuh Gaya dengan Persekitarannya

Dengan gaya minimalis, warna neutral dan saiz yang kompak, HM702A sesuai dengan hampir sebarang gaya bagi reka bentuk dalaman rumah. Selain daripada alat kawalan jauh, ia juga mempunyai panel kawalan sentuhan dengan akses kepada semua fungsi.

Compact Size and Stylish Aesthetic
Compact Size and Stylish Aesthetic

Latar Belakang EPEIOS 

Ditubuhkan pada tahun 2020, EPEIOS diwujudkan untuk memberi kesan positif dan memudahkan kehidupan harian pengguna EPEIOS dengan menyediakan perkakas rumah pintar yang berguna, inovatif dan dipacu pengalaman dengan nilai estetika minimalis.

Sehingga kini, rangkaian perkakas rumah kecil EPEIOS mencakupi pelembap, alat peredaran udara, pembersih udara, pembakar roti, vakum pegang tangan dan mop putar elektronik.

Tidak lama lagi, EPEIOS akan menembusi pasaran Vietnam dengan melancarkan alat peredaran udara HM702A dan dalam masa yang sama turut meninjau kerjasama dengan pengedar-pengedar di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang EPEIOS: www.xepeios.com / www.epeios.jp

Spencer Dai
spencer_d@epeios.jp

Source: EPEIOS
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services